Pesan Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
Sunday, September 21, 2008
Ramadhan yang sama...tetapi berbeza..
Mereka menyambut kedatangan Ramadhan dengan gembira..
Kami menyambut Ramadhan dengan hiba..
Mereka berjaga malam mencari cintaMu..
Kami berjaga malam memenuhi cinta nafsu..
Mereka berlumba-lumba mengumpul pahala...
Kami bersuka-ria mengumpul dosa...
Mereka mengelakkan diri dari dosa..
Kami dengan sengaja membuat dosa..
Puasa mereka puasa yang dijaga
Puasa kami puasa menahan lapar dahaga..
Lidah mereka dibasahi dengan al-Qur'an
Lidah kami mengeji & mengata orang..
Takbir mereka takbir kemenangan...
Takbir kami takbir kekecewaan...
Bilakah kami akan menjadi seperti mereka??
"Ya Allah golongkanlah kami bersama mereka (orang-orang yang tulus dalam mencintaiMu).."
Saturday, September 20, 2008
Siapa kita disisi Illahi??
Hari ini sudah masuk 20 Ramadhan. Hanya tinggal 9 hari lagi sebelum Allah menjemput tetamu yang agong ini pulang..
Ya Allah..tanpa disedari..sudah hampir sebulan ku menuntut di madrasah ini..tidak lama lagi ku akan tamat latihan di madrasah ini..Namun apa yang ku perolehi sepanjang "training" ini??
Berapa banyakkah pahalaMu yang Engkau lipat gandakan untuk hamba-hambaMu telah ku peroleh?
Atau madrasah ini berlalu tanpa ku perolehi sedikit pun rahmat & maghfirah dariMu..bahkan dosaku makin hari makin bertambah..sedangkan para hamba-hambaMu yang Engkau cintai menamatkan latihan ini dalam keadaan bersih suci dari segala dosa noda..
Alangkah ruginya diriku ya Allah…Dimanakah statusku disisiMu ya Rabb??
Kini sekelian orang bertaqwa sibuk berpesta ibadah..makin hangat dimalam hari kerana masing-masing memburu janji Illahi yang hanya datang setahun sekali..hanya hambaNya yang tulus mencintaiNya akan dianugerahkan "royal award" iaitu Lailatulqadar.
Akan tetapi bagaimana dengan diri kita? Sedang para pencinta Illahi sibuk memburu cintaNya..kita masih asyik & leka memburu cinta nafsu..cinta dunia yang hanya menjanjikn kekecewaan diakhirat sana..
Sedang asyik para mukmin bersekang mata membaca kitab Illahi..membasahi sejadah dimalam hari kerana dosa-dosa..
kita masih bersekang mata menonton hiburan yang makin hari mengotorkan jiwa & nurani..
Sedang orang mukmin berlumba-lumba merebut pahala..kita pula dalam sedar tak sedar makin hari makin mengumpul dosa...
Dimanakah tahap puasa kita?? Renungkanlah bagaimana status kita disisi Maha Pencipta..
"Ya Allah..ku mohon keampunan dariMu dan rahmatMu ke atasku..berkatilah ramadhanku kali ini agar berakhirnya ramadhan dengan keredhaan dariMu dan keampunan ke atas segala dosa-dosaku agar ku tergolong bersama orang-orang yg mendapat kegembiraan hakiki di 'Aidilfitri.."
Thursday, September 18, 2008
Watch Out!!
Saya sedang memandu dengan kadar kelajuan yang biasa iaitu 80km/jam. Pada saya itulah paling perlahan yang boleh saya pandu. Jauh dihadapan, kelihatan simpang ke kiri yang harus saya ambil untuk ke putrajaya. Sedang asyik memandang cermin sisi untuk belok ke kiri, tiba-tiba apabila saya menoleh kehadapan, satu objek besar 'terbang' ke arah cermin hadapan kereta dan..KEBUUUM..objek itu melanting dengan deras ke cermin kereta lalu meretakkan cermin hadapan.
I was so shock. It all happened in a blink of an eye. I couldn't actually identify that object really was..but it looked like a log which came from nowhere and straightly hit my front window which left a large crack. I quickly make my left turn and drove slowly trying to figure out what had just happened.
One thing for sure..saya bersyukur sangat kerana Allah belum mengambil nyawa diri ini. Andai cermin kereta itu tidak kukuh, pasti objek itu terus kan menusuk ke dadaku. Na'uzubillah..
Sepanjang perjalanan pulang..saya merenung diri..mencermin kesilapan diri yang telah dilakukan tanpa disedari..Yang terlintas di hati ini..adakah Allah memberi amaran pada diri saya kerana sedekah yang sudah saya niatkan belum tertunai lagi..Ya Allah..memang benar Engkau akan sentiasa mengingatkan hambaMu yang alpa..memang diri ini ingin mengeluarkan sedekah itu tapi asyik tertangguh..Maafkan hambaMu ini kerana melewatkan perkara yang baik.
