Hari ini sudah masuk 20 Ramadhan. Hanya tinggal 9 hari lagi sebelum Allah menjemput tetamu yang agong ini pulang..
Ya Allah..tanpa disedari..sudah hampir sebulan ku menuntut di madrasah ini..tidak lama lagi ku akan tamat latihan di madrasah ini..Namun apa yang ku perolehi sepanjang "training" ini??
Berapa banyakkah pahalaMu yang Engkau lipat gandakan untuk hamba-hambaMu telah ku peroleh?
Atau madrasah ini berlalu tanpa ku perolehi sedikit pun rahmat & maghfirah dariMu..bahkan dosaku makin hari makin bertambah..sedangkan para hamba-hambaMu yang Engkau cintai menamatkan latihan ini dalam keadaan bersih suci dari segala dosa noda..
Alangkah ruginya diriku ya Allah…Dimanakah statusku disisiMu ya Rabb??
Kini sekelian orang bertaqwa sibuk berpesta ibadah..makin hangat dimalam hari kerana masing-masing memburu janji Illahi yang hanya datang setahun sekali..hanya hambaNya yang tulus mencintaiNya akan dianugerahkan "royal award" iaitu Lailatulqadar.
Akan tetapi bagaimana dengan diri kita? Sedang para pencinta Illahi sibuk memburu cintaNya..kita masih asyik & leka memburu cinta nafsu..cinta dunia yang hanya menjanjikn kekecewaan diakhirat sana..
Sedang asyik para mukmin bersekang mata membaca kitab Illahi..membasahi sejadah dimalam hari kerana dosa-dosa..
kita masih bersekang mata menonton hiburan yang makin hari mengotorkan jiwa & nurani..
Sedang orang mukmin berlumba-lumba merebut pahala..kita pula dalam sedar tak sedar makin hari makin mengumpul dosa...
Dimanakah tahap puasa kita?? Renungkanlah bagaimana status kita disisi Maha Pencipta..
"Ya Allah..ku mohon keampunan dariMu dan rahmatMu ke atasku..berkatilah ramadhanku kali ini agar berakhirnya ramadhan dengan keredhaan dariMu dan keampunan ke atas segala dosa-dosaku agar ku tergolong bersama orang-orang yg mendapat kegembiraan hakiki di 'Aidilfitri.."
2 comments:
ak hamba hina di sisiNya
terampunkah dosaku
diterimakah doa dn taubatku
moga iman ini bertambah kuat Ya Allah..
terasa diri ini kerdil sgt disisi Allah..hamba ini seorg yg hina..tidak mampu membuat apa2 pn tanpa izinNya..Ya Allah disebabkankekhilafan diri ini.byk sgt rsnye dosa yg dilakukan..ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah..kuatkan imanku dari hari ke hari...amin..
Post a Comment