Monday, February 23, 2009

Subuh Terakhir...

Andai ditanya sesama kita, apakah saat paling sedih dalam hidup? Selalunya kita akan menjawab apabila kita kehilangan orang yang disayangi buat selama-lamanya. Namun Rasulullah s.aw menerangkan kepada kita bahawa saat paling sedih dalam hidup seseorang hamba adalah ketika roh berpisah dengan jasadnya.

Ketika itu, segala pintu taubat telah ditutup untuk kita. Segala peluang untuk beramal menuju hari perjumpaan degan Rabbul Izzati telah habis. Itulah nokhtah dalam hidup kita sebagai seorang hamba. Andai sebelum itu hidup kita memang sentiasa membesarkan Illahi..menjunjung perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya..maka insyaAllah kita mungkin akan tergolong bersama mereka yang mendapat rahmat dari Allah.

Namun andai sebaliknya??
Jika sebelum itu kita hidup didunia tidak pernah kenal Allah..bagaimana mungkin kita mampu untuk mengenal Allah diakhirat?
Bagaimana mungkin pula untuk Allah merahmati kita??
Andai didunia Rasulullah s.a.w tidak pernah menjadi idol ikutan kita..bahkan manusia lain yg menjadi idola kita..mana mungkin disana kita mampu untuk mengaku bahawa Rasulullah adalah rasul ikutan kita. Bahkan mana mungkin juga Rasulullah akan mengenal kita sebagai umatnya??

Andai kita tidak pernah mengenal, mencintai atau membaca Al-Quran, bagaimana mungkin kita mampu untuk menjawab dihadapan Mungkar Nakir bahawa Al-quran adalah kitab petunjuk kita. Bagaimana mungkin pula Al-Quran mampu untuk memberi syafaatnya pada kita..sedangkan kita dulu telah membuangnya..malah tidak pernah mengenalnya apatah lagi untuk mengamalkan isi kandungannya.

Ketika itu..disaat roh hampir keluar dari jasad, roh kita akan menangis..kerana peluang yang kita sangka akan berlanjutan lagi sudah pun berakhir. Taubat yang kita tangguh-tangguhkan kerana menyangka umur masih panjang telah ditutup selamanya. Bagaimana nasib kita seterusnya nanti??

Adakah kubur kita akan menjadi salah satu dari taman - taman syurga atau kubur kita menjadi salah satu daripada lubang neraka???

Renungilah pesanan Imam Al-Ghazali "Mati seseorang itu adalah sepertimana hidupnya dan dibangkitkan seseorang itu adalah sepertimana matinya"

Maka andai hidup kita dipenuhi dengan amal kebaikan..maka kesudahan mati kita juga didalam husnul khatimah. Namun andai hidup kita dipenuhi dengan dosa noda..selalu melakukan perkara yg dimungkiri Allah..maka kesudahan kita juga akan dimurkai Allah...

"Ya Allah jauhkanlah kami dr lalai & alpa..bimbinglah kami agar selalu berada dalam keredhaanMu..agar kelak ketika Engkau mengambil nyawa kami..kami dalam keadaan mengagungkanMu ya Allah.." -Wan-

Thursday, February 19, 2009

First ever...

Being tagged by k.fida ages ago..only now I have the time to write..hehe

Tajuknya 16 perkara rawak.Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.


* * *Okey, let's begin* * *

1. This is my first and very first time layan tag. Ntah kenapa sebelum ni asyik tertangguh-tangguh smpi lupa dah tag2 yg lama. Tiba2 nmpk yus isi tag ni..baru teringat. maaf ye tag2 yg lain xsempat nk dibuat..hehe

2. Setiap hari pegi keje dgn yus. Tapi klu lambat mesti kena bebel...hehe sbr ye yus(*_*)

3. Tak minat shopping n tak minat beli barang utk diri sendiri. Sebab tu adik2 suka pau duit..huhu untung dpt kakak cmni..

4. Tidak suka membeli barang lebih dari satu. Cthnya andai ada kasut,saya akan gunakan satu2nya kasut itu untuk pergi ke semua tempat(pasar malam,dinner,ofis,etc) smpilah rosak baru beli yg baru.

5. Segan memakai benda baru (pakaian, kasut, beg). Tak tahu kenapa tapi memang sejak kecil lagi seboleh mungkin taknak pakai benda baru

6. Sangat anti dengan manusia yang berlagak lagi sombong. Seboleh mungkin akan mengelakkan diri drp berjumpa dgn manusia cmni

7. Tidak selesa bergaul dengan orang yang tinggi darjatnya atau orang yang mewah. Ntah kenapa hati ini lebih serasi bersama dengan mereka yang susah dan memerlukan bantuan.

8. Hati sangat mudah terusik apabila melihat kesusahan pada orang lain. Sedar tak sedar hati pasti menangis.

9. Suka bersembang dengan golongan orang tua. Kalau dah mula bersembang memang susah nk berhenti.

10. Sangat kagum dengan mereka yang menghafal al-quran. Impian utk menjadi hafizah terkubur. InsyaAllah saya akan cuba lahirkan generasi al-quran

11. Selalu pecut bila memandu. Satu-satunya tabiat yang tak mampu dibendung

12. Anak yg ke-enam drp 10 adik beradik. Tapi orang selau ingat saya anak sulong mungkin sebab muka nampak matang..heheh

13. Minat utk menjadi motivator..hehe sebab suka bagi ceramah kt orang n like to motivate others..

14. Sejak kecil saya digelar 'tomboy' sebab suka main dgn lelaki..tapi skrg dah berubah..hehe..n skrg ni tgh belajar jadi perempuan yg sopan santun..

15. Suka menghabiskan makanan yus..hehe yus selalu tension dgn wan kn..kn.. :p

16. Suka melancong..insyaAllah ada rezeki akan saya jelajah seluruh dunia..(^_^)

hmm..nak kena tag org lain ke..tapi dah semuanya kena tag..so no need.. :)

Wednesday, February 18, 2009

Saya takde masa..


'Saya sibuk sekarang ni''

Saya tak ada masa''

Banyak kerja yang perlu saya siapkan'


Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.


Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk? Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam al Ghazali "Rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja".

Bagaimana pula dengan kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat?

Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat? Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah 'kerugian' yang sebenarnya".


Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab amalannya dari belakang...bagaimana pula yang kita harapkan?

Dalam surah al Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"

Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata.

"Ya Allah janganlah Engkau sibukkan hati kami dengan urusan dunia sehingga kami lalai dalam mentaatimu.."