Ya Allah terima kasih kerana memberi amaran pada diri ini dalam keadaan Engkau tidak mencederakan diriku...Mungkin sebahagian rezekiku itu bukan hakku kerana itu Engkau mengambilnya dengan cara begini..Ya Allah..Ku sudah tunaikan niatku itu..Kerana itu Ku harap keampunan dariMu..Ampunkan segala dosa-dosaku..rahmatilah hambaMu ini..
Sunday, September 14, 2008
Muhasabah Ramadhan
Ya Ramadhan..Ku rindu padamu..Kau sudah hampir pergi..namun apakah cintaku padamu terbukti?
Ya Ramadhan..ku menanti kedatanganmu setiap tahun..namun apabila Engkau datang, adakah diriku memanfaatkan waktuku bersamamu?
"Ya Allah Ku mohon dalam bulan ramadhan ini kekuatan iman,
Iman yang tidak pernah luntur ya Allah..
Hati yang khusyuk dalam beribadat padaMu..
Ya Allah Ku mohon padaMu Ya Rahman..Engaku jadikanlah diriku ini pencinta Al-Qur'an
Basahi lidahku dengan Al-Qur'an..
Didiklah hatiku dengan Al-Qur'an..
Hiasi peribadiku dengan Al-Qur'an..
Ya Allah..hambamu mohon padaMu Ya Rahman..
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Ampunkanlah segala keterlanjuranku ketika ku lalai & alpa Ya Allah..
Ya Rahman..hambaMu ini penuh dengan dosa..hambaMu ini tidak layak untuk mengadapMu..
Namun Ya Allah hambaMu tetap berharap hanya padaMu keampunan..
Engkau redhalah diri ini sebagai hambaMu..
Pandanglah hambaMu dengan pandangan kasih sayang..
Janganlah Kau palingkan pandanganMu daripadaku..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Dalam bulan ramadhan ini...Bulan dimana Engkau memberi rahmat pada hamba-hambaMu..
Bulan dimana Engkau mengabulkan segala doa hamba-hambaMu...
Bulan dimana Engkau memberi pengampunan pada sekelian hamba-hambaMu...
Kerana itu ya Allah..hambaMu ini memohon & merayu padaMu..
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang menggunung tinggi..
Ringankanlh siksa azab kuburku nanti ya Allah..
Ya Allah..HambaMu tidak terdaya menahan perit seksa azabMu..
Sedangkan sakaratulmaut itu amat dahsyat..
Apatah lagi seksa api nerakaMu Ya Allah..
Ya Allah....tiada yang lain Ku mohon..
Tiada yang lain ku damba..
Ku mohon keredhaaan dariMu...
Ku mohon kasih sayangMu..
Ku damba CintaMu dalam hatiku..
Ya Allah..Engkau terimalah ibadat puasaku..
Janganlah Engkau sia-siakan puasaku..
Hindarkanlah aku daripada perkara-perkara yang boleh menjadikan puasaku tidak bermakna
buatMu..
Ya Allah..jagalah lidahku daripada berkata perkara-perkara yang keji..
Daripada mengata buruk pada orang lain...daripada mengumpat orang lain Ya Allah..
Ya Allah..Ku mohon hati yang bersih daripada bersangka buruk pada sesiapa pun..
Ku mohon agar dibuang segala sifat-sifat mazmumah..
Engkau suburkanlah segala sifat-sifat mahmudah dalam diri ini Ya Allah...
Ya Allah..Ya Rahman..Ya Allah Ya Rahim..
Ku mohon sebelum Engkau menjemputku..Ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Agar kelak ku kembali padaMu dalam keadaan suci & diredhai olehMu..
Agar ku berpeluang untuk bersama para hambaMu yang soleh dialam syurgaMu..
Amin ya Mujib..Amin Ya Rahman..Amin Ya Rabb' alamin..
Saturday, September 13, 2008
Demi Masa...
I remember one of my lecturer's advise "Kamu semua sementara masih bujang & tak punya tanggungjawab lain, gunalah masa sebaiknya untuk beribadat sebanyak mungkin. Sebab kelapangan masa yang kamu ada sekarang ni takkan dapat bila dah kawin nanti"
Sekarang ini, saya akui kebenaran kata-kata pensyarah itu. To all my friends, use your bachelor's life wisely to acquire as much knowledge as possible and to become more closer to Allah for once Allah has taken His time, He shall not give it back. Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabatku sekalian. Usahlah buang masa anda dengan terlalu banyak berhibur dan memuaskan nafsu semata-mata kerana kelak kita juga yang akan merasa kerugian itu. Once the time has passed, it shall never come back again. Benarlah janji Allah dalam firmanNya :
"Demi Masa Sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan mereka yang
beramal soleh dan berpesan-pesan pada kesabaran "
"Ya Allah berilah nikmat kelapangan masa pada diriku..bimbinglah daku agar setiap saat hidupku dalam redhaMu...jadikanlah setiap detik hidupku sebagai ibadat padaMu..jauhilah aku daripada golongan orang-orang yang rugi.." -Wan-