Thursday, November 13, 2008

Sakinah yang didamba..


“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”

“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”

“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”


“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”


“Macam mana tu?”


“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”


“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”


“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”


“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”


“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”


“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”


“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”


“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”


“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya.”



Wednesday, November 12, 2008

Mencari Barakah Sebelum Berkahwin



5 bulan sebelum berkahwin

"Wan..macam mana persediaan?" tanya seorang kakak senior.

"Tak tahulah akak. Wan rasa macam diri ni tak mampu nak jadi seorang isteri kepadanya nanti. Mampukah wan nak pikul tanggungjawab semua tu? Mampukah wan menjaga keredhaan seorang suami terhadap isterinya agar tidak berubah menjadi murka? Wan lemah akak..wan sangat kurang dalam segala hal..doakan wan ye akak.."

Lantas kakak senior menjawab, "Wan..ingatlah perkahwinan itu bukan segalanya indah. Pasti akan ada onak duri atau badai yang melanda. Tapi satu wan..apabila kita letakkan Allah sebagai tunjang dalam perkahwinan..apabila redha Allah menjadi pokok asas kita membina rumahtangga..percayalah wan..perkahwinan akan bahagia selamanya..datanglah badai macam mana pun cuba menggoncang perkahwinan korang..pasti akan selamat..kerana apa? Kerana Allah yang menjaga perkahwinan itu. Apabila Allah menjaga sesebuah perkahwinan..maka insyaAllah selamanya akan bahagia hingga ke jannah."

Kakak senior menyambung lagi, "Wan..dalamilah ilmu agama sebanyak mungkin sebelum kahwin..sebab itulah yang akan berguna nanti bila korang dah berkahwin..banyakkan bertaubat..bersihkan diri dari segala dosa..supaya keredhaan Allah mengiringi perkahwinan korang nanti. Ingatlah korang akan bina masjid Allah..dan tunjang sebuah masjid adalah ilmu yang mendalam tentang Allah dan agamaNya."

Kata-kata azimat kakak senior itu begitu berkesan dihatiku. Ku kagum dengan mereka yang begitu menjaga hak-hak Allah..ku lihat betapa barakahnya perkahwinan mereka yang menjanjikan sakinah dunia dan akhirat.


Sebulan sebelum berkahwin

"Wan..saya tengok awak ni asyik je duk preparekan diri untuk majlis. Xde nampak pun wan preparekan diri untuk menjadi seorang isteri", tegur seorang sahabat.

Saya tersentak dengan soalan itu.

"Preparekan diri untuk menjadi seorang isteri??", soalan itu berlegar-legar difikiranku.


Sahabat saya menyambung lagi, "Dulu bukan main lagi kata nak penuhi ilmu agama sebanyak mungkin sebelum jadi isteri orang. Bila dah makin dekat..saya nampak wan makin alpa. Makin leka dengan persediaan majlis je..seolah-olah nak bagi majlis begitu sempurna..tapi wan lupa persediaan diri untuk menjadi seorang isteri yang terbaik.."

"Ya Allah..sungguh ku alpa" bisik hatiku.

Diriku tertunduk malu dengan Tuhan Pencipta. Lantas ku teringat pesanan akak seniorku dulu.

Kata-kata sahabatku itu benar-benar mengetuk pintu hatiku yang sedang leka dengan persediaan majlis. Ya Allah..sekelip mata saja ku tenggelam dalam kealpaan duniawi..ku begitu tertumpu pada majlis semata-mata..sehingga ku alpa untuk mendalami ilmuMu yang akan membimbingku menjadi isteri solehah disisiMu.

Teguran sahabatku dan pesanan kakak senior sehingga kini masih terngiang-ngiang di telingaku. Seolah-olah menjadi perisai untukku tidak alpa walaupun sesudah bergelar isteri. Ku berterima kasih pada kalian kerana menegurku. Jazakumullahu khairan kathira..barakAllahu fiikum..

Buat sahabat-sahabatku yang lain yang bakal mendirikan masjid Allah..janganlah asyik leka dengan preparation majlis sahaja..tapi ingatlah yang lebih utama..preparekan diri dengan ilmu dan amal agar diri sentiasa terbimbing dalam melayari bahtera rumahtangga kelak.

Saturday, November 8, 2008

Our New Home


Alhamdulillah we've finally found a new home..a new life filled with the 'unexpected' awaiting ahead..indeed it shall be a bumpy ride yet enjoyable and wonderful. Oh Allah..we pray may you bestow upon us your blessings..fill our home with sakinah..mawaddah wa rahmah..help us in everything we do may it shall lead towards everlasting happiness which we seek for in this world and hereafter..ameen :-)


Friday, November 7, 2008

Brownies...


Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.


