Friday, April 6, 2012

Doa yang kita sering perlekehkan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SALAM ialah cara Allah mengajar kita menghormati sesama makhluk malah memerintahkan supaya tatacara ini dibudayakan. Justeru "SALAM", walaupun nampak mudah dan ringan, namun ia bersangkutan/ mengcakupi aspek 'aqidah, ibadah dan akhlak. la merangkumi ucap selamat, doa, tawaran persahabatan, pengenalan keagamaan, ikatan keagamaan dan sebagainya.

Jarang sekali kita mendengar ucapan salam keluar dari bibir kita sendiri mahupun orang lain ketika bertemu dijalanan. Perkataan yang kita sering dengari adalah 'Hai' ketika bertemu dan 'Bye' ketika berpisah. Seolah-olah lebih enak dan telah sebati dengan diri kita ucapan itu berbanding dengan ucapan salam yang mulia ini.

Apa yag lebih menyedihkan adalah apabila kita kadang-kala berasa kekok untuk memberi salam pada orang lain di jalanan kerana merasakan ucapan itu seolah-olah 'aneh' dan tak biasa diguna. Inilah tandanya akhir zaman apabila ucapan lain lebih dimuliakan daripada ucapan salam.

Hakikatnya kita lupa bahawa sebenarnya ucapan salam itu adalah doa memohon kesejahteraan dan keselamatan kepada seseorang itu. Ucapan salam itu adalah pengikat kasih hati orang-orang mukmin. Tambah pula dalam ucapan salam itu terkandung nama Allah 'As-Salam' yakni Yang Memberi Kesejahteraan. Bukankah Allah menyuruh kita untuk berdoa menggunakan nama-namaNya?

Kerana itu saya ingin menyeru pada diri sendiri dan para pembaca semua agar hidupkan kembali amalan memberi salam dan ucaplah ia dengan sempurna, penuh penghayatan memohon agar orang yang diberi salam itu benar-benar mendapat kesejahteraan dan rahmat serta keberkatan dalam hidupnya. Marilah kita tanya pada diri kita selama ini setiap ucapan salam yang kita beri adakah kita benar-benar menghayati maksud doa itu atau sekadar ucapan yang terlafaz dibibir dek kebiasaan menyebutnya yang menjadi lebih kepada adat daripada amalan.

Oleh itu, marilah kita perbaiki diri dengan mengamalkan amalan sunnah Rasulullah S.A.W ini iaitu memberi salam dengan sempurna dengan hati yang benar-benar mengharap pada Allah akan maksud doa salam itu. Kelak kita akan lihat sesuatu perubahan dalam diri dan orang sekeliling andai amalan ini dipelihara dengan sebenar-benarnya, kerana apabila setiap daripada kita saling mendoakan orang lain, Allah pasti akan campakkan rasa kasih sayang dan rahmat dalam diri kita dan masyarakat sekeliling.

Dalam sebuah hadis, Baginda Nabi Muhammad diriwayatkan bersabda dengan maksudnya “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta-mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Para sahabat menjawab ya wahai Rasulullah. Nabi pun bersabda “Sebarkanlah salam di kalangan kamu”. (Hadis riwayat Muslim)

Amalan yang amat mudah tapi kita sering perlekehkan..yang sebenarnya memberi impak yang besar dalam hati orang-orang mukmin andai benar-benar dihayatinya..sama-sama kita renungkan dan hidupkan kembali amalan yang merupakan juga sunnah Rasulullah S.A.W. Moga kita semua mendapat manfaatnya insyaAllah.


Be more sensitive about others

Seringkali kita menjadikan facebook, twitter atau sebagainya sebagai tempat untuk kita meluah perasaan, berkongsi suka duka, bercerita tentang nikmat yang diperoleh dan sebagainya. Namun pernahkah kita terfikir mengapa kita lakukan semua itu..hakikatnya hanyalah untuk mendapat perhatian manusia yang lain.

Dalam masa yang sama, tanpa kita sedari dalam kegembiraan kita berkongsi cerita tentang apa jua nikmat yang Allah beri pada kita, ada segelintir hati insan yang lain terguris dek melihat nikmat yang kita peroleh tetapi tidak diperolehi mereka. Jika dipandang dari satu sudut, mungkin kita akan berkata, mengapa mereka ingin terasa hati sedangkan bukannya niat kita untuk mengguris hati sesiapa pun. Ya benar namun jika kita perhalusi perasaan insan-insan yang tidak mendapat apa yang kita dapat, kita akan dapat menyelami dan memahami sebenarnya bagaimana perasaan mereka ini.

