Saturday, July 9, 2016

Bersahabatlah kerana Allah

4 Syawal 1437H

Selama kita hidup, pasti kita bertemu dengan banyak sahabat sejak dari alam tadika sehinggalah ke alam pekerjaan. Segala memori bersama tetap terpahat dimemori. Kadangkala semakin menginjak usia, kita semakin sibuk dan tidak sempat untuk bertanya khabar pada sahabat-sahabat lama. Namun, andai kita tidak sempat bertanya khabar, jangalah sampai kita lupa untuk mendoakan mereka.

Nilai sebenar sebuah persahabatan itu adalah apabila seseorang itu bersahabat, mereka berdua semakin hampir kepada Allah dan selalunya kasih sayang persahabatan yang terjalin kerana Allah pasti akan bertahan selamanya walaupun lama tidak bersua dan bertanya khabar, namun ikatan hati mereka, Allah pelihara dek saling doa mendoakan antara satu sama lain tanpa diketahui oleh sahabat-sahabatnya.

Ukhuwah itu akan terus mekar dan terasa manis kerana matlamat persahabatan mereka adalah mencari Redha Allah dan moga dapat bertemu disyurga nanti.

Buat sahabatku sekalian, maafkan daku kerana lama tidak bertanya khabar, lama kita tidak bersua dek kesibukan masing-masing namun ku berharap kita saling doa-mendoakan satu sama lain dalam munajat harian kita agar Allah tetap pelihara iman dalam mengharungi onak duri kehidupan. Andai kita tidak sempat untuk bertemu didunia, sama-samalah kita berdoa moga kita dipertemukan didalam syurga Allah nanti..Allahumma Aameen.



"Real friends don't have to speak or see each other daily to remain in each others heart always" - Wan

Maafkan Daku Ramadhan

4 Syawal 1437H



Tanpa sedar, sudah 4 hari Ramadhan meninggalkan kita. Tanyalah pada hari, adakah tarbiah sebulan Ramadhan masih berbekas dihati? Masih istiqamahkah kita dengan segala amalan sunat dan masih intimkah hubungan kita dengan Al-Quran?

Ramadhan, Engkau menjengah sekejap cuma dan selama sebulan itu, Engkau menjadi tetamu untuk semua umat Islam. Namun ku bertanya pada diriku, "Apakah Aku telah meraikan Engkau wahai Ramadhan dengan sebaik mungkin dan selayaknya sebagai Tetamu yang sangat Agung atau sebaliknya apakah Aku telah meminggirkanmu dek kelalaian hatiku dan nafsu yang bersarang dihatiku sehingga Engkau tidak temui suatu ruang pun untuk dirimu bertamu didalam hatiku?"


Ya Allah, Engkau telah beriku peluang untuk bertemu Ramadhan dan merasai nikmatnya selama sebulan namun aku telah persiakannya lagi...

Engkau hadirkan Ramadhan agar diriku dapat perbaiki hubunganku dengan Al-Quran, agar dapat aku luangkan sebanyaknya waktu bersama AlQuran...namun aku masih jauh dengan ALQuran..aku masih belum meluangkan waktu sebanyaknya bersama AlQuran..aku masih belum bersahabat baik dengan AlQuran..

Ya Allah aku sedar kelalaian diriku ini, bantulah hambaMu yang lemah ini untuk perbaiki amalanku..bantulah hambaMu ini untuk lebih dekat dengan AlQuran, bantulah hambaMu ini untuk meluangkan waktu sebanyaknya bersama AlQuran..jadikanlah diriku Ahli AlQuran ya Rabb..

Ya Allah, ku tidak pernah putus harap dengan keampunanMu..maka ampunkanlah segala dosa hambaMu ini..ampunkanlah segala janji-janji padaMu yang sering ku mungkiri saban hari..ampunkanlah kelalaian hati hambaMu ini..pimpinlah hati ini agar dapat perbaiki segala amalanku..pimpinlah hati ini agar dapat ku perbaiki taubatku padaMu ya Rabb..terimalah segala amalanku dan ampunkanlah segala dosa-dosaku

Ya Allah pertemukanlah ku lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun mendatang..ku belum puas menyambutnya sebagai tetamu yang sangat Agung..ku merinduinya..teramat rindu..pertemukanlah kami ya Allah dan pimpinlah hatiku agar dapat ku memberi layanan terbaik buatnya dan moga-moga natijah Taqwa dapat ku miliki..Allahumma Aameen

Saturday, February 21, 2015

Bicara Hati Anak Kecil

"Ummi..Aneesah tak demam. Aneesah sihat. Ummi janganlah bawak Aneesah gi hospital. Aneesah dah sihat..", begitulah keluhan dan rayuan Aneesah sebaik saja Ummi memberitahunya perlu ke hospital kerana suhu badannya mulai tinggi.

