Friday, October 31, 2008

Jumaat yang terbuang

Lazimnya hari Jumaat lunch hour agak lama. Selalunya saya dan sahabat-sahabat akan keluar makan di mana-mana pusat membeli belah berhampiran sambil berjalan mencuci mata.

Tengahari tadi, saya bersama sahabat keluar ke Jusco Taman Equine. Sesampai di parking lot, kedengaran azan solat jumaat memanggil kaum adam bersama-sama mengagungkan Illahi. Hatiku berbisik "Wan solatlah dulu. Bukankah solat diawal waktu itu paling utama"

Diriku merenung kembali Jumaat yang telah lalu. Selama ini, setiap hari Jumaat pasti ku akan solat Zuhur agak lewat kerana berjalan-jalan di shopping complex...lalai dek kealpaan diri.

Alangkah ruginya diriku selama ini mempersiakan hari yang agong. Hari dimana para mu'min berlumba-lumba meningkatkan amalan..masing-masing memburu waktu yang dirahsiakan Allah pada hari Jumaat dimana pada saat itu Allah akan memakbulkan doa sesiapa yang berdoa padaNya. Hari dimana tersirat seribu fadhilat. Hari penghulu segala hari. Sepatutnya pada hari Jumaat diriku perlu lebih menjaga waktu solat agar solat diawal waktu bukannya menggunakan hari itu untuk keseronokan duniawi.

Ku segera melangkah ke surau. Lama ku bertafakkur menginsafi kealpaan diri. Alhamdulillah segala pujian bagiMu ya Rabbi kerana menyelamatkan hatiku daripada terus tergolong bersama orang-orang yang lalai dalam mengagungkanMu.

"Ya Allah ampunkan hambaMu yang selalu alpa dan lalai. Janganlah Engkau biarkan diriku terus dibelenggu keseronokan dunia. Gantikanlah ia dengan keseronokan beribadat kepadaMu" - Wan -

Tasbih Pagi

Langit dinihari sentiasa memikat hatiku. Bintang-bintang yang berkerlipan bagaikan ribuan malaikat mengintip penduduk bumi. Begitu mendamaikan hatiku. Setiap pagi sebelum solat pasti ku akan membuka jendela, membiarkan udara hening memenuhi ruang dadaku. Ku menikmati keindahan langit yang mempesonakan.

Ku sedar disaat itu jutaan malaikat sedang mendoakan penduduk bumi yang tidak lalai. Penduduk bumi yang mahu bangun tahajjud disaat yang lain sedang lalai dalam lena. Nikmatnya hanya dapat dirasai oleh saraf-saraf jiwa orang-orang yang tidak pernah lalai akan keagungan Tuhan.

Pagi ini, selesai solat jemaah, ku bingkas ke dapur. Ku lihat diluar sudah terang benderang. Ku menyangka jam sudah pukul 7 pagi. Rupanya baru jam 6.40pagi. SubhanAllah..betapa cepatnya fajar menutup tirai. Ya Allah alangkah ruginya hambamu yang masih lalai..masih belum bangkit menunaikan solat Subuh sedangkan fajar sudah menutup tirainya.

Benarlah sabda Rasulullah S.A.W
"Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna didalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak"

Sesungguhnya keberkatan Subuh yang dijanjikan Allah tidak akan mampu digapai andai kita sentiasa bangkit dikala syuruk mula melabuh. Alangkah alpanya kita dalam mensyukuri nikmat Allah..betapa hinanya kita disisinya..

Thursday, October 23, 2008

Saat Akad Nikah

Sesampai di masjid, ku segera menunaikan solat asar. Kelibat bakal mertuaku, bakal adik-adik iparku memerhati setiap pergerakanku. Aku menjadi kekok. Nasib baik ada Yus sebagai peneman setia disisiku. Kata-kata yus cukup menenangkan diriku.

"Pihak pengantin perempuan dah siap ke? Akad nikah nak berlangsung dah" Pakcikku memanggil kami.

