Wednesday, December 31, 2008

Sanah Helwa Ya Ukhti Yus!! ^_^

Tahun 2009 sudah pun membuka tirai..2008 hanya tinggal kenangan. But on this very last day of the year happens to be my best friend's birthday. I wanted her to have the best ever surprise party before I leave next year. May this party be among one of the sweetest memories to bring along with the new year, 2009.

Alhamdulillah tengah malam tadi plan utk buat surprise party berjaya dengan jayanya. Terima kasih tak terhingga kepada Naz, Norli and Ifah for helping me in making this event a success. Well Yus..akhirnya dpt jgk wan buat surprise birthday party for u without u noticing even a bit..hehe.. :p

I hope it was one of the best ever in your life. Lepas ni tak tahulah wan boleh nak sambut lagi ke tidak birthday yus..tapi wan doa moga tahun depan teman hidupmu pula yang akan menyambut hari ulangtahun kelahiranmu..amin ya Mujib (^_^)

Anyway..once again Happy Birthday my dear..may Allah shower His blessings upon you and your family throughout this new year. Truly I am so proud and honoured to have you as my best friend. Though I may not be the best among all...though I may not be the one who always cheer u up..though I may not be the one who truly understands ur pain..and though I may be the one who always make your tears fall..but I am still someone who shall always become ur friend with no conditions..no matter what happens....for me..you are my true friend and because of that forever you shall be my best friend..

May Allah give you a rainbow for every storm,
A smile for every tear,
A blessing for each trial,
A sweet song for every sigh,
and An answer for every prayer..
SANAH HELWA YA HABIBATI!!

Tuesday, December 2, 2008

Jom ke taman syurga ^_^





Assalamu'alaikum pada semua..



Sudah lama saya ingin menulis entry ini tapi tidak kesampaian. Hasrat hati ingin saya berkongsi dengan sahabat sekelian. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat bersama-sama menghadiri majlis ilmu..sebuah majlis yang dibanjiri para malaikat yang sedia mendoakan keampunan buat hadirin yang hadir...kerana majlis ilmu itu ibarat taman syurga..dimana penghuninya hanyalah mereka yang bertaqwa pada Allah..

Melihatkan fenomena kini..ternyata kita ketandusan 'makanan rohani'...rohani kita gersang..kering dan layu..yang terus subur hanyalah nafsu durjana yang makin hari makin menggelapkan hati..

Andai kita mampu luangkan hujung minggu berjam-jam untuk 'bershopping' dan berhibur..apa salahnya andai kita mengambil sedikit waktu untuk membersihkan hati..membuang noda-noda hitam yang makin berkarat..membuang cinta dunia dan digantikan dengan cinta akhirat.

Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w "Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan atasnya maka Allah akan beri kefahaman dalam beragama kepadanya"


Cuba kita renungkan maksud hadith Rasulullah S.A.W. Andainya kita menjadi golongan yang 'dipilih' Allah..Allah pasti memberi kita ilmu yang mendalam tentang Islam tetapi andai kita tidak dipandang Allah..maka Allah membiarkan kita terus hanyut dengan tipu daya dunia yang akhirnya menjerumuskn kita ke lembah neraka.

Kerana itu..marilah sahabat-sahabat sekelian..rebut peluang yang diberi Allah untuk mendalami ilmuNya..kerana untuk meraih Taqwa memerlukan pada Ilmu yang mendalam tentang Allah dan agamaNya..kerana hanya amal yang disertai ilmu bakal diterima Allah.



p/s: Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan Bangi..setiap hari Ahad ada ceramah di surau an-nur jam 9.30am. Sesiapa yang ingin join..sangat-sangat dialu-alukan...bersama kita menuju syurga Allah..

Thursday, November 13, 2008

Sakinah yang didamba..


“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”

“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”

“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”


“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”


“Macam mana tu?”


“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”


“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”


“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”


“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”


“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”


“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”


“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”


“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”


“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya.”



Wednesday, November 12, 2008

Mencari Barakah Sebelum Berkahwin



5 bulan sebelum berkahwin

"Wan..macam mana persediaan?" tanya seorang kakak senior.

