Tuesday, April 29, 2008

Rezeki..dimanakah barakahnya?

Setiap hari kita pergi kerja demi mencari rezeki. Kita keluar dari rumah awal pagi dan pulang lewat malam. Ada sesetengah manusia yang pendapatannya lumayan sekali..rm200,000 sebulan. Walaupun hidupnya mewah dimata manusia, namun dirinya merasakan amat sempit kehidupannya. Apatah lagi hatinya tidak pernah tenang. Berbeza pula dengan seseorang yang gajinya tidak seberapa..hanya rm300 sebulan. Kehidupannya tampak miskin dimata manusia tetapi dia tidak pernah merasakan kesempitan dalam hidupnya. Hatinya berasa amat lapang sekali. Makan minumnya masih cukup. Pernahkah terdetik dihati kita apakah ertinya berkat rezeki yang kita perolehi? Barakah rezeki tidak berkait dengan jumlah wang yang kita perolehi samada banyak ataupun sikit. Tetapi hakikat kerbekatan rezeki adalah nikmat yang Tuhan beri pada hambanya yang mencari rezeki yang halal, menggunakan rezeki itu untuk mendekatkan diri lagi pada Allah dan tidak pernah lupa untuk bersyukur atas nikmat pemberiannya.

Kerana itu, seseorang yang pendapatannya tidak seberapa, namun hidupnya tetap bahagia. Keluarganya aman harmoni, anak-anaknya semuanya soleh, isterinya juga sentiasa menyejukkan hatinya. Inilah hakikat berkat rezeki yang kita perolehi. Kerana kiat menjaga hak2 Allah dalam kita segala hal, Allah membalas dengan nikmat ketenangan jiwa, anak-anak & isteri yang soleh & solehah. Segala urusan hidupnya dimudahkn Allah. Walaupun dimata manusia hidupnya nampak susah, namun hatinya tidak pernah berasa gelisah,malah tenang & sentiasa redha dengan pemberian Tuhan.

Cubalah kita renung-renungkan diri kita. Mengapakah kita selalu berasa resah gelisah walaupun sudah punya segala-galanya? Kereta..rumah...kerja..semuanya kita ada. Namun kita seolah2 mencari sesuatu yang 'hilang'...sesuatu itulah nikmat ketenangan hati..nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya yang selalu menjaga hak-hakNya. Inilah berkat rezeki yang kita cari. Sama-samalah kita muhasabah diri..adakah kita pergi kerja tepat pada waktu? Adakah kita benar-benar menggunakan masa bekerja untuk bekerja? Atau kita menggunakan waktu bekerja untuk berlepak-lepak..bermain-main?? Sedarkah kita setiap saat waktu bekerja kita dinilai Allah? Pernahkah kita terfikir setiap tingkah laku kita di ofis mampu menghilangkan keberkatan rezeki yang kita perolehi?

Berkat rezeki bukanlah hanya pada kecukupan wang untuk sara hidup, tetapi berkat rezeki bersangkut paut dengan kehidupan seharian kita...keluarga kita...kebahagiaan rumahtangga kita..andai rezeki kita berkat..insyaAllah rumahtangga bahagia, anak-anak juga menjadi penyejuk mata & hati kita kan selalu tenang...kerana hakikatnya Allah telah 'menjaga' kita....
sama-sama kita renung-renungkan....

"Ya Allah ku mohon ampun atas segala salah laku yang menghalang keberkatan rezeki yang Engkau beri padaku..ku mohon limpah rahmatMu & keberkatan darimu akan rezeki yang Engkau beri padaku.." -Wan-

Thursday, April 17, 2008

Apabila Allah Mengujimu

Kebiasaannya setiap bulan sebaik saja gaji masuk saya akan keluarkn duit untuk simpanan. Mengapa saya tidak menggunakan 'online transaction' - kerana saya tetap ada keraguan pada teknologi. Petang itu kebetulan saya ke Bangi - singgah di ATM Maybank tapi malangnya 'offline'. Terus pegi mencari ATM lain yang berdekatan, malangnya hanya ATM CIMB saja yang berfungsi, lalu saya beratur. Seperti biasa setelah memasukkan 'pin number' dan jumlah wang untuk dikeluarkan, saya menunggu wang keluar. Tiba-tiba "Transaksi tergendala" terpamer di skrin ATM. Saya mencuba sekali lagi. Baki akaun disemak terlebih dahulu. Tanpa diduga, baki wang saya telah ditolak ketika transaksi gagal tetapi wang tidak saya perolehi. Hati saya resah kerana 1k telah lesap tanpa dilihat.

Keikhlasanku DiUji

Keesokan hari saya membuat aduan di Bank berkenaan. Banyak juga prosedur yang perlu dilalui tapi akhirnya selesai juga. Saya diberitahu dalam tempoh sebulan saya akan dapat maklum balas dari pihak bank dan jika bernasib baik wang saya yang ditelan mesin akan dapat kembali.

Sebaik saja saya keluar dari Bank, seorang wanita menuju kearah saya meminta sedekah. Saya membuka dompet. Hanya tinggal wang rm10 sekeping untuk saya belanja pada hari itu. Hati saya berbisik "Berilah wang itu pada yang lebih memerlukan. Yakinlah dengan rezeki Allah." Tanpa berfikir panjang saya menghulurkan wang itu pada wanita itu. Pemberian saya disambut dengan senyuman yang menyejukkan hati ini. Saya membalas senyumannya. Sebelum saya beredar, sempat wanita itu mendoakan saya : "Ya Allah Kau murahkanlah rezeki anak ini..Amin" Saya juga mengaminkn doa itu sambil berjalan menuju ke kereta.

Hadiah Allah di hari lahir

Sebulan berlalu, gaji telah pn masuk untuk bulan berikutnya. Saya menyemak baki wang melalui online bank. Kebetulan gaji masuk pada hari ulang tahun kelahiran saya. Alangkah terkejutnya apabila saya melihat 1k yang saya hilang itu telah dapat kembali.
"Alhamdulillah ya Allah Kau telah kembalikan rezeki yang Kau ambil sebentar"
Hati saya bersyukur tak terhingga. Lalu dengan segera saya melakukan solat sunat syukur - syukur kerana dipanjangkan usia & syukur dimurahkan rezeki.. :)

Selesai solat saya teringat kembali kisah wanita yang datang meminta sedekah daripada saya ketika saya betul-betul tidak punya wang. Inilah mungkin balasan Allah pada hambanya yang memberi pertolongan pada orang yang lebih memerlukan walaupun di saat kita juga memerlukan. Allahu Akbar!

Sejak peristiwa itu, hati saya selalu berpesan pada diri, setiap kali berjumpa dengan peminta sedekah, jangan tangguh untuk beri sedekah itu, kerana ingatlh sesungguhnya rezeki yang Allah beri pada kita bukan 100% milik kita tetapi hakikatnya rezeki itu adalah milik orang lain juga.. - Allah memberi rezeki pada kita untuk kita beri pada orang lain.. Allahumma baarikli fima razakti...

"Kenalilah Allah diwaktu senang, nescaya Allah akan mengenalimu diwaktu susah" - Wan -