Sudah hampir 5 bulan wan bekerja di satyam. Namun semakin hari semakin jiwa wan merasa kekosongan. Setiap hari pergi ke pejabat, menyibukkan diri dengan menyiapkan semua tugasan yang diberi namun hati wan merasa kurang senang dengan keadaan disekeliling. Wan merasakan kehilangan sesuatu yang dahulu wan nikmati tetapi kini makin lama makin hilang. Sesuatu itu adalah suasana islamic yang wan rasakan semasa di uia dahulu. Kini wan merinduinya, amat merindui suasana Islamic yang mendamaikan jiwa.
Setiap hari mata ini melihat maksiat berlaku didepan mata. Pekerja lelaki bersentuhan sesame pekerja perempuan sesuka hati, bergaul sesame sendiri tanpa batasan malah menganggap inilah reality dunia IT yang kononnya membuka ruang kepada kebebasan bergaul.
Kadangkala wan menangis apabila melihat semakin ramai yang terpengaruh dengan budaya barat ini. Tiada lagi nilai-nilai islam yang sewajarnya dipamerkan oleh mereka yang punya sahsiah islamiah. Dari segi pemakaian juga amat menyakitkan mata. Walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat sehingga mampu menggoncangkan iman seorang lelaki. Lebih menyedihkan apabila melihat mereka yang dahulu menjaga pergaulan tetapi kerana tidak mahu dipulaukan, mereka lupa pada batasan syara’.
Islam tidak pernah sesekali menghalang seseorang untuk bersosial malah mengalakkan umatnya bersosial tetapi perlu beretika. Sesungguhnya Islam telah meletakkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk menjaga maruah masing-masing. Seringkali kita melupakan Allah demi mencari keredhaan manusia. Setiap hari telinga wan hanya mendengar hal-hal yang berkaitan dengan duniawi semata-mata sehinggakan hati ini ketandusan pengisian rohani. Mata ini tidak lagi tenang untuk melihat keadaan sekeliling. Terasa diri amat terasing disini.
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya didunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyrahkan nasibnya pada manusia.”
Hadith ini yang wan pegang selama ini. Ya Allah ku tidak inginkan keredhaan manusia, tetapi ku dahagakan keredhaanMu ya Allah.
Ya Allah, andai ini ujian buat diriku untuk menguji ketahan imanku padamu, ku redha. Namun ku pohon kekuatan darimu agar tidak memesongkan hati ini ke jalan yang Engkau tidak redhai.
Kadangkala wan tertanya pada diri…apakah tujuan Allah meletakkan diri ini di tempat yang begitu mencabar imanku? Wan tahu wan perlu berdakwah..mungkin ini caranya Allah ingin suruh wan menjalankan dakwah di tengah kelompok manusia yang sedang memburu keseronokan duniawi. Hanya pertolongan darimu yang mampu mempertahankan diri ini agar tidak terpengaruh dengan budaya yang melemahkan iman.
“Ya Allah letakkanlah dunia digenggamanku, janganlah letakkan ia di hatiku” – Wan-