"Tak tahulah akak. Wan rasa macam diri ni tak mampu nak jadi seorang isteri kepadanya nanti. Mampukah wan nak pikul tanggungjawab semua tu? Mampukah wan menjaga keredhaan seorang suami terhadap isterinya agar tidak berubah menjadi murka? Wan lemah akak..wan sangat kurang dalam segala hal..doakan wan ye akak.."

Lantas kakak senior menjawab, "Wan..ingatlah perkahwinan itu bukan segalanya indah. Pasti akan ada onak duri atau badai yang melanda. Tapi satu wan..apabila kita letakkan Allah sebagai tunjang dalam perkahwinan..apabila redha Allah menjadi pokok asas kita membina rumahtangga..percayalah wan..perkahwinan akan bahagia selamanya..datanglah badai macam mana pun cuba menggoncang perkahwinan korang..pasti akan selamat..kerana apa? Kerana Allah yang menjaga perkahwinan itu. Apabila Allah menjaga sesebuah perkahwinan..maka insyaAllah selamanya akan bahagia hingga ke jannah."

Kakak senior menyambung lagi, "Wan..dalamilah ilmu agama sebanyak mungkin sebelum kahwin..sebab itulah yang akan berguna nanti bila korang dah berkahwin..banyakkan bertaubat..bersihkan diri dari segala dosa..supaya keredhaan Allah mengiringi perkahwinan korang nanti. Ingatlah korang akan bina masjid Allah..dan tunjang sebuah masjid adalah ilmu yang mendalam tentang Allah dan agamaNya."

Kata-kata azimat kakak senior itu begitu berkesan dihatiku. Ku kagum dengan mereka yang begitu menjaga hak-hak Allah..ku lihat betapa barakahnya perkahwinan mereka yang menjanjikan sakinah dunia dan akhirat.


Sebulan sebelum berkahwin

"Wan..saya tengok awak ni asyik je duk preparekan diri untuk majlis. Xde nampak pun wan preparekan diri untuk menjadi seorang isteri", tegur seorang sahabat.

Saya tersentak dengan soalan itu.

"Preparekan diri untuk menjadi seorang isteri??", soalan itu berlegar-legar difikiranku.


Sahabat saya menyambung lagi, "Dulu bukan main lagi kata nak penuhi ilmu agama sebanyak mungkin sebelum jadi isteri orang. Bila dah makin dekat..saya nampak wan makin alpa. Makin leka dengan persediaan majlis je..seolah-olah nak bagi majlis begitu sempurna..tapi wan lupa persediaan diri untuk menjadi seorang isteri yang terbaik.."

"Ya Allah..sungguh ku alpa" bisik hatiku.

Diriku tertunduk malu dengan Tuhan Pencipta. Lantas ku teringat pesanan akak seniorku dulu.

Kata-kata sahabatku itu benar-benar mengetuk pintu hatiku yang sedang leka dengan persediaan majlis. Ya Allah..sekelip mata saja ku tenggelam dalam kealpaan duniawi..ku begitu tertumpu pada majlis semata-mata..sehingga ku alpa untuk mendalami ilmuMu yang akan membimbingku menjadi isteri solehah disisiMu.

Teguran sahabatku dan pesanan kakak senior sehingga kini masih terngiang-ngiang di telingaku. Seolah-olah menjadi perisai untukku tidak alpa walaupun sesudah bergelar isteri. Ku berterima kasih pada kalian kerana menegurku. Jazakumullahu khairan kathira..barakAllahu fiikum..

Buat sahabat-sahabatku yang lain yang bakal mendirikan masjid Allah..janganlah asyik leka dengan preparation majlis sahaja..tapi ingatlah yang lebih utama..preparekan diri dengan ilmu dan amal agar diri sentiasa terbimbing dalam melayari bahtera rumahtangga kelak.

