Tuesday, December 2, 2008

Jom ke taman syurga ^_^





Assalamu'alaikum pada semua..



Sudah lama saya ingin menulis entry ini tapi tidak kesampaian. Hasrat hati ingin saya berkongsi dengan sahabat sekelian. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat bersama-sama menghadiri majlis ilmu..sebuah majlis yang dibanjiri para malaikat yang sedia mendoakan keampunan buat hadirin yang hadir...kerana majlis ilmu itu ibarat taman syurga..dimana penghuninya hanyalah mereka yang bertaqwa pada Allah..

Melihatkan fenomena kini..ternyata kita ketandusan 'makanan rohani'...rohani kita gersang..kering dan layu..yang terus subur hanyalah nafsu durjana yang makin hari makin menggelapkan hati..

Andai kita mampu luangkan hujung minggu berjam-jam untuk 'bershopping' dan berhibur..apa salahnya andai kita mengambil sedikit waktu untuk membersihkan hati..membuang noda-noda hitam yang makin berkarat..membuang cinta dunia dan digantikan dengan cinta akhirat.

Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w "Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan atasnya maka Allah akan beri kefahaman dalam beragama kepadanya"


Cuba kita renungkan maksud hadith Rasulullah S.A.W. Andainya kita menjadi golongan yang 'dipilih' Allah..Allah pasti memberi kita ilmu yang mendalam tentang Islam tetapi andai kita tidak dipandang Allah..maka Allah membiarkan kita terus hanyut dengan tipu daya dunia yang akhirnya menjerumuskn kita ke lembah neraka.

Kerana itu..marilah sahabat-sahabat sekelian..rebut peluang yang diberi Allah untuk mendalami ilmuNya..kerana untuk meraih Taqwa memerlukan pada Ilmu yang mendalam tentang Allah dan agamaNya..kerana hanya amal yang disertai ilmu bakal diterima Allah.



p/s: Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan Bangi..setiap hari Ahad ada ceramah di surau an-nur jam 9.30am. Sesiapa yang ingin join..sangat-sangat dialu-alukan...bersama kita menuju syurga Allah..

5 comments:

Afida Anuar said...

wan..wiken ni tak leh sebab balik kg..

wiken lepas balik kg tu boleh?? erkk tak pe ke nak tumpang pi sekali?? heeeeeeee

Wan Zuriati said...

xpe k.fida...boleh je..lagi pun kereta kosong :)

Noli said...

noli pon nak join..
rohani mmg dh gersang giler..
ciannn sgt..emm..
rs byk sgt wat dosa kering..huhu..

Ampuni daku Ya Allah..amin..

kucen2 said...

salam
skdr pndng sy jer,
sebaik2nya periwayat dn status hadis dinyatakan

jazakullah khair

Wan Zuriati said...

Noli: Jomlah join skali..tapi sekarang ni stp hr ahad ada je aktiviti lain...huhu

Kucen2: JazakaAllah atas pandangan itu..insyaAllah lps ni akan sy include periwayat & status hadith..

Pansy: Thank you for visiting this blog.. :)