Aku melangkah ke hadapan. Ku lihat seorang lelaki bersedia dihadapan ayahku. Ku tunduk pasrah. Ntah kenapa rasa macam ku sedang bermimpi.
"Betul ke keputusan aku ni? Tak menyesal ke nanti?"
"Ya Allah benarkah dia pilihan yang terbaik buat diriku?
"Mampukah aku bina mahligai yang bahagia bersamanya?"Fikiranku berkecamuk.

Jantungku berdegup kencang. Namun semuanya sudah termaktub. Sebentar lagi diriku akan menjadi miliknya. Ingin saja aku melarikan diri..rasa seperti belum bersedia untuk menghadapi semua itu. Berat sungguh mataku menahan air yang bergenang di kelopak mataku.

"Wan, jangan nangis tau. Be strong dear. InsyaAllah semuanya ok. Yakinlah", Yus cuba menenagkan diriku. Jemarinya ku genggam erat. Thank you so much my dear friend for being there. Terima kasih kerana menenangkan diriku.

Tok Imam memulakan khutbah. Lalu doa dipanjatkan sebelum akad nikah.

"Muhammad Faheem bin Ezani" Ayahku memulakan akad.
"Ye saya" Kedengaran suara dari lelaki yang bakal menjadi suamiku.

Aku tunduk. Hatiku tak putus2 berdoa moga Allah merahmati perkahwinan yang bakal kami bina ini.

"Aku nikahkah dikau dengan Wan Zuriati Wan Sulaiman dengan mas kahwin...tunai"
"Aku terima nikah Wan Zuriati Wan Sulaiman dengan mas kahwin..tunai"
"Sah..sah"..para saksi mengesahkan akad itu.

"Wan, Tahniah. Alhamdulillah wan dah selamat dinikahkan" yus berbisik lembut pada telingaku.

Sejurus itu, air mata yang lama bergenang jatuh bercucuran. Ku tunduk syukur. Semudah itu diriku sudah menjadi milik insan lain. Semudah lafaz itu juga, tanggungjawab yang berat bakal ku pikul..Bahtera hidup yang baru bakal ku layar bersama insan yang belum ku kenal..masjid Allah bakal kami bina demi mencari MardhiyyahNya...Maka bermula saat itu aku sudah menjadi isteri kepada insan yang bernama suami...

"Ya Allah kurniakanlah kami sakinah, mawaddah wa rahmah..amin" -wan-

Tuesday, October 21, 2008

Cinta Luar Biasa

If people ask me how's a marriage life is? I would answer "It is so wonderful". But how do you define 'wonderful'. What I mean by wonderful here is when both husband and wife strive their best to gain Allah's blessings.

Everyone would agree that honeymoon is the best moment ever for a newly married couple. Memang tak dinafikan seringkali pasangan menggunakan waktu bulan madu untuk saling kenal antara satu sama lain..saling menyuburkan cinta antara satu sama lain.

Tetapi cinta yang wujud hanyalah cinta biasa..bukan cinta luar biasa. Bagaimana mewujudkan cinta luar biasa? Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah"

Indahnya dan nikmatnya sebuah perkahwinan hanya akan dirasai andai cinta Allah diburu bersama-sama. Alangkah bahagianya andai suami isteri sama-sama bangkit dimalam hari sujud padaNya..hanya untuk memuji Rabbul 'Izzati..tanda kesyukuran atas nikmat perkahwinan...cinta yang bakal dibina berasaskan cinta pada yang Esa.

Makin mereka mencintai masing-masing, makin hampir mereka pada Allah..inilah nikmat sebenar dalam sebuah perkahwinan...inilah cinta luar biasa yang hanya mampu dimiliki oleh mereka yang bercinta kerana mencari cintaNya..

