Thursday, November 6, 2008

Why Am I Blogging?

Seorang sahabat pernah berpesan pada saya,
" Wan..kita hidup kat dunia ni..biarlah segala yang kita buat tu menjadi ibadah. Kalau boleh jadikan setiap saat itu sebagai ibadah. Sebab kita tak tahu bila kita akan mati dan berapa banyak amal kita yang Allah terima..jadi andai setiap perkara yang kita lakukan itu dikira sebagai ibadah oleh Allah..insyaAllah Allah akan redha pada kita sebagai hambaNya"

Sehingga ke hari ini..pesanan sahabatku itu masih ku pegang. Jazakillahu khairan kathira ya Ukhti 'ala nasihatuki..

Kerana pesananmu itu sahabatku, ku cuba untuk jadikan blogging ini satu ibadah. Bagaimana? Setiap saat ku luang didepan pc..memikirkan idea untuk ku menulis..mencoret sedikit pengalaman hidup,biarlah perkongsian itu membawa para pembaca kepada memikirkan keagungan Allah. Biarlah setiap baris bicaraku mampu mengetuk pintu hati yang sedang alpa..disamping pintu hatiku sendiri..ku harap jua pintu hati insan yang lain.

Kerana itu, ku menulis. Bukan untuk membuang masa..bukan untuk bercerita hal duniawi yang menambahkan lagi kealpaan hati tapi untuk mengajak rakan-rakan bersama-sama mengagungkan Illahi..bersama-sama menilai hidup ini sebagai seorang hamba..mengajak sama-sama meletakkan tunjang hidup ini hanya untuk mencari mardhiyyahNya..untuk menyedarkan diri dan yang lain bahawa kita pasti kan kembali padaNya..

Oleh itu, sebagai seorang sahabat..ingin juga ku berpesan pada sahabat sekelian..marilah kita sama-sama berusaha agar setiap tingkah laku kita dikira sebagai ibadah disisiNya...

3 comments:

:.Yus.: said...

insyaAllah akan ku cuba walau kadang2 xmampu..

byknnye post arini..saya msh xde idea utk diluahkan..tgu hati ini sembuh dl..nnt akan kubersamamu berjuang insyaAllah

Wan Zuriati said...

Alhamdulillah Allah bagi ilham untuk wan mencoret sedikit kalam buat renungan bersama..marilah yus kita sama-sama mengajak orang ramai mengagungkan Allah Rabbul 'Izzati..amin

Azeze said...

InsyAllah..sungguh baik niat wan utk berblogging..
kadang2 terpk gak..blogger ni xrase buang mase ker..ape objektif blogger berblogging ni ye...erm...