Saya yakin pasti akan ada yang tertanya kenapa saya menulis entry ini. Sejujurnya ada seorang sahabat datang pada saya, meluah perasaannya pada saya mengatakan bahawa dia tidak suka membaca entry orang ramai di facebook kerana semunya berbunyi seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk apa yang mereka ada pada orang lain. Contoh yang dia beri adalah "Alhamdulillah dah dapat kunci rumah". Dia bertanya pada saya, apa sebenarnya tujuan orang tulis sedemikian kalau bukan untuk menunjuk pada orang lain. Kalau dia bersyukur, cukuplah dia bersyukur pada Allah kenapa nak dihebohkan 'publicly'?

Inilah persoalan yang ditanya pada saya. SubhanaAllah..sunnguh saya terdiam apabila diajukan soalan sedemikian. Lama saya diam. Saya akui ada benarnya kata-katanya itu. Saya teringat komen Prof. Muhaya baru-baru ini pada mereka yang mem'post'kan keputusan SPM yang cemerlang di facebook dengan meletakkan salinan keputusan SPM itu di facebook. Prof mengulas "Kenapa kita selalu ingin menunjuk-nunjuk pada manusia lain tentang kehebatan dan kejayaan kita..tanpa kita sedari kita sebenarnya dah merasa bangga dan ingin "show off".

Benar sekali kata-kata Prof itu. Tanpa kita sedari kita telah melakukan kesalahan yakni menunjuk-nunjuk pada orang lain yang sepatutnya kita lahirkan syukur kita pada Allah dan berasa lebih tawadhuk dengan nikmat yang diberi bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain sehingga dapat melahirkan perasaan diri lebih hebat dari orang lain. Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan apabila melihat kawan-kawannya yang berjaya dengan bangganya mem'post'kan keputusan mereka di facebook?

Begitulah juga dengan hal-hal yang lain. Saya juga tersentak dengan soalan sahabat saya. Memang amat benar kata-katanya itu. Kita selalu lupa untuk memikirkan perasaan insan yang lain yang tidak mendapat nikmat sebagaimana kita dapat. Bagaiman perasaan mereka? Bukannya mereka ingin cemburu dengan nikmat kita tetapi kadangkala ianya mampu mengguris perasaan mereka yang lain kerana latar belakang setiap orang berbeza. Hidup kita mungkin jarang sekali diuji dan apa sahaja yang kita minta kita dapat. Namun ada juga insan yang seringkali diuji dengan hilangnya sesuatu nikmat itu atau masih menunggu sesuatu hajatnya untuk dikabulkan Allah. Sungguh perjalanan setiap seorang hamba itu berbeza-beza.

Kerana itu, saya terpanggil untuk menulis entry ini untuk mengingatkan diri saya dan pembaca yang lain agar lebih berhati-hati dalam kita menulis sesuatu di facebook atau di twitter kerana kita takut tanpa kita sedari ada hati-hati lain yang terguris dengan kata-kata itu..lebih-lebih lagi tanpa kita sedari telah lahir perasaan bangga dan ingin menunjuk-nunjuk dan merasa diri lebih hebat dari orang lain yang sebenarnya mengundang murka Allah..na'uzubillah..astaghfirullah

"Ya Allah jauhkanlah kami daripada perasaan riak dan ujub. Ya Allah jauhkanlah kami daripada sentiasa mencari perhatian manusia..gantikanlah dalam hati kami untuk sentiasa mencari perhatian dan redhaMu semata-mata..agar kelak Engkau redha terhadap kami sebagai hambaMu.."


Thursday, May 5, 2011

Allah's Help

I’m sure everyone of us have faced the situation where we’re about to sit for an exam but deep inside we hope that someone whose much better and more intelligent than us could replace our seat and take the exam for us because we believe that they surely will excel in that exam.

I also faced that situation before when I was to take up this very important exam which I truly felt not ready and not confident enough that I would pass. While waiting outside the hall, many things came to my mind. One side of me kept saying “if only there is someone who could take this exam for me and pass”.. .while the other side convinced to me that “surely with Allah’s will I can do well in this exam and pass like many others.”
I looked at my watch. It was time to enter the hall. I knew that no one can help me except for Allah. I prayed for His help may He guide me through this exam with all the effort I’ve done I only hope for Him to give me success and Alhamdulillah I succeeded.

After knowing the result, I came to realize that I personally always tend to look at human as superior but always forgot that I have the almighty Allah to ask for help for He is the one who gives intelligence and success to humankind. If we truly put our hope to Allah and ask for His help, He surely will help and answer our prayers no matter what. Always have faith in Allah and never lose hope..for Only He who will always be there for us…

Wednesday, June 30, 2010

Sanah Helwa Ya Ummu Sakeenah ^_^

Alhamdulillah segala pujian buatmu Ya Allah. Syukur di atas segala nikmat yang Engkau beri..nikmat kesihatan yang tidak terhingga. Alhamdulillah dengan rahmatMu, Ummu Sakeenah menjangkau usia setahun hari ini. Masih terbayang lagi pada tarikh ini setahun yang lalu, perasaan ini bercampur – baur. Yang mampu hanyalah berdoa dan bertawakal sepenuhnya pada Allah mohon agar anak yang bakal lahir akan selamat dan mampu berjuang mengharungi segala komplikasi untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah dengan izinmu, anak yang kecil itu telah pun menjangkau setahun. Doa Ummi dan Abi buatmu Ummu Sakeenah moga dirimu sentiasa tenang menghadapi segala cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi dalam perjalanan hidupmu. Letakkanlah keyakinanmu dan harapanmu hanya pada Allah kerana hanya Dia yang berkuasa atas segalanya. Jadilah mujahid dijalanNya..tegakkan agamanya dan jadikan Al-Quran sebagai teman akrabmu..nescaya dirimu kan tenang selalu anakku.