Kerana itu, binalah rumahtangga itu berpaksikan cinta pada yang Esa bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata tetapi hakikatnya adalah pembinaan sebuah Masjid dimana Cinta Allah adalah yang paling Utama. Jadikanlah matlamat sebuah perkahwinan itu sebagai wardah untuk mendapatkan kemanisan iman..agar kita makin qarib padaNya..pasti bahagia selamanya..

"Cinta luar biasa itu, semakin kita mencintai, semakin kita cinta pada Allah." - Wan-

Monday, October 20, 2008

Sebelum mata terlena...

3 days being admitted in the hospital really taught me something..
something which was so valuable..
something which I sometimes overlook..
it remembered me of something which was very close to me..day by day it becomes closer and closer..what is it? nothing other than death.

Di saat diri ini terbaring di katil pesakit..meronta-ronta menahan kesakitan..diriku terbayang bagaimana agaknya nasibku dikubur kelak?
Ku sakit didunia masih ada peneman disisi,masih mampu berkongsi derita dengan insan lain..tapi bagaimana di kubur kelak??
Segala azab derita yang ku alami..tiada seorang pun dapat menolongku..tiada seorang pun yang mampu menemani diriku..aku keseorangan diri..menerima azab seksa dek kesilapan diri..dek kesombongan nafsu yang ku turuti hingga menempis redha Rabbul 'Izzati.

Ya Allah, betapa diriku merasakan diri ini berdosa terhadapMu..sungguh banyak dosa yang telah ku lakukan..dalam setiap helaan nafasku..berapa banyakkah nafasku berbaur ibadat yang diselang seli oleh dosa? Ya Allah ku benar-benar takut akan seksa azab kuburMu..sungguh diriku tidak kan tertanggung menahannya..

Ya Allah ku redha dengan ujianMu ini..andai ini kifarah buatku..maka ampunkanlah segala dosa-dosaku..ku rela ya Allah ujian ini datang bertimpa-timpa andai ini wardah untuk penyucian dosa-dosaku.

Setiap malam di atas katil pesakit, mataku seolah-olah tidak ingin pejam..
ku bimbang andai mataku lena buat selamanya..ku tafakkur di pembaringan..mengenangkan dosaku yang menggunung tinggi..andai esok bukan milikku lagi..mampukah ku mencium haruman syurgawi??

Ku amati setiap titisan air yang menitis dari tiub masuk ke dalam tubuhku. Ku merasakan setiap titisan itu bagaikan jangka hayatku. Betapa hampirnya saat itu..titik noktah kembara hidupku sebagai hamba yang menyinggah didunia..tapi apa yang telah ku peroleh??
Sedangkan perjalanan hidupku makin menghampiri garisan penamat.
Apa yang bakal ku bawa??
Ya Allah betapa sikitnya amalanku..mampukah aku menjulong 'piala' kemenangan sesudah sampai ke garisan penamat??

"Ya Allah..sebelum ku berangkat ke daerah sana, lepaskanlah beban ini yang mencengkam jiwa dan ragaku..ampunkan segala dosa-dosaku..selimutilah diriku dengan sutera kasih sayangMu..agar kelak ku mampu tersenyum ketika menghadapMu..." - Wan-

Friday, October 10, 2008

WAAANNN!! STOPPP!!!

It was a fine day. Upon reaching the office, after settling down for about an hour, we were told to gather at MGDC. I headed to my car with my other colleagues. We were four all together, Me, Yus, Nisa and Laila. I followed behind Aziz. Before reaching the traffic light, it turned red. I was quite a distance away from it. Aziz managed to pass through before it turned red.All of a sudden, my foot pressed the gear. The car accelerated to high speed.

"WAANN!! MERAAAH tu..BENTIII!!, shouted Laila and Nisa.
Yus remain silent in front.
I didn't know what happened to me, but my foot kept on pressing the gear speeding up to pass through the traffic light. It all happened so fast. I felt like passing through a time zone where all other vehicles seemed to 'freeze' and only me driving down the road. No other sound was heard except for nisa and laila's scream. Both closed their eyes. I calmly crossed without realizing the danger I was facing.

