Langit dinihari sentiasa memikat hatiku. Bintang-bintang yang berkerlipan bagaikan ribuan malaikat mengintip penduduk bumi. Begitu mendamaikan hatiku. Setiap pagi sebelum solat pasti ku akan membuka jendela, membiarkan udara hening memenuhi ruang dadaku. Ku menikmati keindahan langit yang mempesonakan.
Ku sedar disaat itu jutaan malaikat sedang mendoakan penduduk bumi yang tidak lalai. Penduduk bumi yang mahu bangun tahajjud disaat yang lain sedang lalai dalam lena. Nikmatnya hanya dapat dirasai oleh saraf-saraf jiwa orang-orang yang tidak pernah lalai akan keagungan Tuhan.
Pagi ini, selesai solat jemaah, ku bingkas ke dapur. Ku lihat diluar sudah terang benderang. Ku menyangka jam sudah pukul 7 pagi. Rupanya baru jam 6.40pagi. SubhanAllah..betapa cepatnya fajar menutup tirai. Ya Allah alangkah ruginya hambamu yang masih lalai..masih belum bangkit menunaikan solat Subuh sedangkan fajar sudah menutup tirainya.
Benarlah sabda Rasulullah S.A.W
"Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna didalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak"
Sesungguhnya keberkatan Subuh yang dijanjikan Allah tidak akan mampu digapai andai kita sentiasa bangkit dikala syuruk mula melabuh. Alangkah alpanya kita dalam mensyukuri nikmat Allah..betapa hinanya kita disisinya..
No comments:
Post a Comment