Seringkali kita menjadikan facebook, twitter atau sebagainya sebagai tempat untuk kita meluah perasaan, berkongsi suka duka, bercerita tentang nikmat yang diperoleh dan sebagainya. Namun pernahkah kita terfikir mengapa kita lakukan semua itu..hakikatnya hanyalah untuk mendapat perhatian manusia yang lain.
Dalam masa yang sama, tanpa kita sedari dalam kegembiraan kita berkongsi cerita tentang apa jua nikmat yang Allah beri pada kita, ada segelintir hati insan yang lain terguris dek melihat nikmat yang kita peroleh tetapi tidak diperolehi mereka. Jika dipandang dari satu sudut, mungkin kita akan berkata, mengapa mereka ingin terasa hati sedangkan bukannya niat kita untuk mengguris hati sesiapa pun. Ya benar namun jika kita perhalusi perasaan insan-insan yang tidak mendapat apa yang kita dapat, kita akan dapat menyelami dan memahami sebenarnya bagaimana perasaan mereka ini.
Saya yakin pasti akan ada yang tertanya kenapa saya menulis entry ini. Sejujurnya ada seorang sahabat datang pada saya, meluah perasaannya pada saya mengatakan bahawa dia tidak suka membaca entry orang ramai di facebook kerana semunya berbunyi seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk apa yang mereka ada pada orang lain. Contoh yang dia beri adalah "Alhamdulillah dah dapat kunci rumah". Dia bertanya pada saya, apa sebenarnya tujuan orang tulis sedemikian kalau bukan untuk menunjuk pada orang lain. Kalau dia bersyukur, cukuplah dia bersyukur pada Allah kenapa nak dihebohkan 'publicly'?
Inilah persoalan yang ditanya pada saya. SubhanaAllah..sunnguh saya terdiam apabila diajukan soalan sedemikian. Lama saya diam. Saya akui ada benarnya kata-katanya itu. Saya teringat komen Prof. Muhaya baru-baru ini pada mereka yang mem'post'kan keputusan SPM yang cemerlang di facebook dengan meletakkan salinan keputusan SPM itu di facebook. Prof mengulas "Kenapa kita selalu ingin menunjuk-nunjuk pada manusia lain tentang kehebatan dan kejayaan kita..tanpa kita sedari kita sebenarnya dah merasa bangga dan ingin "show off".
Benar sekali kata-kata Prof itu. Tanpa kita sedari kita telah melakukan kesalahan yakni menunjuk-nunjuk pada orang lain yang sepatutnya kita lahirkan syukur kita pada Allah dan berasa lebih tawadhuk dengan nikmat yang diberi bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain sehingga dapat melahirkan perasaan diri lebih hebat dari orang lain. Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan apabila melihat kawan-kawannya yang berjaya dengan bangganya mem'post'kan keputusan mereka di facebook?
Begitulah juga dengan hal-hal yang lain. Saya juga tersentak dengan soalan sahabat saya. Memang amat benar kata-katanya itu. Kita selalu lupa untuk memikirkan perasaan insan yang lain yang tidak mendapat nikmat sebagaimana kita dapat. Bagaiman perasaan mereka? Bukannya mereka ingin cemburu dengan nikmat kita tetapi kadangkala ianya mampu mengguris perasaan mereka yang lain kerana latar belakang setiap orang berbeza. Hidup kita mungkin jarang sekali diuji dan apa sahaja yang kita minta kita dapat. Namun ada juga insan yang seringkali diuji dengan hilangnya sesuatu nikmat itu atau masih menunggu sesuatu hajatnya untuk dikabulkan Allah. Sungguh perjalanan setiap seorang hamba itu berbeza-beza.
Kerana itu, saya terpanggil untuk menulis entry ini untuk mengingatkan diri saya dan pembaca yang lain agar lebih berhati-hati dalam kita menulis sesuatu di facebook atau di twitter kerana kita takut tanpa kita sedari ada hati-hati lain yang terguris dengan kata-kata itu..lebih-lebih lagi tanpa kita sedari telah lahir perasaan bangga dan ingin menunjuk-nunjuk dan merasa diri lebih hebat dari orang lain yang sebenarnya mengundang murka Allah..na'uzubillah..astaghfirullah
"Ya Allah jauhkanlah kami daripada perasaan riak dan ujub. Ya Allah jauhkanlah kami daripada sentiasa mencari perhatian manusia..gantikanlah dalam hati kami untuk sentiasa mencari perhatian dan redhaMu semata-mata..agar kelak Engkau redha terhadap kami sebagai hambaMu.."

3 comments:
salam wan..
terima kasih atas entry ni..benarlah kadang-kadang sebagai manusia kita mudah lupa..
insyaAllah akan dijadikan pedoman..
Sekadar perkongsian..moga2 kita sama-sama dapat perbaiki diri..disini wan ingin mengajak semua agar apabila mendapat sesuatu nikmat, berdoalah mohon agar nikmat yang kita peroleh itu Allah akan beri pada sahabat2 dan saudara mara kita yang lain juga..
Assalamualaikum
Sangat suka dengan entry ini. Saya setuju. Kerana itu juga, saya dah lama deactivate akaun FB saya. Hidup lebih tenang..:)
Post a Comment