Saturday, March 31, 2007

Antara Impian & Realiti..

I was driving back to UIA with hidayah beside me while listening to “Ayah” a song from Aeman’s group. Sambil mendengar dendangan lagu, fikiranku melayang-layang mengimbau kembali segala kenanagnku di UIA. Kata2 ayahku masih terngiang2 ditelingaku. “Yati, Wae nak tengok Yati dapat 1st class degree nanti” Itulah kata-kata yang diluahkan oleh ayahku pada malam anugerah kecemerlangan pelajar di matrikulasi PJ. Tiba-tiba hatiku menjadi sebak..kini aku hanya tinggal satu sem saja..tp ku xmampu untuk penuhi harapan ayahku. Bukan ku tidak cuba..ku telah berusaha sedya yang termampu..namun ku tewas dikala Allah mengujiku.....


Ku melangkah kaki ke UIA gombak dengan harapan setinggi awan. Namun ku tidak duga ujian yang maha berat dari Tuhan. Ku tanamkan azam untuk penuhi impian ayah & bonda. Namun Tuhan telah mengatur segala-galanya. Ku tewas tika di tahun 2 & hujung tahun 3.

Ku masih ingat ketika itu, hanya Allah yang tahu betapa beratnya ujian mendatang. Ku tidak sangka kenalanku dgn sahabatku menduga bermacam rintangan yang perlu ku tempuhi. Shabatku telah jatuh sakit ‘dibuat orang’. Hubungan dgn keluarganya menjadi hambar. Yang ia mahu dekati hanyalah diriku. Apakan dayaku utk menolak permintaan seorang sahabat ketika dlm kesusahan. Kerana keikhlasan dlm berukhwah, ku menyambut amanah yg diberikan Tuhan untuk menjaga sahabatku sehingga dia sembuh.

Selama 2 tahun sakitnya berlarutan & selama itu juga ku tetap setia disisinya. Namun sebagai seorang pelajar, banyak dugaan yang ku tempuhi. Waktu belajarku, rehatku, tidurku semuanya berubah. Ku tidak lagi dapat tidur nyenyak seperti orang lain. Ku tidak lagi dapat belajar sepenuhnya seperti pelajar lain. Kerana menjaga orang yang sakit spiritual bukanlah sesuatu yang mudah. Ibaratnya mempersiapkn diri berjuang dimedan perang…berkorban apa sahaja..dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Setiap hari sblm ke kelas, pasti akanku sediakan sarapan pagi untuk sahabatku. Selesai saja kelas, walaupun ‘gap’nya hanya 1 jam sebelum kelas seterusnya, pasti ku akan berlari pulang ke bilik untuk melihat keadaan dia. Tiba waktu tengahari, ku akan sediakan makan tengahari sebelum ku ke kelas pada belah petang. Selesai kelas, ku akan berlari sekali lagi untuk melihat keadaanya. Tiba waktu malam, ku sediakan makan malam.

Malam adalah waktu paling getir kerana pada waktu beginilh dia selalu ‘dikacau’. Mangsanya tiada yang lain..kecuali aku. Baru saaj ku ingin mentelaah pelajaranku, tiba2 dia ‘dikacau’. Lagsung ku terpaksa menutup kitabku & melayan kerenahnya. Andai nasib kurang baik, ku akan ‘diserang’ olehnya. Badanku menjadi tempat untuknya melepaskn geram dek dikawal oleh jin & syaitan. Ku tidak berdaya untuk melawan setiap pukulannya, akibatnya, badanku lebam seperti didera. Namun, ku tidak pernah menyalahkannya. Malah ku amat sedih melihat keadaanya begitu. Ku tahu bukan dirinya yang bertindak tetapi suatu kuasa lain yang mengawal dirinya. Kebiasaanya, 3-4 jam pertarungan berlarutan. Apabila hampir tiba subuh, keadaanya menjadi normal. Ketika itu, barulah dia boleh tidur. Aku juga hanya boleh tidur di waktu itu.

Begitulah rutin kehidupanku selama 2 tahun menjaganya. Kadangkala bilikku banjir dengan air yang ditumpahkannya, & juga dengan makanan yang diselerakkannya. Nota-notaku juga bertebaran dilantai ketika angin ‘amuk’nya datang Sesiapa yang memandang pasti akan kelu..tidak termampu untuk berkata walau sepatah. Jika ditanya tentang emosiku, hanya Tuhan yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi diriku, hanya titisan airmata yang sentiasa menemaniku dimalam hari. Ku tidak berdaya untuk melawannya. Namun ku harus bersabar melayan kerenahnya kerana ku telah berjanji dengan diriku bahawa ku akan menjaganya sehingga dia sembuh.

Aku yakin dgn firman Allah dlm Al-Baqarah:286. “Tidaklah Allah menguji seseorang itu melainkn dgn apa yg termampu olehnya”. Hanya kasih saying yang tulus dari hatiku kepadanya sebagai seorang sahabat yg membuatku terus bertahan. Tapi ku tewas dalam mengejar kejayaan dalam pelajaran. Kerana terlalu letih ditambahi pula dengan kesuntukan waktu untukku study, CGPAku merosot. Ku pasrah..ku redha dengan takdir Illahi..bukan sahabatku yang harus ku persalahkan..tapi ku anggap semua ini ujian dari Ilahi yang pasti ada hikmah yang tersembunyi bagi hamba-hambanya yang bersabar…Ku hanya berdoa pada Allah agar memberikan kejayaanku padanya..biarlah ku tidak berjaya…tapi ku ingin melihat dirinya berjaya..hanya itu yg akan membuat diri ini gembira..Alhamdulillah kini sahabatku telah pulih dan kejayaan sentiasa mengiringinya…Segala pujian bagi Allah kerana telah memakbulkan doa hamba-hambanya....


Jauh ku melamun…tanpa disedari..air mataku membasahi pipiku…”Wae maafkan yati krn xdpt nk capai impian wae..yati dh cuba wae..tp yati ttp x berjaya..yati kalah dgn ujian Allah..maafkn yati Wae..”

Ku mengesat titisan airmataku. Biarlah segalanya menjadi rahsia pd diriku..ku tidak pernah menceritak apa yg berlaku pd kedua org tuaku..cukuplah ia menjadi kenangan dlm diari hidupku..namun ku ttp berazam utk menggapai kejayaan & memenuhi impian ayah bonda di peringkat masters & PhD insyaAllah

"A friend in need is a friend indeed" -Wan-

No comments: