Tuesday, October 21, 2008

Cinta Luar Biasa

If people ask me how's a marriage life is? I would answer "It is so wonderful". But how do you define 'wonderful'. What I mean by wonderful here is when both husband and wife strive their best to gain Allah's blessings.

Everyone would agree that honeymoon is the best moment ever for a newly married couple. Memang tak dinafikan seringkali pasangan menggunakan waktu bulan madu untuk saling kenal antara satu sama lain..saling menyuburkan cinta antara satu sama lain.

Tetapi cinta yang wujud hanyalah cinta biasa..bukan cinta luar biasa. Bagaimana mewujudkan cinta luar biasa? Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah"

Indahnya dan nikmatnya sebuah perkahwinan hanya akan dirasai andai cinta Allah diburu bersama-sama. Alangkah bahagianya andai suami isteri sama-sama bangkit dimalam hari sujud padaNya..hanya untuk memuji Rabbul 'Izzati..tanda kesyukuran atas nikmat perkahwinan...cinta yang bakal dibina berasaskan cinta pada yang Esa.

Makin mereka mencintai masing-masing, makin hampir mereka pada Allah..inilah nikmat sebenar dalam sebuah perkahwinan...inilah cinta luar biasa yang hanya mampu dimiliki oleh mereka yang bercinta kerana mencari cintaNya..

Kerana itu, binalah rumahtangga itu berpaksikan cinta pada yang Esa bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata tetapi hakikatnya adalah pembinaan sebuah Masjid dimana Cinta Allah adalah yang paling Utama. Jadikanlah matlamat sebuah perkahwinan itu sebagai wardah untuk mendapatkan kemanisan iman..agar kita makin qarib padaNya..pasti bahagia selamanya..

"Cinta luar biasa itu, semakin kita mencintai, semakin kita cinta pada Allah." - Wan-

No comments: