Lazimnya hari Jumaat lunch hour agak lama. Selalunya saya dan sahabat-sahabat akan keluar makan di mana-mana pusat membeli belah berhampiran sambil berjalan mencuci mata.
Tengahari tadi, saya bersama sahabat keluar ke Jusco Taman Equine. Sesampai di parking lot, kedengaran azan solat jumaat memanggil kaum adam bersama-sama mengagungkan Illahi. Hatiku berbisik "Wan solatlah dulu. Bukankah solat diawal waktu itu paling utama"
Diriku merenung kembali Jumaat yang telah lalu. Selama ini, setiap hari Jumaat pasti ku akan solat Zuhur agak lewat kerana berjalan-jalan di shopping complex...lalai dek kealpaan diri.
Alangkah ruginya diriku selama ini mempersiakan hari yang agong. Hari dimana para mu'min berlumba-lumba meningkatkan amalan..masing-masing memburu waktu yang dirahsiakan Allah pada hari Jumaat dimana pada saat itu Allah akan memakbulkan doa sesiapa yang berdoa padaNya. Hari dimana tersirat seribu fadhilat. Hari penghulu segala hari. Sepatutnya pada hari Jumaat diriku perlu lebih menjaga waktu solat agar solat diawal waktu bukannya menggunakan hari itu untuk keseronokan duniawi.
Ku segera melangkah ke surau. Lama ku bertafakkur menginsafi kealpaan diri. Alhamdulillah segala pujian bagiMu ya Rabbi kerana menyelamatkan hatiku daripada terus tergolong bersama orang-orang yang lalai dalam mengagungkanMu.
"Ya Allah ampunkan hambaMu yang selalu alpa dan lalai. Janganlah Engkau biarkan diriku terus dibelenggu keseronokan dunia. Gantikanlah ia dengan keseronokan beribadat kepadaMu" - Wan -
2 comments:
yup2.. sesungguhnya melewat2kn solat adalah berdosa
betul Mus..ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku yang menggunung tinggi ini..
Post a Comment