“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”


Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”


“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”


“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”


Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,
“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”


Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.Kemudian si ayah berkata,
“Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.”

Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna.
“Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.


“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”


Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.


“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”


“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.


“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”


“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.


“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”


Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.


“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.


“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”


“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Sentiasalah waspada dengan setiap gerak geri perbuatan kita..kerana perbuatan yang dilarang Allah akan mematikan nur dalam hati...kelak hati kita akan mati..
"Peliharalah hatimu agar imanmu terpelihara"

Lihat Orang..Lihatlah Kebaikan Mereka..

Sheikh Al-Jailani pernah berpesan
"Apabila kamu berjumpa dengan seseorang lihatlah kebaikan yang ada pada orang itu"

Betapa indahnya Islam mengajar umatnya supaya tidak memandang rendah pada sesiapa pun. Apatah lagi menghina dan mengkeji orang lain. Rasulullah S.A.W pernah berpesan agar seorang muslim itu hendaklah melindungi saudaranya, hartanya dan jiwanya. Jangan sesekali melukakan hatinya, jangan sesekali pandang rendah padanya dan hendakalah ia pelihara maruahnya.

Ketika melihat anak-anak kecil, boleh jadi, dosanya lebih kecil, ataupun tidak berdosa dengan itu memudahkannya mendapat syurga berbanding kita.

Apabila melihat orang miskin, walaupun hidupnya susah, tidak dipandang masyarakat, siapa tahu dalam pandangan Allah, dialah paling mulia kerana redha dan sabar dengan ujian Allah.

Ketika melihat orang yang baru belajar membaca al-quran, siapa tahu dia lebih takut pada Allah pada setiap huruf yang diucapkannya.

Ketika melihat orang yang sedang berniaga, walaupun kecil jualannya, siapa tahu dalam pandangan Allah, penjual itu lebih mulia kerana kejujurannya walaupun dagangannya tidak sebesar mana.

Melihat akan seorang guru, mungkin pengajarannya begitu ikhlas sehingga dari murid-muridnya terbit mereka yang akan menjadi benteng agama ini.

Melihat kepada orang yang sudah berkahwin, siapa tahu, ibadahnya lebih tenang dan lebih khusyu’ sehingga di pandangan Allah lebih mulia dari kita yang hati sentiasa tidak tenang dan banyak berfikir tidak sepatutnya.

Melihat orang yang membuat maksiat, mana tahu , suatu hari nanti, dia mendapat hidayah, taqwanya lebih tinggi dari kita dan matinya lebih mulia dari kita yang masih tidak tahu apa kesudahan kita.

Inilah sifat orang yang berjiwa hamba. Hatinya bersih. Tidak pernah merasakan diri lebih dari insan yang lain. Begitu juga tidak pernah merasakan insan lain kurang dari dirinya. Hatinya sentiasa tenang melihat kebaikan orang lain, sentiasa menghargai kebaikan orang lain dan sentiasa menghormati insan lain. Kesalahan orang dimaafkan segera..kesalahan diri dipohon maaf dengan segera jua. Kerana ia merasakan kerdilnya diri dihadapan Tuhan..bagaimana mampu untuknya mengangkat diri dihadapan insan yang lain.

Marilah kita sama-sama membersihkan hati kita dari sifat sombong dan suburkan sifat 'kehambaan' dalam diri kerana kita hanyalah hambaNya yang serba lemah, serba kurang..segala yang kita ada milikNya jua..hanya sebagai pinjaman..kerana itu siapa kita untuk memandang rendah pada insan yang lain??sama-samalah kita renungkan...

“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)

"Ya Allah jadikanlah jiwaku jiwa seorang hamba..yang tidak pernah lupa bahawa diriku adalah milikMu..suburkanlah sifat tawadhuk dalam hatiku ya Rabbi..Amin Ya Rahman.." -Wan-

Thursday, November 6, 2008

Why Am I Blogging?

Seorang sahabat pernah berpesan pada saya,
" Wan..kita hidup kat dunia ni..biarlah segala yang kita buat tu menjadi ibadah. Kalau boleh jadikan setiap saat itu sebagai ibadah. Sebab kita tak tahu bila kita akan mati dan berapa banyak amal kita yang Allah terima..jadi andai setiap perkara yang kita lakukan itu dikira sebagai ibadah oleh Allah..insyaAllah Allah akan redha pada kita sebagai hambaNya"

Sehingga ke hari ini..pesanan sahabatku itu masih ku pegang. Jazakillahu khairan kathira ya Ukhti 'ala nasihatuki..

Kerana pesananmu itu sahabatku, ku cuba untuk jadikan blogging ini satu ibadah. Bagaimana? Setiap saat ku luang didepan pc..memikirkan idea untuk ku menulis..mencoret sedikit pengalaman hidup,biarlah perkongsian itu membawa para pembaca kepada memikirkan keagungan Allah. Biarlah setiap baris bicaraku mampu mengetuk pintu hati yang sedang alpa..disamping pintu hatiku sendiri..ku harap jua pintu hati insan yang lain.