Sakeenah pula biasanya akan datang bertanya, "Ummi nak pergi hospital ke? Ummi balik tak nanti? Sakeenah tak nak Ummi dengan Aneesah tinggal kat hospital. Sakeenah sedih.." Hati ibu mana tak sebak andai anaknya meluah sedemikian. Sejak setahun yang lalu, beginilah situasinya setiap kali Aneesah demam dan perlu dibawa ke hospital. "Sakeenah kan kuat. Ummi pergi tak lama inshaAllah. Sakeenah strong girl kan. Sakeenah doakan moga Aneesah cepat sihat dan boleh balik ke rumah cepat ye", itulah pesanan yang sering Ummi berikan pada Sakeenah walaupun usianya hanya menjangkau 6 tahun, namun terpaksa bersikap matang dan beralah dengan situasi dan kondisi adiknya yang memerlukan penjagaan rapi daripada Ummi.

Nasib baik Sumayyah belum mengerti apa-apa seperti kakak-kakaknya. Sumayyah seolah-olah pasrah saja bila Ummi meninggalkannya selama beberapa hari. Namun kali ini, sejak Ummi menemani Aneesah tiga hari lalu, Sumayyah sering memanggil Ummi...Ummi..mencari-cari dimanakah Ummi tempat dia bermanja. Setiap malam, Abi kata Sumayyah akan memanggil-manggil Ummi. Mungkinkah anak kecil ini sudah mulai faham dan perasan ketiadaan Umminya disisi.

Malam tadi, Aneesaah menangis ingin pulang ke rumah. Katanya dia rindu pada Sumayyah, adiknya yang sangat rapat dengannya. Terasa betapa sukarnya untuk memujuk Aneesah agar terus bersabar menahan rindu selama beberapa hari lagi sehingga keadaannya pulih sepenuhnya.

Ya Allah kadangkala Ummi terasa berat menanggung perasaan hiba dan rindu ini. Namun pada-Mu saja ku merintih segala kehibaan hati dan kerinduan yang kadangkala tidak tertanggung. Ya Allah kami redha dengan segala ketentuan-Mu. Kami bersyukur dengan anugerah mehnah ini. Namun kami hamba-Mu yang lemah. Kadangkala kami terasa lemah dan goyah. Kuatkanlah hati kami dan suburkan sabar dalam hati kami agar kami beroleh pahala diatas ujian yang Engkau berikan ini. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami dan pimpinlah hati kami untuk lebih dekat pada-Mu ya Rabb

Friday, February 20, 2015

Sekuat Hatiku Kan Menjagamu

Semasa Aneesah berada di wad, Abi sempat membikin sebuah video untuk tatapan Aneesah khasnya. Tujuannya, Abi mahu mengingatkan semula saat-saat manis kita semua. Apabila ditonton di saat-saat begini, ternyata jauh lebih mendalam kesannya dalam hati hingga mampu mencuit emosi sesiapa pun.

Hidup tidak akan lengang dengan ujian kerana ujian itu adalah peluang yang dikurniakan Allah untuk kita meraih kasih sayang-Nya. Ya Allah, limpahkanlah kasih sayang-Mu kepada kami semua tak kira masa mahupun keadaan.

Thursday, February 19, 2015

Segenggam Tabah

Hidup ini tidak pernah sunyi daripada ujian. Bahkan dunia sememangnya menjadi medan ujian buat orang-orang yang mengaku beriman pada yang maha Esa semata-semata untuk melihat siapakah antara kita yang paling baik amalnya.

Namun yakinlah Allah tidak pernah membebani hambaNya melalui ujian yang diberi. Setiap kesulitan itu pasti beriringan dengannya kesenangan dan bantuan daripadaNya.

Saya juga sedang melalui anugerah ujian daripada Allah. Anak kedua saya, Aneesah telah disahkan leukimia pada awal tahun lepas, 13 Januari 2014. Kisah sepenuhnya telah dicatatkan dalam blog "Itu Papan Tulis" (itupapantulis.blogspot.com)

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah, Aneesah telah lalui rawatan kimo yang berat selama setahun dan kini memasuki fasa kimo yang agak ringan sedikit. Hari ini Aneesah dimasukkan ke wad kerana demam panas. Mungkin sesetengah pembaca belum memahami kondisi pesakit leukimia dimana mereka memiliki ketahanan imuniti tubuh yang sangat lemah dan mudah untuk mendapat sebarang jangkitan kuman dan juga mudah untuk demam. Apabila demam saja, pesakit leukimia perlu duduk dalam wad untuk diberi rawatan antibiotik selama 5 hari paling kurang untuk mencegah sebarang jangkitan kuman.

Anak ketiga saya pula, Sumayyah dijangkiti chicken pox. Terpaksa saya dengan hati yang berat meninggalkan Sumayyah dan Sakeenah dengan Abinya sementara saya menjaga Aneesah di hospital. Sudah menjadi rutin sebegini kehidupan kami sekeluarga sejak setahun yang lalu, Aneesah kerap keluar masuk hospital. Alhamdulillah 'ala kulli hal..moga Allah beri kesembuhan buat Aneesah dan Sumayyah..Aameen ya Rabb..


