Alahamdulillah segala pujian bagiMu ya Rabb kerana menganugerahkan syawal yang begitu indah buatku setelah lama ku tak dapat menikmati kegembiraan seperti insan yang lain. This year I was so excited to celebrate Aidilfitri because my parents are here and I have my husband with me. Indeed, Aidilfitri for this year was not the same as the years passed.
Sehari sebelum Aidilfitri, kami sekeluarga bersama Ma and Wae pulang ke Kelantan. Sebanyak 4 buah kereta berkonvoi pulang. Kami tiba di Bachok jam 6.30pm. Mok Nah telah pun menyediakan juadah berbuka berupa nasi tomato & ayam percik. Selesai saja makan, kami berangkat ke Halina Inn untuk berehat.
Malam itu, kami ke rumah Mokcik Noh sementara menunggu solat tasbih jam 10pm. Sambil menikmati kuih-muih, Ma memulakan cerita. "Kimah, syikin duduk kat mana sekarang?" Kimah menjawab, "Oh, dia masih di rumah yang berhantu tu" Aku tersedak mendengar perkataan "hantu". Lalu ku bertanya, "Hah! Hantu? Rumah dia berhantu ke?" "A'ah..dia selalu nampak hantu masuk tembus ikut dinding.....bla...bla...bla.." Kerana soalan Ma yang hanya ingin bertanyakan kabar Syikin, habis semua cerita hantu keluar malam tu. Wae pula menambahkan lagi sensasi cerita dengan menceritakan pengalamannya tinggal selama setahun di rumah orang yang pernah dipancung kepalanya hidup2. Malam itu, semua tidur dalam ketakutan kerana teringatkan cerita ngeri Wae.
As for the following days, We managed to visit almost all of our relatives in Kelantan. Alhamdulillah it was one of the best Aidilfitri ever :)
No comments:
Post a Comment