Thursday, July 24, 2008

SubhaanAllah..luasnya rezekiMu

Sangat mudah bagi Allah untuk mengubah nasib seseorang hamba itu. Dari miskin menjadi kaya, dari susah menjadi senang, dari kurang menjadi cukup..semudah Dia mengubah menjadi gelapnya malam, terangnya siang.

Sewaktu ku di uia, seringkali wang perbelanjaanku sengket dek perbelanjaan yang harus ku tanggung untuk adik-adikku & sahabatku. Namun seringkali imanku mengingatkn diri agar yakin dgn pertolongan Allah. Bukankah Allah telah berjanji..andai kita meringankan beban saudara kita, nescaya Allah akan meringankan beban kita pula.

Urusan rezeki urusan Allah. Siapkan saja diri untuk menerima rezeki-Nya. Menyiapkan diri untuk memperoleh rezeki-Nya adalah dengan berada di jalan yg lurus, beribadah yang benar, dan mahu berbagi bila rezeki datang.

"Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman." (Az-Zumar: 52)

Suatu hari, duitkku benar-benar sengket. Cuma ada seringgit saja tinggal dalam dompetku. Ku berbisik pada diriku, biarlh diriku berpuasa pada hari ini agar dapat ku simpan duit itu untuk membeli roti di malam hari..cukup untuk mengalas perut. Hati kecilku berkata “insyaAllah wan, kalau Allah dah tetapkn rezekimu, pasti akan ada juadah untuk kamu berbuka nanti…yakinlah..” Ya..dengan keyakinan itu, aku berserah pada Allah. Aku yakin dengan firmanNya :

"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dan dia berbuat kebaikan, maka sungguh dia sudah berpegang kepada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah kesudahan segala urusan." (Luqman: 22)

Ku menuju ke kelas. Seperti biasa, ku merentasi ‘parking’ lot Mahallah Ameenah. Sedang asyik kakiku melangkah, tiba-tiba tersepak sesuatu. Ku pandang ke bawah. Alangkah terkejutnya diri ini apabila mendapati ‘benda’ yang ku sepak tadi adalah kunci kereta perodua. Namun ku tidak pasti sama ada keretanya kancil ataupun kelisa. Ku cuba untuk menekan ‘alarm’ kereta tapi tiada satu pun kereta yang berbunyi. Tanpa berlengah, kusegera menampal notis memberitahu kepada pemilik kereta bahwa kuncinya berada denganku.

Selesai sesi pembelajaranku pada hari itu, ku segera pulang. Sesampainya dibilik, tiba-tiba pintu diketuk. “Assalamu’alaikum, boleh saya jumpa dengan Wan Zuriati”, bertanya ‘sister’ yang berlinangan air mata menunggu di hadapan pintu. Hatiku bertanya mengapa sister ni menangis. “Ya saya orangnya.” “Ada apa sis?”

“Awak ada jumpa kunci kereta ke?”
“A’ah ada.”

“Terima kasih banyak2. Nasib baik awak jumpa. Saya dah cari merata. Nak report kt polis dah. Nasib baik kereta saya tak hilang.”

Aku turut gembira kerana dapat menolongnya. Terharu dengan pertolongan Allah pada hamba2Nya. Lantas dia mengambil kuncinya sambil menghulurkan wang. Beberapa kali ku menolak untuk menerimanya namun ku terpaksa jua mengambilnya kerana dia sudah berniat untuk menghadiahkn wang itu pada sesiapa yang menjumpai kuncinya.

SubhaanAllah..Allah memang tidak pernah memungkiri janjiNya. Kerana keyakinanku bergantung harap pada rezeki Allah petang itu juga Allah menganugerahkan rezekinya padaku. Alhamdulillah jumlah wang yang diberi itu lebih dari cukup untukku menampung perbelanjaanku untuk hari-hari berikutnya.

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah Maha Menyempitkan dan Melapangkan rezki dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." (Al Baqarah[2]: 245)

Begitu Kuasanya Engkau, Engkau Kuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Bahkan Engkau juga Kuasa mengadakan sesuatu dari yang tidak ada.
Begitu Kuasanya Engkau, di tangan-Mu kemuliaan dan kehinaan, kemajuan atau kemunduran. Dan di tangan-Mu juga pintu segala kebaikan…

Sunday, July 6, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab (",)

Alhamdulillah hari ini dah masuk 3 rejab. Riangnya hati ini hanya Tuhan yang tahu,terasa begitu damai & tenang sekali..terasa manisnya nikmat Illahi dikurniakan bulan2 yang mulia ini. Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Sempena menyambut kedatangan Rejab yang mulia, marilah kita renungkan, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

"Ya Allah ku mohon pertolongan dariMu agar diriku dapat menambahkan lagi amalanku padamu..berilah petunjukMu dalam memperbaiki diri ini agar menjadi hamba yang lebih baik disisiMu ya Rabbi..agar hidup dan matiku dalam redhaMu..amin Ya Mujib"