Monday, October 6, 2008

Antara kesibukan diri & perasaan seorang Ibu

Malam itu ku menonton sebuah drama bertajuk "Ihsan". Watak yang dimainkan oleh Zamri, seorang Majistret benar-benar menyentuh kalbuku. Dalam kesibukannya dengan urusan pejabat & keluarganya, tanpa disedari telah memberi luka pada hati seorang insan yang mulia iaitu Ibunya.

Hatiku tertanya pada diri, semenjak diriku menjadi isteri pada suamiku, adakah ku telah merampas kemesraan yang didamba oleh Ummi(ibu mertuaku). Adakah kehadiranku menyebabkan suamiku kurang meluangkan masa bersama Ummi. Adakah kesibukanku turut mengheret kesibukan suamiku sehingga Ummi terabai?

Terasa diriku amat bersalah pada Ummi andai Ummi terluka dengan suamiku kerana kesibukannya yang diheret oleh diriku.

Malam itu ku bertanya pada suamiku. "Abang, ada tak bila-bila selama wan jadi isteri abang, wan mengambil waktu abang yang sepatutnya bersama Ummi? Adakah bila-bila wan mementingkan diri tanpa menghiraukan perasaan Ummi? Abang, andai wan ada buat apa-apa salah yang abang rasa Ummi tersinggung, beritahulah pada wan. Wan hanya manusia biasa abang, wan juga kadang-kadang alpa & kalah pada emosi." Pipiku basah dek airmata yang bercucuran.

Semenjak ku menjadi isteri, sedaya yang termampu ku cuba jaga perasaan Ummi kerana ku tahu syurga suamiku terletak dibawah tapak kaki Ummi. Ku pernah berpesan padanya "Abang, your priority is Ummi, wan yang kedua. Apa pun, Abang utamakanlah perasaan Ummi. Abang jangan risaukan perasaan wan sebab Ummi insan yang paling penting dalam hidup Abang. Abang tak perlu jaga perasaan wan sebab wan hanya seorang isteri dimana redha Abang yang wan cari. Wan yang perlu jaga perasaan Abang sebab syurga wan dibawah tapak kaki Abang"

"Memang benar mudahnya seorang isteri untuk memasuki syurga adalah dengan mentaati suaminya, namun realiti kehidupan tidak menjanjikan jalan yang begitu mudah untuk ditempuhi sebelum sampai ke gerbang syurga. Muhasabahlah diri selalu,jangan sampai kita menjadi penyebab murkanya seorang ibu pada suami kita." -wan-


1 comment:

syazwaniadnan said...

tersentuhnye bace tulisan akk ni.. sebak je
terfikir utk diri sendiri nanti jika berada in a wife's shoes
moga akk jadi Isteri yg solehah.. =)

salam kenal dr wani ^__^
n barakAllahu lakuma wa baraka 3alaikuma, wa jama3a bainakum fil khair.. aameenn :)