Sunday, July 6, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab (",)

Alhamdulillah hari ini dah masuk 3 rejab. Riangnya hati ini hanya Tuhan yang tahu,terasa begitu damai & tenang sekali..terasa manisnya nikmat Illahi dikurniakan bulan2 yang mulia ini. Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Sempena menyambut kedatangan Rejab yang mulia, marilah kita renungkan, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

"Ya Allah ku mohon pertolongan dariMu agar diriku dapat menambahkan lagi amalanku padamu..berilah petunjukMu dalam memperbaiki diri ini agar menjadi hamba yang lebih baik disisiMu ya Rabbi..agar hidup dan matiku dalam redhaMu..amin Ya Mujib"

2 comments:

Afida Anuar said...

"Ya Allah ku mohon pertolongan dariMu agar diriku dapat menambahkan lagi amalanku padamu..berilah petunjukMu dalam memperbaiki diri ini agar menjadi hamba yang lebih baik disisiMu ya Rabbi..agar hidup dan matiku dalam redhaMu..amin Ya Mujib"

Aminnn...

Terasa hari-hari yang berlalu semakin kurang amal kebaikan. Nauzubillah.

Wan Zuriati said...

Marilah kita sama2 melatih diri sebagai persediaan menyambut kedatangan ramdhan al-mubarak..agar kita mampu istiqamah dalam ibadah padaNya..amin :)