The clock ticked again as soon as I passed through the traffic light. Only then other cars became alive again. I was shocked with what had happened. Not even once in my life time had I done something extremely dangerous like this. Nisa all paled, asked Yus, "Yus..wan selalu ke bawak cmni?" "Tak pernah. Yus pun terkejut", answered Yus. "Horrornya wan ni", replied Nisa. Laila couldn't stop screaming of fright. Both was truly stunned.

As for me, I couldn't stop praising to Allah for saving us at that time. If anyone asked me why did I do that? I wouldn't know what to answer. It was like some sort of 'other' power forcing me to keep on going. Truly it was one of the things in my life which I do not wish or dream to happen again.

"Ya Allah thank you for saving us.." - Wan-

How do I go down?

I remembered one day at Langkawi,me and my husband was waiting in front of the elevator to go down to ground floor to have our breakfast. I spontaneously pressed the 'Up' button.

Curiously, my husband asked, "Wan, aren't we going down?"
I replied, "Yes, exactly."
He asked again, "Then why are you pressing the 'Up' button?"
I abruptly answered, "Yes, to make it come up first then only we press 'down' to go to ground floor".

Hearing my answer made him laugh his head off. I got puzzled at first before realizing what I had said was enough to make a cat laugh.(^_^)

Boy oh boy what was I thinking..hahahaha

Thursday, October 9, 2008

Mengapa Islam melarang "COUPLING"?

Remaja hari ini mudah benar terjebak dalam 'coupling'. Ntah apa yang best sangat bercouple, saya sendiri tidak mengerti. Kerana pada saya, pasangan yang bercouple hanya memburu tuntutan nafsu yang melalaikan & mengundang murka Allah. Sungguh tertipu mereka yang kononnya 'gembira' dan berasa 'cukup' bila dah bercouple. Sungguh sadis!!

Seorang sahabat pernah bertanya "Kenapa Islam tak membenarkan coupling?"

Saya menjawab, "Kerana Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita."
Saya menjelaskan lagi, "Cuba fikir, kalau seorang perempuan itu keluar dengan seorang lelaki, jatuh cinta pada lelaki itu, sanggup ke mana saja bersama lelaki itu malah memanggilnya dengan panggilan 'sayang'..dan lebih dahsyat lagi andai tanpa segan silu berpegang tangan & bersentuhan dengannya..andai suatu hari hubungan terputus begitu saja..dimanakah maruah seorang wanita itu?"

"Tapi perempuan tu masih dara" jawab sahabat saya.

"Iye memang betul dia masih dara. Tapi apa istimewanya suami dia nanti? Suaminya bukanlah lelaki pertama yang menyentuhnya tetapi perempuan ini dah menjadi 'bekas' orang. Perempuan itu bukan lagi ibarat mutiara dilautan yang sangat berharga kerana lelaki lain boleh suka hati menyentuhnya. Lelaki lain juga mendapat panggilan 'sayang' daripadanya. Maka dimana status suaminya kelak?"

Saya menyambung lagi, "Fikirkanlah sahabatku. Andai kita boleh dibawa kemana sahaja oleh lelaki lain, maka dimanakah harga diri kita yang begitu tinggi nilainya? Tak ada apa lagi yang istimewa buat suami kita kelak andai diri kita sudah disentuh oleh lelaki lain, sudah dibawa keluar bersama lelaki lain."

"Cuba bandingkan dengan perempuan yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki pun. Tidak pernah jua keluar bersama lelaki lain. Dia menjaga pandangannya, menjaga akhlaknya untuk dijadikan perhiasan buat suaminya kelak. Perempuan inilah mutiara yang sebenar. Mutiara yang tidak boleh dimiliki oleh sebarang orang tetapi hanya layak dimiliki oleh insan yang bernama suami."

"Inilah yang saya maksudkan Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita. Kerana maruah seorang wanita begitu tinggi nilainya...yang dicipta Allah untuk hiasan suaminya sahaja!"