Memiliki Hati Yang Bersih



“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dewasa kini, sering kita didedahkan dengan berita pembunuhan, khianat mengkhianati antara satu sama lain, seolah-olah dunia kini sudah ketandusan kasih sayang sesama manusia. Sedangkan Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa tidak akan sempurna iman kita andai kita tidak mampu mengasihi saudara kita dengan sepenuh hati.

Namun ingatlah, jangan sesekali kita mengharap balasan yang sama terhadap kebaikan dan kasih sayang yang diberi kerana apabila sesuatu pemberian atau kasih sayang yang dicurah diharapkan berbalas, dibimbangi tiada lagi keikhlasan pada hati si pemberi. Namun, berharap hanyalah balasan semata-mata daripada Allah atas segala pemberian dan kasih sayang yang diberi itu.

Marilah kita sama-sama contohi baginda Nabi Muhammad s.a.w, walaupun baginda dicaci, dihina, dan dilukai, namun baginda tetap tampil menyebarkan salam dengan penuh senyuman dan membalas keburukan itu dengan kebaikan. SubhanAllah tidak hairanlah bagaimana baginda Rasulullah s.a.w telah diiktiraf oleh Allah sebagai sebaik-baik insan.

Justeru itu, mari kita sama-sama usahakan, walau kasih tidak dihargai, kita terus memberi dan walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.

Yakinlah bahawa hakikatnya Allah ingin mendidik kita bahawa tiada cinta yang sempurna melainkan Cinta-Nya, yang hanya dapat dirasai oleh pemilik hati-hati yang berusaha mendekatkan diri pada yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai akan sembuh dengan zikir pada Ilahi sehingga menjadi hati yang sangat indah diterangi dengan cahaya dan kasih sayang Ilahi. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, redha dan sedia memaafkan mampu menjadi penawar dan antiseptik yang menahan luka itu daripada dendam yang membawaa derita yang berpanjangan.

Akhir kalam, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami, pemaaf dan pandai menghargai.

Jika Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu bererti Allah mendidik kita untuk SABAR..
Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuatkan kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kita rasa SYUKUR..
Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu Allah mendidik kita untuk REDHA dan memperbaiki diri agar menjadi lebih baik..
Sabar, Redha dan Syukurlah atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun kita tidak sukai. Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia.. 
 
 

Friday, April 6, 2012

Doa yang kita sering perlekehkan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SALAM ialah cara Allah mengajar kita menghormati sesama makhluk malah memerintahkan supaya tatacara ini dibudayakan. Justeru "SALAM", walaupun nampak mudah dan ringan, namun ia bersangkutan/ mengcakupi aspek 'aqidah, ibadah dan akhlak. la merangkumi ucap selamat, doa, tawaran persahabatan, pengenalan keagamaan, ikatan keagamaan dan sebagainya.

Jarang sekali kita mendengar ucapan salam keluar dari bibir kita sendiri mahupun orang lain ketika bertemu dijalanan. Perkataan yang kita sering dengari adalah 'Hai' ketika bertemu dan 'Bye' ketika berpisah. Seolah-olah lebih enak dan telah sebati dengan diri kita ucapan itu berbanding dengan ucapan salam yang mulia ini.

Apa yag lebih menyedihkan adalah apabila kita kadang-kala berasa kekok untuk memberi salam pada orang lain di jalanan kerana merasakan ucapan itu seolah-olah 'aneh' dan tak biasa diguna. Inilah tandanya akhir zaman apabila ucapan lain lebih dimuliakan daripada ucapan salam.

Hakikatnya kita lupa bahawa sebenarnya ucapan salam itu adalah doa memohon kesejahteraan dan keselamatan kepada seseorang itu. Ucapan salam itu adalah pengikat kasih hati orang-orang mukmin. Tambah pula dalam ucapan salam itu terkandung nama Allah 'As-Salam' yakni Yang Memberi Kesejahteraan. Bukankah Allah menyuruh kita untuk berdoa menggunakan nama-namaNya?

Kerana itu saya ingin menyeru pada diri sendiri dan para pembaca semua agar hidupkan kembali amalan memberi salam dan ucaplah ia dengan sempurna, penuh penghayatan memohon agar orang yang diberi salam itu benar-benar mendapat kesejahteraan dan rahmat serta keberkatan dalam hidupnya. Marilah kita tanya pada diri kita selama ini setiap ucapan salam yang kita beri adakah kita benar-benar menghayati maksud doa itu atau sekadar ucapan yang terlafaz dibibir dek kebiasaan menyebutnya yang menjadi lebih kepada adat daripada amalan.

Oleh itu, marilah kita perbaiki diri dengan mengamalkan amalan sunnah Rasulullah S.A.W ini iaitu memberi salam dengan sempurna dengan hati yang benar-benar mengharap pada Allah akan maksud doa salam itu. Kelak kita akan lihat sesuatu perubahan dalam diri dan orang sekeliling andai amalan ini dipelihara dengan sebenar-benarnya, kerana apabila setiap daripada kita saling mendoakan orang lain, Allah pasti akan campakkan rasa kasih sayang dan rahmat dalam diri kita dan masyarakat sekeliling.