InsyaAllah dalam masa sebulan lagi, Ummu Sakeenah akan menjadi kakak kepada adiknya. Abi dan Sakeenah doakan keselamatan Ummi dan bakal mujahid ye. Moga2 segalanya dipermudahkan. Moga dengan bertambahnya ahli keluarga, bertambah lagi mawaddah, rahmat dan sakinah dalam keluarga kita. Moga kita semua mampu untuk lebih hampir padaNya..ameen.

Friday, November 20, 2009

Bertaubatlah tika usia muda

Mengapa kita perlu bertaubat dalam usia muda? Kebanyakan orang akan menunggu ketika usia mencecah 40-an untuk bertaubat? Tapi yakinkah kita usia akan mencecah sehingga umur 40-an. Pernahkah hati kita berbicara "Adakah amalanku sejak kecil hingga kini diterima Allah?" Astaghfirullah, andai tiada satu pun amalanku disisiMu ya Allah..alangkah sia-sia hidupku. Ya Allah ampunilah daku ya Allah..ku benar-benar takut dengan azabMu.

Dalam urusan hidup, pencapaian kita sering dinilai dan diukur dengan gred tertentu. Tetapi bagaimana dgn amalan kita? Tiada siapa yg tahu samada amalan solat kita A+, atau hanya F kerana disertai dengan riak dan lalai. Bagaimana pula dgn amalan2 lain? Adakah nilai segala amalan kita hanya sekdar F sedangkan pencapaian duniawi kita sering menduduki tempat pertama dgn gred A+. Astaghfirullah terimalah amalanku Ya Allah.

Di dunia ini, kita sering mengimpikan kehidupan selesa, indah dan mewah. Bangalow,kereta mewah dan gaji besar sering dikejar. Tapi jarang sekali kita meletakkan impian syurga yang paling tinggi sebagai matlamat hidup. Mengapa dunia yang hanya persinggahan menjadi buruan tetapi akhirat yang kekal abadi, kita tak pernah terfikir utk menjadi penghuni syurga paling tinggi?

Marilah kita sama-sama menginsafi diri dan bertaubat atas kelalaian diri..hanya nampak nikmat dunia yang sementara tanpa pernah terselit dalam hati untuk memiliki syurga Allah.Ya Allah selama ini ku banyak mendustakan nikmatMu..Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.

"Ya Allah ku pohon pangkat 'VIP' di akhirat agar ku mudah untuk melalui titian siratul mustaqim. Ya Allah aku tidak layak untuk memasuki syurgaMu, namun aku juga tidak sanggup menanggung siksa nerakaMu." ~Wan~

Thursday, November 12, 2009

Siapa Tuhan Kita?

Dalam menjalani kehidupan seharian, dalam kita mengakui Allah Tuhan yg Esa,tanpa sedar kita sering lupa dan meletakkan 'tuhan-tuhan' lain dalam hidup. Kadang-kala kita mengiktiraf 'Ilah' lain daripada Allah.

Contoh paling mudah apabila kita menonton televisyen, kita sanggup melengahkan solat semata-mata kerana rancangan kegemaran. Televisyen kita utamakan lebih drp Allah.Kita lupa siapa Tuhan kita sebenarnya. Begitu juga dipejabat, bos menjadi keutamaan kita lebih drp Allah sehingga kita lewat menunaikan solat semata-mata menyiapkan tugasan yang diberi. Sekali lagi kita lupa siapa sebenarnya Tuhan kita.

"Ya Allah ampunilah kami kerana mengutamakan dunia lebih dari perintahMu"

Friday, November 6, 2009

.::Muhasabah::.

Sekadar mengajak semua muhasabah diri di pagi hari yg mulia ini..

Bermula dari bangkitnya kita dari tidur hingga saat ini, brp byk pahala telah kita dapat atau hanya dosa yang kita kumpul tanpa kita sedar??

Fikir-fikirkanlah hanya berapa jam sahaja baru berlalu, adakah tingkah laku, pertuturan, pandangan mata & hati kita melakukan kebaikan atau sebaliknya??

Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Turmudzi)


"Hitung-hitunglah diri kita selalu sebelum diri dihitung oleh Allah Rabbul 'Izzati"