Saturday, November 8, 2008

Our New Home


Alhamdulillah we've finally found a new home..a new life filled with the 'unexpected' awaiting ahead..indeed it shall be a bumpy ride yet enjoyable and wonderful. Oh Allah..we pray may you bestow upon us your blessings..fill our home with sakinah..mawaddah wa rahmah..help us in everything we do may it shall lead towards everlasting happiness which we seek for in this world and hereafter..ameen :-)


Friday, November 7, 2008

Brownies...


Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.


“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”


Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”


“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”


“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”


Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,
“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”


Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.Kemudian si ayah berkata,
“Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.”

Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna.
“Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.


“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”


Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.


“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”


“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.


“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”


“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.


“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”


Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.


“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.


“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”


“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Sentiasalah waspada dengan setiap gerak geri perbuatan kita..kerana perbuatan yang dilarang Allah akan mematikan nur dalam hati...kelak hati kita akan mati..
"Peliharalah hatimu agar imanmu terpelihara"

Lihat Orang..Lihatlah Kebaikan Mereka..

Sheikh Al-Jailani pernah berpesan
"Apabila kamu berjumpa dengan seseorang lihatlah kebaikan yang ada pada orang itu"

Betapa indahnya Islam mengajar umatnya supaya tidak memandang rendah pada sesiapa pun. Apatah lagi menghina dan mengkeji orang lain. Rasulullah S.A.W pernah berpesan agar seorang muslim itu hendaklah melindungi saudaranya, hartanya dan jiwanya. Jangan sesekali melukakan hatinya, jangan sesekali pandang rendah padanya dan hendakalah ia pelihara maruahnya.

Ketika melihat anak-anak kecil, boleh jadi, dosanya lebih kecil, ataupun tidak berdosa dengan itu memudahkannya mendapat syurga berbanding kita.

Apabila melihat orang miskin, walaupun hidupnya susah, tidak dipandang masyarakat, siapa tahu dalam pandangan Allah, dialah paling mulia kerana redha dan sabar dengan ujian Allah.

Ketika melihat orang yang baru belajar membaca al-quran, siapa tahu dia lebih takut pada Allah pada setiap huruf yang diucapkannya.

Ketika melihat orang yang sedang berniaga, walaupun kecil jualannya, siapa tahu dalam pandangan Allah, penjual itu lebih mulia kerana kejujurannya walaupun dagangannya tidak sebesar mana.

Melihat akan seorang guru, mungkin pengajarannya begitu ikhlas sehingga dari murid-muridnya terbit mereka yang akan menjadi benteng agama ini.

Melihat kepada orang yang sudah berkahwin, siapa tahu, ibadahnya lebih tenang dan lebih khusyu’ sehingga di pandangan Allah lebih mulia dari kita yang hati sentiasa tidak tenang dan banyak berfikir tidak sepatutnya.

Melihat orang yang membuat maksiat, mana tahu , suatu hari nanti, dia mendapat hidayah, taqwanya lebih tinggi dari kita dan matinya lebih mulia dari kita yang masih tidak tahu apa kesudahan kita.

Inilah sifat orang yang berjiwa hamba. Hatinya bersih. Tidak pernah merasakan diri lebih dari insan yang lain. Begitu juga tidak pernah merasakan insan lain kurang dari dirinya. Hatinya sentiasa tenang melihat kebaikan orang lain, sentiasa menghargai kebaikan orang lain dan sentiasa menghormati insan lain. Kesalahan orang dimaafkan segera..kesalahan diri dipohon maaf dengan segera jua. Kerana ia merasakan kerdilnya diri dihadapan Tuhan..bagaimana mampu untuknya mengangkat diri dihadapan insan yang lain.

Marilah kita sama-sama membersihkan hati kita dari sifat sombong dan suburkan sifat 'kehambaan' dalam diri kerana kita hanyalah hambaNya yang serba lemah, serba kurang..segala yang kita ada milikNya jua..hanya sebagai pinjaman..kerana itu siapa kita untuk memandang rendah pada insan yang lain??sama-samalah kita renungkan...

“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)

"Ya Allah jadikanlah jiwaku jiwa seorang hamba..yang tidak pernah lupa bahawa diriku adalah milikMu..suburkanlah sifat tawadhuk dalam hatiku ya Rabbi..Amin Ya Rahman.." -Wan-