Thursday, October 9, 2008

Mengapa Islam melarang "COUPLING"?

Remaja hari ini mudah benar terjebak dalam 'coupling'. Ntah apa yang best sangat bercouple, saya sendiri tidak mengerti. Kerana pada saya, pasangan yang bercouple hanya memburu tuntutan nafsu yang melalaikan & mengundang murka Allah. Sungguh tertipu mereka yang kononnya 'gembira' dan berasa 'cukup' bila dah bercouple. Sungguh sadis!!

Seorang sahabat pernah bertanya "Kenapa Islam tak membenarkan coupling?"

Saya menjawab, "Kerana Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita."
Saya menjelaskan lagi, "Cuba fikir, kalau seorang perempuan itu keluar dengan seorang lelaki, jatuh cinta pada lelaki itu, sanggup ke mana saja bersama lelaki itu malah memanggilnya dengan panggilan 'sayang'..dan lebih dahsyat lagi andai tanpa segan silu berpegang tangan & bersentuhan dengannya..andai suatu hari hubungan terputus begitu saja..dimanakah maruah seorang wanita itu?"

"Tapi perempuan tu masih dara" jawab sahabat saya.

"Iye memang betul dia masih dara. Tapi apa istimewanya suami dia nanti? Suaminya bukanlah lelaki pertama yang menyentuhnya tetapi perempuan ini dah menjadi 'bekas' orang. Perempuan itu bukan lagi ibarat mutiara dilautan yang sangat berharga kerana lelaki lain boleh suka hati menyentuhnya. Lelaki lain juga mendapat panggilan 'sayang' daripadanya. Maka dimana status suaminya kelak?"

Saya menyambung lagi, "Fikirkanlah sahabatku. Andai kita boleh dibawa kemana sahaja oleh lelaki lain, maka dimanakah harga diri kita yang begitu tinggi nilainya? Tak ada apa lagi yang istimewa buat suami kita kelak andai diri kita sudah disentuh oleh lelaki lain, sudah dibawa keluar bersama lelaki lain."

"Cuba bandingkan dengan perempuan yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki pun. Tidak pernah jua keluar bersama lelaki lain. Dia menjaga pandangannya, menjaga akhlaknya untuk dijadikan perhiasan buat suaminya kelak. Perempuan inilah mutiara yang sebenar. Mutiara yang tidak boleh dimiliki oleh sebarang orang tetapi hanya layak dimiliki oleh insan yang bernama suami."

"Inilah yang saya maksudkan Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita. Kerana maruah seorang wanita begitu tinggi nilainya...yang dicipta Allah untuk hiasan suaminya sahaja!"

"Sahabatku, andai seorang wanita boleh suka hati keluar dengan mana-mana lelaki dan menyentuh mana-mana lelaki sebelum berkahwin, yakinkah anda perempuan itu tidak akan menyentuh lelaki lain, tidak akan keluar bersama lelaki lain selepas dah berkahwin? Begitu juga kalau seorang lelaki suka hati sentuh perempuan lain, apa istimewanya kita pada dia nanti? Memang benar kata Allah "Sesungguhnya lelaki yang baik itu dicipta untuk perempuan yang baik." Kita boleh tergolong dalam golongan itu andai kita berusaha untuk perbaiki diri. Sesungguhnya Allah itu maha Adil...Renung-renungkanlah..."

"Burulah cinta Allah nescaya Allah akan memberi cinta manusia yang membawa kita kepada mencintaiNya"- wan-

4 comments:

mylife said...

sesungguhnya tiada cinta yg hakiki selain cinta kepadaNya..sesungguhnya wanita adalah perhiasan dunia.wanita jg adalah sebaik2 kejadian.namun ini bukan tiket utk wanita menjual maruahnya kepada seorg lelaki yg bkn bergelar suami.maruah wanita bkn pd dara atau tidak wanita itu tp pada apa yg akn dipersembahkan utk tatapan seorg suami.

kerana itulah indahnya wanita apabila segala2 tentang dirinya dijaga utk dipersembahkan hanya kepada suaminya.

wanz said...

betul yus..indahnya wanita itu & mulianya dia andai dia mampu menjaga dirinya hanya untuk suaminya kelak

aRe-Pet said...

thanks for the mouthful information

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