"Sahabatku, andai seorang wanita boleh suka hati keluar dengan mana-mana lelaki dan menyentuh mana-mana lelaki sebelum berkahwin, yakinkah anda perempuan itu tidak akan menyentuh lelaki lain, tidak akan keluar bersama lelaki lain selepas dah berkahwin? Begitu juga kalau seorang lelaki suka hati sentuh perempuan lain, apa istimewanya kita pada dia nanti? Memang benar kata Allah "Sesungguhnya lelaki yang baik itu dicipta untuk perempuan yang baik." Kita boleh tergolong dalam golongan itu andai kita berusaha untuk perbaiki diri. Sesungguhnya Allah itu maha Adil...Renung-renungkanlah..."

"Burulah cinta Allah nescaya Allah akan memberi cinta manusia yang membawa kita kepada mencintaiNya"- wan-

Wednesday, October 8, 2008

Wujudkah cinta sebelum berkahwin?

Rata-rata orang menganggap cinta itu perlu wujud antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga agar dapat hidup bahagia bila dah berkahwin. Namun Islam menafikan perkara ini. Dalam Islam, hanya perkahwinan yang mampu menghadirkan cinta kerana cinta itu anugerah Illahi pada hambaNya yang menjaga hak2Nya..yang selain dari itu hanyalah tipu daya nafsu godaan syaitan.

Pernah seoarang sahabat bertanya pada saya, "Macam mana nak jalinkan hubungan dengan seseorang kalau cinta tak wujud dalam hati?"

Saya menjawab,"Mudah..melalui cinta Illahi"

"Tapi bagaimana?" sahabat bertanya balik inginkan penjelasan.

"Apabila kita suka seseorang itu demi cinta Illahi, maka cinta Illahi yang akan kita buru..bukan si dia. Apabila rasa rindu pada si dia, kita berdoa pada Allah minta Allah gantikn rindu itu kepada rindu Illahi. Hati kita tak akan resah walau tak berjumpa, tak keluar bersama, malah tak bermesej pun kerana kita telah memburu cinta Illahi yang kita harapkan akan menyatukan dua jiwa ini. Makin hari makin kita cuba untuk dekatkan diri pada Allah, perbaiki akhlak diri kerana kita ingin menjadi pasangan yang terbaik buatnya kelak. Dalam kesibukan kita mendamba cinta Illahi, perasaan kita terhadapnya akan disimpan jauh dalam sudut hati kerana Cinta Allah membaluti perasaan itu."

"Boleh ke bertahan hubungan tu kalau tak berjumpa?"

"Boleh,insyaAllah. Kerana apabila kita bermujahadah menahan nafsu daripada keluar berdating, selalu kesana sini bersama, Allah akan menjaga kedua-dua hati ini agar perasaan sayang itu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan yang akan membuahkan cinta. Inilah yang dikatakan apabila Allah yang menjaga sesuatu hubungan itu, maka segalanya kita sandarkan pada Allah. Walau tidak berjumpa, hati kita tenang & tidak risau akan perasaan si dia terhadap kita kerana kita yakin dengan janji Allah yang menjanjikan rahmat ke atas hambaNya yang menjaga hak2Nya. Kerana cinta kita pada Allah, demi menggapai redhaNya, kita menahan diri daripada keluar bersama-sama dengan si dia dan kerana itu, Allah balas dengan sebaik-baik balasan iaitu kemanisan cinta selepas berkahwin. Inilah cinta yang sebenarnya, tulus lagi suci & diredhai Illahi."

