Monday, October 6, 2008

Harga sebuah kemaafan

Pagi 1 syawal, sebelum subuh menjelma, ku mengambil telefon bimbit lalu menaip mesej pada Ummi & Ayah "Ummi yati minta maaf atas segala salah silap andai Ummi & Ayah ada terasa hati dengan yati selama Yati menjadi menantu Ummi & Ayah. Maafkan yati Ummi kalau yati ada guris perasaan Ummi. Halalkan segala makan minum yati Ummi, Ayah. Semoga Allah memberkati hidup Ummi & Ayah sehingga ke syurga"

Setengah jam kemudian, sebuah mesej masuk ke telefon bimbitku. "Ummi & Ayah juga mohon maaf kalau ada tersalah bahasa dengan Yati. Semoga kehidupan Faheem & Yati akan lebih diberkati Allah"

Hatiku tenang dan damai sekali apabila selesai memohon maaf daripada kedua mertuaku. Cuma, ku menanti untuk bersalaman dengan mereka agar dapat merasai sakinah Allah di Aidilfitri.

Setelah selesai solat subuh, ku memohon ampun maaf dengan suamiku. Hatiku sebak. Ku bimbang andai ada kesalahan yang ku lakukan tanpa disedari telah menyinggung perasaan suamiku. Sungguh apabila suami tidak redha, maka Allah juga tidak akan redha pada hambaNya yang bernama isteri.

Terasa begitu tenang sekali apabila jemariku digenggam suami ketika bersalaman. Dahiku dikucupnya. Hatiku lantas berdoa, "Ya Allah kekalkan kasih sayang antara diriku & suamiku, berkatilah hidup kami & redhalah kami sebagai hambaMu"

Selesai bermaafan dengan suami, ku mengambil telefon bimbit untuk suamiku menghubungi Ummi & Ayah (ibu bapa mertuaku). "Ummi, Faheem minta maaf atas segala salah silap.." "Sama-samalah.Ummi pun minta maaf jugak atas segala salah silap pada Faheem" "Ayah ada Ummi?" Ummi menjawab, "Ayah tengah makan kat dapur" "Faheem nak minta maaf kat Ayah jugak atas segala salah silap. Sampaikan salam pada Ayah ye Ummi" Sebelum mengakhiri perbualan, Ummi bertanya, "Apa program hari ni? Sebab Ummi nak ajak ikut ziarah Pak Mat pagi ni" Suamiku menjawab, "Pagi ni nak ziarah saudara-mara wan kat Bachok. InsyaAllah nanti kami datang ke rumah Tok Ayah".

Kelopak mata suamiku bergenang dengan air mata mengakhiri perbualan itu. Ku peluk suamiku erat. "Abang, alhamdulillah Abang dah minta maaf dengan Ummi Ayah pagi-pagi lagi. Selesai solat nanti kita pergi jumpa Ummi & Ayah ye" Suamiku lantas menjawab, "Abang rasa syahdu sangat wan. Tak pernah perasaan ni datang. Terima kasih wan atas segalanya"

Mataku yang sudah lama menahan air mata lantas membasahi pipiku. Ku tahu suamiku sebak dengan kemaafan yang datang dari insan yang begitu mulia dalam hidupnya iaitu Ummi. Begitu mulianya hati seorang ibu sanggup memaafkan anaknya dan memohon maaf pula atas kesilapannya terhadap anaknya.

"Semoga kemaafan yang didamba dari Ummi & Ayah, menjadi penyuluh kebahagiaan rumahtangga yang sedang kami bina..ameen" - Wan-

2 comments:

Husna said...

bahagianya baca kisah wan ni..semoga happy selalu yer..:)

Wan Zuriati said...

ALhamdulillah nurul..inilah yg wan kata manisnya bercinta lepas kawin..sungguh besar nikmat Allah pada hambaNya yang menjaga hak2nya..sama2 kita renungkan :)