'Saya sibuk sekarang ni''Saya tak ada masa''
Banyak kerja yang perlu saya siapkan'
Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.
Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk? Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam al Ghazali "Rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja".Bagaimana pula dengan kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat?
Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat? Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah 'kerugian' yang sebenarnya".
Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab amalannya dari belakang...bagaimana pula yang kita harapkan?Dalam surah al Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"
Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata.
"Ya Allah janganlah Engkau sibukkan hati kami dengan urusan dunia sehingga kami lalai dalam mentaatimu.."
Pesan Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
Wednesday, February 18, 2009
Saya takde masa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
syukran an tazkiratuki.
memang benar.
sedar tak sedar kita lupa tujuan hidup kita.
hanyut dek arus dunia.
thanks for the reminder...sama2la manfaatkan masa yg ada ye..
Banyaknye la masa akak disibukkan dengan perkara dunia....
wan klu bg tazkirah mmg menusuk kalbu..klu secara life..confirm 'hujan turun'..huhu..tq wan.. =)
Mustafa:
La syukran 'ala wajibi..sama2lah kita saling berpesan2 menuju syurga Illahi
Yus:
InsyaAllah yus..marilah kita menyulam tautan hati kerana Allah agar terpateri ikatan aqidah yg jitu pd yg Esa..Amin
K.fida:
Bukan mudah akak utk mengelakkn diri drp kesibukan dunia..namun itulah mujahadah kita utk meraih redhaNya
Nazrah:
huhu..'hujan turun' kn mmg trade mark wan...;)
Post a Comment