"Janganlah terpesona dengan cinta nafsu kerana kelak kita akan kehilangan nikmat cinta yang hadir dalam perkahwinan. Ingatlah redha Allah yang kita dambakan untuk mengiringi sebuah perkahwinan bukan kemurkaanNya" -wan-

Monday, October 6, 2008

Apabila Hati Berbelah Bagi

Selepas Zohor 1 syawal, aku bersama suami mengikut Ummi & Ayah beraya ke rumah saudara-mara belah Ayah di Ketereh. Ketika dirumah Makcik Yah, Ummi bertanya pada kami "Malam esok tak tidur rumah Tok Ayah ke?" "hmm..tak pasti lagi Ummi sebab tak tahu program Wae esok macam mana. InsyaAllah kalau sempat, kami datang tidur" Rasa bersalah menyelubungi jiwaku. Ku perhatikan riak wajah Ummi. Deeply inside, I could feel that Ummi wants us to spent one night with Tok Ayah(datuk belah Ayah).

Hatiku berbelah bagi. Seboleh mungkin ku ingin luangkan masa bersama Wae (ayahku) kerana lusa Wae sudah berangkat pulang ke Kedah. Tambah pula sudah 5 tahun, ku tak berpeluang untuk beraya bersama Ma & Wae.Sedangkan aku akan menghabiskan cuti yang masih berbaki bersama Ummi & Ayah.

Petang itu, kami pulang ke Bachok untuk bermalam bersama Ma Wae. Sepanjang perjalanan hatiku resah gelisah sehingga suamiku perasan akan perubahan wajahku. "Wan ok ke?" Ku jawab, "A'ah ok. Kenapa Abang?" "Abang tengok wan cam runsing je. Ada apa-apa ke yang bermain dalam fikiran wan?"Wan tak gembira ke?" "Tak abang, wan selesa. Wan gembira sangat. Wan cuma risaukan Ummi. Wan takut kalau Ummi terasa hati dengan jawapan wan tadi. Baru pagi tadi wan minta maaf, tiba-tiba petang Ummi terasa hati. Itu yang wan risaukan Abang."

"Kenapa wan cakap macam tu?"
"Entahlah abang. Hati seorang ibu ni sangat sensitif sebenarnya. Kadang-kadang kita cuba sedaya mungkin untuk jaga hatinya tapi dalam masa yang sama, hatinya masih terguris lagi." Dadaku mula sebak. Ku benar-benar dalam dilemma antara keinginan hati & perasaan Ummi.

"Abang,kalau ikutkan hati wan, nak je wan spend malam esok dengan Wae sebab dah lama wan tak dapat peluang tu. Lagipun jarang sekali wan dapat jumpa Wae. Wan rindu sangat kat Wae sebenarnya Abang. Tapi kalau wan ikutkan hati wan, nanti ada hati lain yang terguris. Wan buntulah abang. Kadang-kadang wan tak mampu nak jaga hati semua orang." Kelopak mataku basah dengan airmata.

"Abang rasa kita dah adil. Betullah kata wan, sepatutnya kita bermalam dengan Wae esok tapi yelah nanti Tok Ayah pulak terasa hati sebab tak bermalam dirumahnya. Tapi macam mana pulak kalau Wae terasa?"

"Takpe Abang. InsyaAllah Ma Wae tak terasa sebab wan dah jadi milik abang.Takpe nanti wan explain pada Ma Wae.InsyaAllah diorang kn faham. Lagipun esok seharian kita akan spend masa dengan Ma Wae. Cuma belah malam kita akan tidur di rumah Tok Ayah."

Hatiku berbisik,"Wan, utamakanlah perasaan Ummi kerana itulah keredhaan yang dicari. Anak lelaki perlu utamkan ibunya dalam segala hal. Korbankanlah perasaanmu demi Ummi"

Hatiku berdoa "Ya Allah, kadangkala ku kalah dalam mencari redhaMU. Ya Allah andai keredhaan Ummi itu lebih penting, ku sanggup korbankan hasratku untuk bersama Wae kerana diriku milik suamiku dan Ummi berhak atas suamiku. Ya Allah cuma satu ku pohon, bagilah ku peluang untuk bersama Wae lagi nanti. Ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hati Ummi.."

Malam itu, ku tekad untuk tidur dirumah Tok Ayah keesokan malamnya demi mencari redha Ummi.