Kerana itu, ku menulis. Bukan untuk membuang masa..bukan untuk bercerita hal duniawi yang menambahkan lagi kealpaan hati tapi untuk mengajak rakan-rakan bersama-sama mengagungkan Illahi..bersama-sama menilai hidup ini sebagai seorang hamba..mengajak sama-sama meletakkan tunjang hidup ini hanya untuk mencari mardhiyyahNya..untuk menyedarkan diri dan yang lain bahawa kita pasti kan kembali padaNya..

Oleh itu, sebagai seorang sahabat..ingin juga ku berpesan pada sahabat sekelian..marilah kita sama-sama berusaha agar setiap tingkah laku kita dikira sebagai ibadah disisiNya...

When the clock strikes..

It was a sunny Thursday. My parents would be arriving from Jeddah in the afternoon at 2pm. I was in charge to pick them up at KLIA since all my other siblings were busy with their work.

At 12.30pm, I left the office and stop by Petronas to withdraw some money since I only had RM10 left with me. Unfortunately the ATM was offline. Feeling frustrated, I quickly drove off back home and bought nasi beriani for Fawwaz for his lunch. Now I am left with only RM5.

Clock was ticking so fast. I performed Zohor prayer while waiting for Fawwaz getting ready to go to Sekolah Agama. At 2pm, I tried to call my dad but it was unreacheable. To my assumption, Mum and Dad did not land yet. I calculated the time. I needed to prepare lunch for my parents before picking them up but it seems that I'm already running out of time. No way would I be able to cook on time.

Without waiting any longer, I drove to a restaurant nearby to buy some lunch for my parents. As I walking towards the restaurant, I opened my purse. Apparently, I only had RM5. "Oh boy..I forgot I don't have any money", I said to myself while patting on my forehead.

In the car, I was thinking where was the nearest ATM. All that I could think of was Petronas on side road which was about 5km from where I was. Unfortunately, the ATM there was also offline.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 2.15. Ya Allah sempatkah ku sampai di KLIA sebelum Wae Ma tiba? Ya Allah ku sedar masa itu milikMu. HambaMu tidak mampu memiliki walau satu saat pun. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Ku mohon bagilah ku sempat untuk ambil Ma Wae kat KLIA.

Ku buntu. Ke mana lagi harus ku pergi untuk keluarkan duit. Minyak kereta sudah hampir ke garisan penghujung. Nak isi minyak tapi duit tak cukup. Ya Allah..hambamu sungguh kerdil. Dalam keadaan begini Engkau menguji kesabaranku. Engkau mengujiku untuk ku sedar betapa diriku tidak punya apa pun tanpa kuasa dariMu. Ya Allah bantulah hambaMu. Bagilah ku dapat keluarkan duit untuk ku beli makanan dan juga isi minyak kereta.

Ku segera menuju ke Maybank Bandar Baru Bangi yang terletak kira-kira sejauh 10 km dari Petronas itu. Hatiku tak putus-putus berdoa moga Allah bagi ATM itu berfungsi agar dapat ku keluarkan wang. Disaat inilah ku pasrah sepenuhnya padaMu ya Allah. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas setiap sesuatu.

Alhamdulillah berkat doa, aku berjaya juga mengeluarkan wang dan mengisi minyak kereta. Sambil memandu ke kedai makan, ku cuba menghubungi Wae sekali lagi.
"Yati kat mana ni?", tanya Wae.
"Erm Wae dah keluar ke? Dah lama sampai?"
"Wae dah keluar ni. Barang-barang semua dah dapat. Awak kat mana lagi?"
"Erm, yati lambat lagi nak sampai. Wae dan Ma solat dulu lah ye."

Jam sudah pun menunjukkan pukul 2.45. Ku tahu ku sudah lewat. Selesai membeli segala juadah, ku segera ke KLIA. Sepanjang perjalanan, fikiranku merenung kembali apa yang telah terjadi...

Ya Allah apabila Engkau berkehendakkan ujian itu menimpa hambamu..ujian itu pasti kan datang walau dalam bentuk apa jua demi menjaga hambaMu daripada alpa dan leka. Ya Allah betapa diriku merasakan agungNya kuasaMu..sesungguhnya manusia tidak berdaya walau sikitpun untuk melakukan apa jua tanpa pertolongan dariMu..Ya Allah ku tahu Kau mengujiku untuk lihat sejauh mana redhaku pada setiap kejadian. Sejauh mana kesabaranku dalam menghadapi setiap situasi dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah kerana sentiasa mengawasiku.