Dalam sebuah hadis, Baginda Nabi Muhammad diriwayatkan bersabda dengan maksudnya “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta-mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Para sahabat menjawab ya wahai Rasulullah. Nabi pun bersabda “Sebarkanlah salam di kalangan kamu”. (Hadis riwayat Muslim)

Amalan yang amat mudah tapi kita sering perlekehkan..yang sebenarnya memberi impak yang besar dalam hati orang-orang mukmin andai benar-benar dihayatinya..sama-sama kita renungkan dan hidupkan kembali amalan yang merupakan juga sunnah Rasulullah S.A.W. Moga kita semua mendapat manfaatnya insyaAllah.


Be more sensitive about others

Seringkali kita menjadikan facebook, twitter atau sebagainya sebagai tempat untuk kita meluah perasaan, berkongsi suka duka, bercerita tentang nikmat yang diperoleh dan sebagainya. Namun pernahkah kita terfikir mengapa kita lakukan semua itu..hakikatnya hanyalah untuk mendapat perhatian manusia yang lain.

Dalam masa yang sama, tanpa kita sedari dalam kegembiraan kita berkongsi cerita tentang apa jua nikmat yang Allah beri pada kita, ada segelintir hati insan yang lain terguris dek melihat nikmat yang kita peroleh tetapi tidak diperolehi mereka. Jika dipandang dari satu sudut, mungkin kita akan berkata, mengapa mereka ingin terasa hati sedangkan bukannya niat kita untuk mengguris hati sesiapa pun. Ya benar namun jika kita perhalusi perasaan insan-insan yang tidak mendapat apa yang kita dapat, kita akan dapat menyelami dan memahami sebenarnya bagaimana perasaan mereka ini.

Saya yakin pasti akan ada yang tertanya kenapa saya menulis entry ini. Sejujurnya ada seorang sahabat datang pada saya, meluah perasaannya pada saya mengatakan bahawa dia tidak suka membaca entry orang ramai di facebook kerana semunya berbunyi seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk apa yang mereka ada pada orang lain. Contoh yang dia beri adalah "Alhamdulillah dah dapat kunci rumah". Dia bertanya pada saya, apa sebenarnya tujuan orang tulis sedemikian kalau bukan untuk menunjuk pada orang lain. Kalau dia bersyukur, cukuplah dia bersyukur pada Allah kenapa nak dihebohkan 'publicly'?

Inilah persoalan yang ditanya pada saya. SubhanaAllah..sunnguh saya terdiam apabila diajukan soalan sedemikian. Lama saya diam. Saya akui ada benarnya kata-katanya itu. Saya teringat komen Prof. Muhaya baru-baru ini pada mereka yang mem'post'kan keputusan SPM yang cemerlang di facebook dengan meletakkan salinan keputusan SPM itu di facebook. Prof mengulas "Kenapa kita selalu ingin menunjuk-nunjuk pada manusia lain tentang kehebatan dan kejayaan kita..tanpa kita sedari kita sebenarnya dah merasa bangga dan ingin "show off".

Benar sekali kata-kata Prof itu. Tanpa kita sedari kita telah melakukan kesalahan yakni menunjuk-nunjuk pada orang lain yang sepatutnya kita lahirkan syukur kita pada Allah dan berasa lebih tawadhuk dengan nikmat yang diberi bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain sehingga dapat melahirkan perasaan diri lebih hebat dari orang lain. Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan apabila melihat kawan-kawannya yang berjaya dengan bangganya mem'post'kan keputusan mereka di facebook?

Begitulah juga dengan hal-hal yang lain. Saya juga tersentak dengan soalan sahabat saya. Memang amat benar kata-katanya itu. Kita selalu lupa untuk memikirkan perasaan insan yang lain yang tidak mendapat nikmat sebagaimana kita dapat. Bagaiman perasaan mereka? Bukannya mereka ingin cemburu dengan nikmat kita tetapi kadangkala ianya mampu mengguris perasaan mereka yang lain kerana latar belakang setiap orang berbeza. Hidup kita mungkin jarang sekali diuji dan apa sahaja yang kita minta kita dapat. Namun ada juga insan yang seringkali diuji dengan hilangnya sesuatu nikmat itu atau masih menunggu sesuatu hajatnya untuk dikabulkan Allah. Sungguh perjalanan setiap seorang hamba itu berbeza-beza.

Kerana itu, saya terpanggil untuk menulis entry ini untuk mengingatkan diri saya dan pembaca yang lain agar lebih berhati-hati dalam kita menulis sesuatu di facebook atau di twitter kerana kita takut tanpa kita sedari ada hati-hati lain yang terguris dengan kata-kata itu..lebih-lebih lagi tanpa kita sedari telah lahir perasaan bangga dan ingin menunjuk-nunjuk dan merasa diri lebih hebat dari orang lain yang sebenarnya mengundang murka Allah..na'uzubillah..astaghfirullah

"Ya Allah jauhkanlah kami daripada perasaan riak dan ujub. Ya Allah jauhkanlah kami daripada sentiasa mencari perhatian manusia..gantikanlah dalam hati kami untuk sentiasa mencari perhatian dan redhaMu semata-mata..agar kelak Engkau redha terhadap kami sebagai hambaMu.."