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Israa’ 17: 24]

Harga sebuah kemaafan

Pagi 1 syawal, sebelum subuh menjelma, ku mengambil telefon bimbit lalu menaip mesej pada Ummi & Ayah "Ummi yati minta maaf atas segala salah silap andai Ummi & Ayah ada terasa hati dengan yati selama Yati menjadi menantu Ummi & Ayah. Maafkan yati Ummi kalau yati ada guris perasaan Ummi. Halalkan segala makan minum yati Ummi, Ayah. Semoga Allah memberkati hidup Ummi & Ayah sehingga ke syurga"

Setengah jam kemudian, sebuah mesej masuk ke telefon bimbitku. "Ummi & Ayah juga mohon maaf kalau ada tersalah bahasa dengan Yati. Semoga kehidupan Faheem & Yati akan lebih diberkati Allah"

Hatiku tenang dan damai sekali apabila selesai memohon maaf daripada kedua mertuaku. Cuma, ku menanti untuk bersalaman dengan mereka agar dapat merasai sakinah Allah di Aidilfitri.

Setelah selesai solat subuh, ku memohon ampun maaf dengan suamiku. Hatiku sebak. Ku bimbang andai ada kesalahan yang ku lakukan tanpa disedari telah menyinggung perasaan suamiku. Sungguh apabila suami tidak redha, maka Allah juga tidak akan redha pada hambaNya yang bernama isteri.

Terasa begitu tenang sekali apabila jemariku digenggam suami ketika bersalaman. Dahiku dikucupnya. Hatiku lantas berdoa, "Ya Allah kekalkan kasih sayang antara diriku & suamiku, berkatilah hidup kami & redhalah kami sebagai hambaMu"

Selesai bermaafan dengan suami, ku mengambil telefon bimbit untuk suamiku menghubungi Ummi & Ayah (ibu bapa mertuaku). "Ummi, Faheem minta maaf atas segala salah silap.." "Sama-samalah.Ummi pun minta maaf jugak atas segala salah silap pada Faheem" "Ayah ada Ummi?" Ummi menjawab, "Ayah tengah makan kat dapur" "Faheem nak minta maaf kat Ayah jugak atas segala salah silap. Sampaikan salam pada Ayah ye Ummi" Sebelum mengakhiri perbualan, Ummi bertanya, "Apa program hari ni? Sebab Ummi nak ajak ikut ziarah Pak Mat pagi ni" Suamiku menjawab, "Pagi ni nak ziarah saudara-mara wan kat Bachok. InsyaAllah nanti kami datang ke rumah Tok Ayah".

Kelopak mata suamiku bergenang dengan air mata mengakhiri perbualan itu. Ku peluk suamiku erat. "Abang, alhamdulillah Abang dah minta maaf dengan Ummi Ayah pagi-pagi lagi. Selesai solat nanti kita pergi jumpa Ummi & Ayah ye" Suamiku lantas menjawab, "Abang rasa syahdu sangat wan. Tak pernah perasaan ni datang. Terima kasih wan atas segalanya"

Mataku yang sudah lama menahan air mata lantas membasahi pipiku. Ku tahu suamiku sebak dengan kemaafan yang datang dari insan yang begitu mulia dalam hidupnya iaitu Ummi. Begitu mulianya hati seorang ibu sanggup memaafkan anaknya dan memohon maaf pula atas kesilapannya terhadap anaknya.

"Semoga kemaafan yang didamba dari Ummi & Ayah, menjadi penyuluh kebahagiaan rumahtangga yang sedang kami bina..ameen" - Wan-

Antara kesibukan diri & perasaan seorang Ibu

Malam itu ku menonton sebuah drama bertajuk "Ihsan". Watak yang dimainkan oleh Zamri, seorang Majistret benar-benar menyentuh kalbuku. Dalam kesibukannya dengan urusan pejabat & keluarganya, tanpa disedari telah memberi luka pada hati seorang insan yang mulia iaitu Ibunya.

