Wednesday, November 21, 2007

Wanita..antara berlian dan kaca..??

"Sesungguhnya seindah hiasan dunia adalah wanita"

Mengapakah Allah mengangkat tinggi darjat seorang wanita? Bukan kerana lain tetapi kerana wanita punyai maruah diri yang begitu tinggi nilainya sehingga wanita diibaratkan seperti mutiara di dasar lautan yang hanya mampu dilihat oleh mereka yang terpilih sahaja.

Namun pentas dunia menyaksikan wanita hari ini sudah hilang perasaan malunya sehingga sanggup membiarkan diri disentuh oleh mana-mana lelaki yang merajakan nafsunya. Begitu juga dengan golongan remaja yang hanyut dek mabuk 'cinta' merelakan lelaki yang kononnya 'kekasih hati' menyentuh tangannya dan membawanya kemana saja tanpa ada batasan waktu biarpun sehingga mencecah larut malam.

Inikah nilai seorang wanita di zaman ini?? Keluar berdua-duaan sehingga ke larut malam dan bangga mengakui bahawa lelaki itu adalah kekasih hati yang ingin dijadikan suami..Sedih sekali wanita zaman ini sudah tidak mampu membezakan antara lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Jika benar lelaki itu bertanggungjawab, mereka tidak akan sanggup membawa anak gadis keluar sehingga ke tengah malam semata-mata 'kononnya' ingin mengisi kesepian hati. Malang sekali mereka tidak sedar bahwa perbuatan itu adalah tidak bertanggungjawab. Akan tetapi banyak wanita yang tertipu dan kabur mata hati hingga menyakinkan diri bahawa inilah lelaki yang pandai menjaganya dan mampu memberi kebahagiaan padanya..

Sedangkan Islam menjelaskan bahawa lelaki yang baik dan bertanggungjawab adalah mereka yang menjaga perempuan yang dikasihinya sehingga tidak membenarkan diri dan juga sesiapa pun menyentuhnya ataupun membawanya keluar ke mana saja. Mereka inilah yang menjaga amanah Allah dengan baik sehinggalah membawa kepada penyatuan dua jiwa yang menghalalkan hubungan mereka yang direstui oleh ILLAHI.

Marilah kita sama-sama renungkan..andainya kita selalu keluar bersama lelaki mana-mana ke mana sahaja..tanyalah pada diri sendiri..adakah kita pasti lelaki itu yang akan menjadi lelaki yang sah bg diri?? Andainya TIDAK..ke mana hilangnya harga diri?? Tiada yang istimewa lagi untuk dihadiahkan kepada suami kita andai diri kita sudah bibawa keluar oleh beberapa lelaki yang lain..diri kita bukan lagi wanita yang mahal harganya..tetapi yang tiada nilai sehingga boleh diambil oleh sesiapa pun..renungkanlah bersama..