Thursday, May 5, 2011

Allah's Help

I’m sure everyone of us have faced the situation where we’re about to sit for an exam but deep inside we hope that someone whose much better and more intelligent than us could replace our seat and take the exam for us because we believe that they surely will excel in that exam.

I also faced that situation before when I was to take up this very important exam which I truly felt not ready and not confident enough that I would pass. While waiting outside the hall, many things came to my mind. One side of me kept saying “if only there is someone who could take this exam for me and pass”.. .while the other side convinced to me that “surely with Allah’s will I can do well in this exam and pass like many others.”
I looked at my watch. It was time to enter the hall. I knew that no one can help me except for Allah. I prayed for His help may He guide me through this exam with all the effort I’ve done I only hope for Him to give me success and Alhamdulillah I succeeded.

After knowing the result, I came to realize that I personally always tend to look at human as superior but always forgot that I have the almighty Allah to ask for help for He is the one who gives intelligence and success to humankind. If we truly put our hope to Allah and ask for His help, He surely will help and answer our prayers no matter what. Always have faith in Allah and never lose hope..for Only He who will always be there for us…

Wednesday, June 30, 2010

Sanah Helwa Ya Ummu Sakeenah ^_^

Alhamdulillah segala pujian buatmu Ya Allah. Syukur di atas segala nikmat yang Engkau beri..nikmat kesihatan yang tidak terhingga. Alhamdulillah dengan rahmatMu, Ummu Sakeenah menjangkau usia setahun hari ini. Masih terbayang lagi pada tarikh ini setahun yang lalu, perasaan ini bercampur – baur. Yang mampu hanyalah berdoa dan bertawakal sepenuhnya pada Allah mohon agar anak yang bakal lahir akan selamat dan mampu berjuang mengharungi segala komplikasi untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah dengan izinmu, anak yang kecil itu telah pun menjangkau setahun. Doa Ummi dan Abi buatmu Ummu Sakeenah moga dirimu sentiasa tenang menghadapi segala cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi dalam perjalanan hidupmu. Letakkanlah keyakinanmu dan harapanmu hanya pada Allah kerana hanya Dia yang berkuasa atas segalanya. Jadilah mujahid dijalanNya..tegakkan agamanya dan jadikan Al-Quran sebagai teman akrabmu..nescaya dirimu kan tenang selalu anakku.

InsyaAllah dalam masa sebulan lagi, Ummu Sakeenah akan menjadi kakak kepada adiknya. Abi dan Sakeenah doakan keselamatan Ummi dan bakal mujahid ye. Moga2 segalanya dipermudahkan. Moga dengan bertambahnya ahli keluarga, bertambah lagi mawaddah, rahmat dan sakinah dalam keluarga kita. Moga kita semua mampu untuk lebih hampir padaNya..ameen.

Friday, November 20, 2009

Bertaubatlah tika usia muda

Mengapa kita perlu bertaubat dalam usia muda? Kebanyakan orang akan menunggu ketika usia mencecah 40-an untuk bertaubat? Tapi yakinkah kita usia akan mencecah sehingga umur 40-an. Pernahkah hati kita berbicara "Adakah amalanku sejak kecil hingga kini diterima Allah?" Astaghfirullah, andai tiada satu pun amalanku disisiMu ya Allah..alangkah sia-sia hidupku. Ya Allah ampunilah daku ya Allah..ku benar-benar takut dengan azabMu.

Dalam urusan hidup, pencapaian kita sering dinilai dan diukur dengan gred tertentu. Tetapi bagaimana dgn amalan kita? Tiada siapa yg tahu samada amalan solat kita A+, atau hanya F kerana disertai dengan riak dan lalai. Bagaimana pula dgn amalan2 lain? Adakah nilai segala amalan kita hanya sekdar F sedangkan pencapaian duniawi kita sering menduduki tempat pertama dgn gred A+. Astaghfirullah terimalah amalanku Ya Allah.

Di dunia ini, kita sering mengimpikan kehidupan selesa, indah dan mewah. Bangalow,kereta mewah dan gaji besar sering dikejar. Tapi jarang sekali kita meletakkan impian syurga yang paling tinggi sebagai matlamat hidup. Mengapa dunia yang hanya persinggahan menjadi buruan tetapi akhirat yang kekal abadi, kita tak pernah terfikir utk menjadi penghuni syurga paling tinggi?

Marilah kita sama-sama menginsafi diri dan bertaubat atas kelalaian diri..hanya nampak nikmat dunia yang sementara tanpa pernah terselit dalam hati untuk memiliki syurga Allah.Ya Allah selama ini ku banyak mendustakan nikmatMu..Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.

"Ya Allah ku pohon pangkat 'VIP' di akhirat agar ku mudah untuk melalui titian siratul mustaqim. Ya Allah aku tidak layak untuk memasuki syurgaMu, namun aku juga tidak sanggup menanggung siksa nerakaMu." ~Wan~

Thursday, November 12, 2009

Siapa Tuhan Kita?