Hatiku tertanya pada diri, semenjak diriku menjadi isteri pada suamiku, adakah ku telah merampas kemesraan yang didamba oleh Ummi(ibu mertuaku). Adakah kehadiranku menyebabkan suamiku kurang meluangkan masa bersama Ummi. Adakah kesibukanku turut mengheret kesibukan suamiku sehingga Ummi terabai?

Terasa diriku amat bersalah pada Ummi andai Ummi terluka dengan suamiku kerana kesibukannya yang diheret oleh diriku.

Malam itu ku bertanya pada suamiku. "Abang, ada tak bila-bila selama wan jadi isteri abang, wan mengambil waktu abang yang sepatutnya bersama Ummi? Adakah bila-bila wan mementingkan diri tanpa menghiraukan perasaan Ummi? Abang, andai wan ada buat apa-apa salah yang abang rasa Ummi tersinggung, beritahulah pada wan. Wan hanya manusia biasa abang, wan juga kadang-kadang alpa & kalah pada emosi." Pipiku basah dek airmata yang bercucuran.

Semenjak ku menjadi isteri, sedaya yang termampu ku cuba jaga perasaan Ummi kerana ku tahu syurga suamiku terletak dibawah tapak kaki Ummi. Ku pernah berpesan padanya "Abang, your priority is Ummi, wan yang kedua. Apa pun, Abang utamakanlah perasaan Ummi. Abang jangan risaukan perasaan wan sebab Ummi insan yang paling penting dalam hidup Abang. Abang tak perlu jaga perasaan wan sebab wan hanya seorang isteri dimana redha Abang yang wan cari. Wan yang perlu jaga perasaan Abang sebab syurga wan dibawah tapak kaki Abang"

"Memang benar mudahnya seorang isteri untuk memasuki syurga adalah dengan mentaati suaminya, namun realiti kehidupan tidak menjanjikan jalan yang begitu mudah untuk ditempuhi sebelum sampai ke gerbang syurga. Muhasabahlah diri selalu,jangan sampai kita menjadi penyebab murkanya seorang ibu pada suami kita." -wan-


Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri 2008

Alahamdulillah segala pujian bagiMu ya Rabb kerana menganugerahkan syawal yang begitu indah buatku setelah lama ku tak dapat menikmati kegembiraan seperti insan yang lain. This year I was so excited to celebrate Aidilfitri because my parents are here and I have my husband with me. Indeed, Aidilfitri for this year was not the same as the years passed.

Sehari sebelum Aidilfitri, kami sekeluarga bersama Ma and Wae pulang ke Kelantan. Sebanyak 4 buah kereta berkonvoi pulang. Kami tiba di Bachok jam 6.30pm. Mok Nah telah pun menyediakan juadah berbuka berupa nasi tomato & ayam percik. Selesai saja makan, kami berangkat ke Halina Inn untuk berehat.

Malam itu, kami ke rumah Mokcik Noh sementara menunggu solat tasbih jam 10pm. Sambil menikmati kuih-muih, Ma memulakan cerita. "Kimah, syikin duduk kat mana sekarang?" Kimah menjawab, "Oh, dia masih di rumah yang berhantu tu" Aku tersedak mendengar perkataan "hantu". Lalu ku bertanya, "Hah! Hantu? Rumah dia berhantu ke?" "A'ah..dia selalu nampak hantu masuk tembus ikut dinding.....bla...bla...bla.." Kerana soalan Ma yang hanya ingin bertanyakan kabar Syikin, habis semua cerita hantu keluar malam tu. Wae pula menambahkan lagi sensasi cerita dengan menceritakan pengalamannya tinggal selama setahun di rumah orang yang pernah dipancung kepalanya hidup2. Malam itu, semua tidur dalam ketakutan kerana teringatkan cerita ngeri Wae.

As for the following days, We managed to visit almost all of our relatives in Kelantan. Alhamdulillah it was one of the best Aidilfitri ever :)