Sunday, September 21, 2008

Ramadhan yang sama...tetapi berbeza..

Ya Allah Engkau datangkan Ramadhan yang satu pada sekelian hambaMu..namun setiap orang merasainya secara berbeza-beza...Semua umat Islam sama-sama berpuasa tetapi natijahnya berbeza-beza...

Mereka menyambut kedatangan Ramadhan dengan gembira..
Kami menyambut Ramadhan dengan hiba..

Mereka berjaga malam mencari cintaMu..
Kami berjaga malam memenuhi cinta nafsu..

Mereka berlumba-lumba mengumpul pahala...
Kami bersuka-ria mengumpul dosa...

Mereka mengelakkan diri dari dosa..
Kami dengan sengaja membuat dosa..

Puasa mereka puasa yang dijaga
Puasa kami puasa menahan lapar dahaga..

Lidah mereka dibasahi dengan al-Qur'an
Lidah kami mengeji & mengata orang..

Takbir mereka takbir kemenangan...
Takbir kami takbir kekecewaan...

Bilakah kami akan menjadi seperti mereka??

"Ya Allah golongkanlah kami bersama mereka (orang-orang yang tulus dalam mencintaiMu).."

3 comments:

Qica a.k.a Noly said...

ak ingin mnjadi sperti 'mereka'..amin

mylife said...

Ya Allah..golongkan aku seperti golongan mereka..amin

natni said...

nk amin jugakkkk

wan, slmt hr ry mahap zhr btn ye wan
thanks a lot for owez being there 4me if i need help! syg wannn (somi wan sile jgn mrh saye ye) hehehehe

wan o-o taw
^__________^