Dalam menjalani kehidupan seharian, dalam kita mengakui Allah Tuhan yg Esa,tanpa sedar kita sering lupa dan meletakkan 'tuhan-tuhan' lain dalam hidup. Kadang-kala kita mengiktiraf 'Ilah' lain daripada Allah.

Contoh paling mudah apabila kita menonton televisyen, kita sanggup melengahkan solat semata-mata kerana rancangan kegemaran. Televisyen kita utamakan lebih drp Allah.Kita lupa siapa Tuhan kita sebenarnya. Begitu juga dipejabat, bos menjadi keutamaan kita lebih drp Allah sehingga kita lewat menunaikan solat semata-mata menyiapkan tugasan yang diberi. Sekali lagi kita lupa siapa sebenarnya Tuhan kita.

"Ya Allah ampunilah kami kerana mengutamakan dunia lebih dari perintahMu"

Friday, November 6, 2009

.::Muhasabah::.

Sekadar mengajak semua muhasabah diri di pagi hari yg mulia ini..

Bermula dari bangkitnya kita dari tidur hingga saat ini, brp byk pahala telah kita dapat atau hanya dosa yang kita kumpul tanpa kita sedar??

Fikir-fikirkanlah hanya berapa jam sahaja baru berlalu, adakah tingkah laku, pertuturan, pandangan mata & hati kita melakukan kebaikan atau sebaliknya??

Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Turmudzi)


"Hitung-hitunglah diri kita selalu sebelum diri dihitung oleh Allah Rabbul 'Izzati"

Friday, October 23, 2009

Tarbiyah Hati


Sekadar berkongsi diskusi suatu ketika dahulu bersama sahabat2 ttg bagaimana mendidik hati..moga ada manfaat pada semua..


A : "Macam mana nak didik hati ni supaya sentiasa je jadi baik?"


B : "hmm..bukan senang..tapi itulah namanya mujahadah."


C : "A'ah betul. Kita kena selalu kawal nafsu supaya ia tunduk pada iman..itulah namanya mujahadah."


A : "Tapi macam mana caranya?"


C : "hmm..paksa diri buat baik. Mula-mula kita paksa dulu..dan jangan lupa bersoa selalu agar Allah mendidik hati kita..lama2 hati ni kan terdidik dengan sendiri untuk buat kebaikan.Contohnya solat tahajud. Mula-mula kita paksa jugak diri bangun walau malas macam mana pun..paksa jgk..percayalah lama-lama kita kan bangun sendiri...dan disaat itu baru kita rasa kemanisan beribadat."


B : "lagi satu..cara nak didik jiwa ni sentiasa sabar n redha dengan ujian Allah..sentiasalah ingat mati. Bila hati rasa sedih akan hal yang berkait dengan dunia..terus ingat pada mati..percayalah hati kita langsung dah tak peduli pasal kesedihan tu sebab kita lebih risaukan kematian yang bakal kita lalui..hati kita akan merasakan diri terlalu kurang ibadat..dan terlalu banyak dosa.."


C : "Sebab tu jgk Rasulullah s.a.w suruh kita mendampingi orang-orang soleh supaya mereka boleh mengajak kita ke arah kebaikan..mereka juga yang mampu menasihati kita dalam segala hal. Silap kita akan ditegur..inilah gunanya seorang sahabat yang hatinya dekat pada Allah kan.."


A : "Tapi dunia sekarang susah nak cari sahabat yang mampu mengajak kita lebih dekat pada Allah. Dan nak tegur sahabat lain pun susah..tegur sikit..diorang marah..patutlah hukama'mengatakan walau ramai kawan tapi hati rasa kosong sebab takada seorang pun yang boleh jadi sahabat sebab sahabat dalam islam adalah mereka yang mengajak kita ke jalan Allah.."


C : "seorang sahabat pernah kata pada saya..hanya mereka yang punya hati yang bersih akan mampu menerima teguran dari orang lain. Kerana hati mereka membuang
kepentingan dunia...hanya ada cinta Rasul dan Allah..mereka ini sentiasa mengharapkan teguran dari sahabat lain untuk perbaiki diri. Tapi sebaliknya mereka yang marah apabila ditegur, merekalah yang hatinya dicemari dosa..hatinya berpaut pada dunia.."


B : "Lagi satu tanda hati seseorang itu bersih..apabila orang lain melakukan silap padanya..dengan segera dia memaafkan tanpa perlu dipohon maaf pelaku itu. Andai dirinya bersalah pada orang lain, segera juga dia memohon maaf atas kesilapannya. Sesungguhnya Allah amat kasih pada mereka yang pemaaf."


