CINTA..apa itu cinta??
Menjadi fitrah manusia untuk bercinta dan dicintai...namun apakah 'cinta' yang diburu itu 'cinta' yang dituntut oleh Islam? Apakah cinta yang bergelora dalam jiwa itu benar-benar cinta yang suci?? Anehnya kebanyakan orang mengatakan cinta itu buta
Hakikatnya cinta itu tidak pernah buta..malah cinta itu fitrahnya suci..dan mampu menerangi hati-hati insan.
Tetapi sayang sekali kebanyakan pemuda membutakan hati demi 'cinta' yang kononnya dianggap suci tetapi hakikatnya menempah tiket ke neraka Allah. Kerana 'cinta' itu, kebanyakan orang sanggup menutup pintu hati lalu membenarkan nafsu menguasai diri sehingga membiarkan anggota tubuh berbuat segala macam maksiat bermula dari mata sehinggalah ke kaki..dari sekecil2 dosa sehinggalah sebesar-besar dosa...
Sedangkan ulama' mengatakan "Cinta yang sejati itu adalah cinta yang mampu menjadikan seseorang itu lebih hampir kepada ILLAHI.."
Marilah kita sama-sama renung sejenak...banyak orang mengatakan mereka ingin berkahwin tetapi masih tidak mampu kerana banyak masalah seperti kewangan dsb..Tetapi sedarkah mereka mengapa banyak masalah yang timbul hingga menyebabkan mereka tidak dapat bernikah??? Kita sedar bahawa segalanya milik Allah, akan tetapi kita seringkali melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah..Malam siang kita berdoa padaNYA minta segala hasrat dihati tercapai..namun sedarkah kita mengapa perlu Allah makbulkan doa kita andainya kita selalu melakukan dosa terhadap Allah..
Setiap hari keluar 'berdating' berpegang tangan, berpelukan, bebas melakukan segala aktiviti seolah-olah dunia milik kita..hati kecil yang berbisik melarang kita melakukannya terus tidak diendahkannya semata-mata ingin memenuhi hajat kekasih hati..sehingga kita lupa ada yang sedang MURKA..dan dimalam hari kepadaNYA jua kita pohon segalanya...sungguh hina diri kita andai dihadapan boss kita melakukan sesuatu yang tidak disukainya..apatah lagi dihadapan BOSS yang MAHA AGUNG..!
Janganlah dikejar 'CINTA' yang mampu menempah tiket ke neraka semata-mata kerana kabur dengan keindahan 'cinta' yang PALSU..Tetapi korbankanlh 'CINTA' yang PALSU itu demi 'CINTA' yang mampu membawa diri menjadi lebih hampir pada ILLAHI...kerana kelak itulh jua kesudahan yang kita nantikan...kabahagiaan didunia yang mampu memberi kebahagiaan di akhirat..amin..
"Ya Allah pimpinlah hati kami menuju jalan yang Engkau redhai..jadikanlah cintaku cinta yang dirahmati dan diberkati..Amin.." -Wan-
No comments:
Post a Comment