Wednesday, June 30, 2010

Sanah Helwa Ya Ummu Sakeenah ^_^

Alhamdulillah segala pujian buatmu Ya Allah. Syukur di atas segala nikmat yang Engkau beri..nikmat kesihatan yang tidak terhingga. Alhamdulillah dengan rahmatMu, Ummu Sakeenah menjangkau usia setahun hari ini. Masih terbayang lagi pada tarikh ini setahun yang lalu, perasaan ini bercampur – baur. Yang mampu hanyalah berdoa dan bertawakal sepenuhnya pada Allah mohon agar anak yang bakal lahir akan selamat dan mampu berjuang mengharungi segala komplikasi untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah dengan izinmu, anak yang kecil itu telah pun menjangkau setahun. Doa Ummi dan Abi buatmu Ummu Sakeenah moga dirimu sentiasa tenang menghadapi segala cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi dalam perjalanan hidupmu. Letakkanlah keyakinanmu dan harapanmu hanya pada Allah kerana hanya Dia yang berkuasa atas segalanya. Jadilah mujahid dijalanNya..tegakkan agamanya dan jadikan Al-Quran sebagai teman akrabmu..nescaya dirimu kan tenang selalu anakku.

InsyaAllah dalam masa sebulan lagi, Ummu Sakeenah akan menjadi kakak kepada adiknya. Abi dan Sakeenah doakan keselamatan Ummi dan bakal mujahid ye. Moga2 segalanya dipermudahkan. Moga dengan bertambahnya ahli keluarga, bertambah lagi mawaddah, rahmat dan sakinah dalam keluarga kita. Moga kita semua mampu untuk lebih hampir padaNya..ameen.

3 comments:

khafifah said...

Happy birthday to Ummu Sakeenah..dah setahun dah. sekejap je masa berlalu..lama betul xjumpa sakeenah, mesti sudah semakin cerdik dan cerdas.
Wan..take care ye. mak buyung kena jaga diri baik2 :). wassalam.

shy_wani said...

selamat hari lahir yer sakeenah..semoga menjadi anak yg solehah..
kejap je masa kan... :)

sebulan lagi nih wan..semoga Allah permudahkan segala2nya..amin..

wanz said...

Iffah- Thanks for the wish..sakeenah skrg mkn lincah n aktif..dia xsbr nk dpt adik nmpknya :-)

Shy- Ameen moga2 sakeenah menjadi anak yg solehah..