A : "Yang paling penting..hati ni kena sentiasa berzikir pada Allah..sentiasa istighfar akan kesilapan..dan sentiasa merasakan diri ini kurang..diri ini hina disisiNya..barulah hati itu mampu ditarbiyyah menjadi hati jiwa hamba"


"Hati perlu ditarbiyah bersungguh-sungguh agar menjadi hati yang hidup..hati yang berjiwa hamba..hati yang sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah"






Monday, August 10, 2009

Moga Ada Jalan Menuju SyurgaNya



Meniti hidup sebagai seorang hamba bukanlah mudah. Untuk bernafas dalam jiwa hamba banyak dugaannya. Makin kita cuba untuk meraih cintaNya, makin kita diuji. Kadangkala ujian itu menerpa sewaktu kita dalam alpa agar kita kembali ke jalanNya. Adakalanya Allah memakbulkan hajat kita tetapi diiringi dengan ujian yang lain. Kerana hakikat ujian adalah tarbiah dan nikmat buat hambaNya.

Mengapa? Hanyalah untuk kita berasa syukur padaNya dan tidak lupa pada keagunganNya. Namun yakinlah setiap ujian yang datang itu adalah mengikut kemampuan hambaNya. Mungkin kita merasakan diri terlalu lemah dan tidak mampu lagi untuk mengharungi mehnah-mehnah duniawi, tapi yakinlah andai kita bersabar dan redha, kasih sayang Allah pasti mengiringi. Yang pasti setiap hamba itu, jalan yang harus dilalui untuk menuju syurga Allah berbeza-beza. Makin sayang Allah pada kita makin banyak rintangan yang dihamparkan hanyalah untuk kita mengakui diri ini sebagai hambaNya.

Ya Allah dalam menempuhi ujian ini..
ku sedar betapa kerdilnya diriku..
ku tahu Ya Allah Engkaulah yang menghamparkan bahagia dalam setiap hati hambaMu..namun Engkau juga berhak untuk mengambilnya dan mengutuskan duka.

Ya Allah walaupun kadangkala ketika diuji..hatiku gusar..hatiku goyah...namun
disegenap ruang rasaku telah Kau titipkan kekuatan. Ku tahu Ya Allah inilah kasihMu...inilah jua cintaMu dan ku tahu Ya Allah setiap yang terbaik untukku..tak semuanya yang ku mahu tapi ku harus terima dengan hati yang redha.
Di ribaanMu Ya Allah terhimpun segala harapan dan impian...hanya kepadaMu jua diadukan keresahan dan tangisan..


"Ya Allah ku pohon andai ini jalanku untuk ke syurga, ku redha dengan segala ketentuanMu, namun tetapkanlah hatiku pada keagunganMu ya Rabb" -Wan-

Monday, February 23, 2009

Subuh Terakhir...

Andai ditanya sesama kita, apakah saat paling sedih dalam hidup? Selalunya kita akan menjawab apabila kita kehilangan orang yang disayangi buat selama-lamanya. Namun Rasulullah s.aw menerangkan kepada kita bahawa saat paling sedih dalam hidup seseorang hamba adalah ketika roh berpisah dengan jasadnya.

Ketika itu, segala pintu taubat telah ditutup untuk kita. Segala peluang untuk beramal menuju hari perjumpaan degan Rabbul Izzati telah habis. Itulah nokhtah dalam hidup kita sebagai seorang hamba. Andai sebelum itu hidup kita memang sentiasa membesarkan Illahi..menjunjung perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya..maka insyaAllah kita mungkin akan tergolong bersama mereka yang mendapat rahmat dari Allah.

Namun andai sebaliknya??
Jika sebelum itu kita hidup didunia tidak pernah kenal Allah..bagaimana mungkin kita mampu untuk mengenal Allah diakhirat?
Bagaimana mungkin pula untuk Allah merahmati kita??
Andai didunia Rasulullah s.a.w tidak pernah menjadi idol ikutan kita..bahkan manusia lain yg menjadi idola kita..mana mungkin disana kita mampu untuk mengaku bahawa Rasulullah adalah rasul ikutan kita. Bahkan mana mungkin juga Rasulullah akan mengenal kita sebagai umatnya??

Andai kita tidak pernah mengenal, mencintai atau membaca Al-Quran, bagaimana mungkin kita mampu untuk menjawab dihadapan Mungkar Nakir bahawa Al-quran adalah kitab petunjuk kita. Bagaimana mungkin pula Al-Quran mampu untuk memberi syafaatnya pada kita..sedangkan kita dulu telah membuangnya..malah tidak pernah mengenalnya apatah lagi untuk mengamalkan isi kandungannya.

Ketika itu..disaat roh hampir keluar dari jasad, roh kita akan menangis..kerana peluang yang kita sangka akan berlanjutan lagi sudah pun berakhir. Taubat yang kita tangguh-tangguhkan kerana menyangka umur masih panjang telah ditutup selamanya. Bagaimana nasib kita seterusnya nanti??

Adakah kubur kita akan menjadi salah satu dari taman - taman syurga atau kubur kita menjadi salah satu daripada lubang neraka???

Renungilah pesanan Imam Al-Ghazali "Mati seseorang itu adalah sepertimana hidupnya dan dibangkitkan seseorang itu adalah sepertimana matinya"

Maka andai hidup kita dipenuhi dengan amal kebaikan..maka kesudahan mati kita juga didalam husnul khatimah. Namun andai hidup kita dipenuhi dengan dosa noda..selalu melakukan perkara yg dimungkiri Allah..maka kesudahan kita juga akan dimurkai Allah...

