Monday, October 15, 2007

Muhasabah Ramadhan

Syawal kini menjelang tiba..seluruh umat Islam meraikan syawal dengan gembira bersama keluarga dan rakan taulan. Walaupun ada yang berjauhan dengan keluarga, namun kegembiraan syawal turut menyinari hati masing-masing.
Namun disebalik kegembiraan yang sedang kita kecapi, marilah kita muhasabah diri akan pengisian ramadhan selama sebulan yang lalu..

Bagaimanakah kita menyambut ramadhan pada tahun ini? Dimanakah terletaknya darjat puasa kita? Adakah kita sekadar berpuasa dengan menahan lapar dahaga? Sedangkan puasa yang dituntut Allah adalah puasa yang mampu meningkatkan rohani dan menahan nafsu. Tetapi berapa banyak antara kita yang yang telah menahan nafsu dari melakukan dosa padaNya..

Berapa banyak pula yang terus bergelumang dengan dosa dibulan yang mulia itu? Sedangkan Allah telah menggarikan syaitan dan iblis..lalu mengapakah kita menjadikan nafsu sebagai raja dalam hati???
Siapakah kita untuk melawan perintah Allah?? Sedangkan tubuh kita adalah milik Allah...dan kita tidak punya hak atas apa-apa pun..Ingatlah diri kita amat hina..hanya taqwa yang mengangkat martabat diri menjadi mulia disisi Allah..

Marilah renungkan bersama hikmah ramadhan yang Allah kurniakan pada kita..
Orang-orang yang beriman menyambut kedatangan ramdhan dengan hati yang penuh syukur dan gembira kerana inilah peluang yang diberi Allah dimana terdapat beribu-ribu kebaikan dan segala ganjaran dilipat gandakan. Bagi mereka yang sentiasa ingat akan mati, pasti tidak akan melepaskn peluang ini untuk berlumba-lumba menambahkan segala macam amalan demi menggapai redha Illahi..kerana mereka bimbang jika ajal datang menjemput, ketika itu adakah cukup amalan yang akan dibawa untuk melayakkan mereka mendapat rahmat Illahi untuk menjadi penghuni syurga??

Namun bagi golongan yang alpa..mereka pula terus melupakan mati..mereka hanyut dalam arus dunia yang pada pandangan mata segalanya indah bagaikan syurga yang hakikatnya hanyalah fana yang tersingkap mehnah Illahi bagi orang-orang yang beriman.

Berapa banyak sedekah yang sudah dihulurkan?
Berapa banyak malam yang dimeriahkan dengan zikir dan tahajud?
Berapa banyak 'improvement' dalam akhlak yang berjaya dicapai?
Berjayakah menahan lidah dan lisan daripada berkata dusta dan memburuk-burukkan orang lain?
Berjayakah khatam al-quran di bulan Ramadhan?
Berjayakah kita menjadi tetamu Allah pada malam Lailatul-Qadarnya?

Semakin kita 'memuhasabah' diri, semakin kita menangisi Ramadhan yang berlalu pergi, dan benar-benar berharap dan menanti Ramadhan akan kembali lagi. Dan kita berazam biarlah Ramadhan yang akan datang itu lebih baik dari yang sebelumnya. Tapi semakin kita mengharap, semakin kita gerun dan takut, andai Ramadhan ini yang terakhir yang kita lalui, maka di mana lagi ruang untuk memperbaiki diri khusus di bulan Ramadhan penuh barakah dengan limpah RahmatNya ini??

"Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh...Atau kolam jiwa masih tercemar keruh..bersembilu dosa duri angkara..." -Wan-