Thursday, October 23, 2008

Saat Akad Nikah

Sesampai di masjid, ku segera menunaikan solat asar. Kelibat bakal mertuaku, bakal adik-adik iparku memerhati setiap pergerakanku. Aku menjadi kekok. Nasib baik ada Yus sebagai peneman setia disisiku. Kata-kata yus cukup menenangkan diriku.

"Pihak pengantin perempuan dah siap ke? Akad nikah nak berlangsung dah" Pakcikku memanggil kami.

Aku melangkah ke hadapan. Ku lihat seorang lelaki bersedia dihadapan ayahku. Ku tunduk pasrah. Ntah kenapa rasa macam ku sedang bermimpi.
"Betul ke keputusan aku ni? Tak menyesal ke nanti?"
"Ya Allah benarkah dia pilihan yang terbaik buat diriku?
"Mampukah aku bina mahligai yang bahagia bersamanya?"Fikiranku berkecamuk.

Jantungku berdegup kencang. Namun semuanya sudah termaktub. Sebentar lagi diriku akan menjadi miliknya. Ingin saja aku melarikan diri..rasa seperti belum bersedia untuk menghadapi semua itu. Berat sungguh mataku menahan air yang bergenang di kelopak mataku.

"Wan, jangan nangis tau. Be strong dear. InsyaAllah semuanya ok. Yakinlah", Yus cuba menenagkan diriku. Jemarinya ku genggam erat. Thank you so much my dear friend for being there. Terima kasih kerana menenangkan diriku.

Tok Imam memulakan khutbah. Lalu doa dipanjatkan sebelum akad nikah.

"Muhammad Faheem bin Ezani" Ayahku memulakan akad.
"Ye saya" Kedengaran suara dari lelaki yang bakal menjadi suamiku.

Aku tunduk. Hatiku tak putus2 berdoa moga Allah merahmati perkahwinan yang bakal kami bina ini.

"Aku nikahkah dikau dengan Wan Zuriati Wan Sulaiman dengan mas kahwin...tunai"
"Aku terima nikah Wan Zuriati Wan Sulaiman dengan mas kahwin..tunai"
"Sah..sah"..para saksi mengesahkan akad itu.

"Wan, Tahniah. Alhamdulillah wan dah selamat dinikahkan" yus berbisik lembut pada telingaku.

Sejurus itu, air mata yang lama bergenang jatuh bercucuran. Ku tunduk syukur. Semudah itu diriku sudah menjadi milik insan lain. Semudah lafaz itu juga, tanggungjawab yang berat bakal ku pikul..Bahtera hidup yang baru bakal ku layar bersama insan yang belum ku kenal..masjid Allah bakal kami bina demi mencari MardhiyyahNya...Maka bermula saat itu aku sudah menjadi isteri kepada insan yang bernama suami...

"Ya Allah kurniakanlah kami sakinah, mawaddah wa rahmah..amin" -wan-

2 comments:

:.Yus.: said...

hahaha..nk bocor rahsia boleh x?hehe..mana ada wan nangis..tipu.yus ada kt sebelah nape xnmpk pn airmata berjujuran..hahaha..sorry wan..jgn marah.nnt cpt tua..

nnt time yus wna plak kena ada kt sebelah..xde siapla..mmg kecik ati la

xxx said...

tumpang gembira...
wan, anda d'tag...