"Ya Allah jauhkanlah kami dr lalai & alpa..bimbinglah kami agar selalu berada dalam keredhaanMu..agar kelak ketika Engkau mengambil nyawa kami..kami dalam keadaan mengagungkanMu ya Allah.." -Wan-

Thursday, February 19, 2009

First ever...

Being tagged by k.fida ages ago..only now I have the time to write..hehe

Tajuknya 16 perkara rawak.Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.


* * *Okey, let's begin* * *

1. This is my first and very first time layan tag. Ntah kenapa sebelum ni asyik tertangguh-tangguh smpi lupa dah tag2 yg lama. Tiba2 nmpk yus isi tag ni..baru teringat. maaf ye tag2 yg lain xsempat nk dibuat..hehe

2. Setiap hari pegi keje dgn yus. Tapi klu lambat mesti kena bebel...hehe sbr ye yus(*_*)

3. Tak minat shopping n tak minat beli barang utk diri sendiri. Sebab tu adik2 suka pau duit..huhu untung dpt kakak cmni..

4. Tidak suka membeli barang lebih dari satu. Cthnya andai ada kasut,saya akan gunakan satu2nya kasut itu untuk pergi ke semua tempat(pasar malam,dinner,ofis,etc) smpilah rosak baru beli yg baru.

5. Segan memakai benda baru (pakaian, kasut, beg). Tak tahu kenapa tapi memang sejak kecil lagi seboleh mungkin taknak pakai benda baru

6. Sangat anti dengan manusia yang berlagak lagi sombong. Seboleh mungkin akan mengelakkan diri drp berjumpa dgn manusia cmni

7. Tidak selesa bergaul dengan orang yang tinggi darjatnya atau orang yang mewah. Ntah kenapa hati ini lebih serasi bersama dengan mereka yang susah dan memerlukan bantuan.

8. Hati sangat mudah terusik apabila melihat kesusahan pada orang lain. Sedar tak sedar hati pasti menangis.

9. Suka bersembang dengan golongan orang tua. Kalau dah mula bersembang memang susah nk berhenti.

10. Sangat kagum dengan mereka yang menghafal al-quran. Impian utk menjadi hafizah terkubur. InsyaAllah saya akan cuba lahirkan generasi al-quran

11. Selalu pecut bila memandu. Satu-satunya tabiat yang tak mampu dibendung

12. Anak yg ke-enam drp 10 adik beradik. Tapi orang selau ingat saya anak sulong mungkin sebab muka nampak matang..heheh

13. Minat utk menjadi motivator..hehe sebab suka bagi ceramah kt orang n like to motivate others..

14. Sejak kecil saya digelar 'tomboy' sebab suka main dgn lelaki..tapi skrg dah berubah..hehe..n skrg ni tgh belajar jadi perempuan yg sopan santun..

15. Suka menghabiskan makanan yus..hehe yus selalu tension dgn wan kn..kn.. :p

16. Suka melancong..insyaAllah ada rezeki akan saya jelajah seluruh dunia..(^_^)

hmm..nak kena tag org lain ke..tapi dah semuanya kena tag..so no need.. :)

Wednesday, February 18, 2009

Saya takde masa..


'Saya sibuk sekarang ni''

Saya tak ada masa''

Banyak kerja yang perlu saya siapkan'


Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.


Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk? Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam al Ghazali "Rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja".

Bagaimana pula dengan kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat?

Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat? Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah 'kerugian' yang sebenarnya".


Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab amalannya dari belakang...bagaimana pula yang kita harapkan?

Dalam surah al Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"

Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata.

"Ya Allah janganlah Engkau sibukkan hati kami dengan urusan dunia sehingga kami lalai dalam mentaatimu.."

Thursday, January 1, 2009

31 Disember 2008 in Memory

Credit goes to Naz for her wonderful decoration..thanks naz ^_^


Birthday girl with all her presents & cake


The birthday banner




Yus & her beloved housemates..I call them the fantastic four..hohoho



All her presents.. (",)


Chicken pepproni pizza from Dominos...nyum..nyum


Before we left..everyone hugged the birthday girl...so sweet ^_^


Well I guess that was the last party closing 2008. Good buy 2008. I sure did had many sweet memories throughout the whole year..welcome 2009..looking forward for more exciting days waiting ahead.. ^_^

Wednesday, December 31, 2008

Sanah Helwa Ya Ukhti Yus!! ^_^

Tahun 2009 sudah pun membuka tirai..2008 hanya tinggal kenangan. But on this very last day of the year happens to be my best friend's birthday. I wanted her to have the best ever surprise party before I leave next year. May this party be among one of the sweetest memories to bring along with the new year, 2009.

Alhamdulillah tengah malam tadi plan utk buat surprise party berjaya dengan jayanya. Terima kasih tak terhingga kepada Naz, Norli and Ifah for helping me in making this event a success. Well Yus..akhirnya dpt jgk wan buat surprise birthday party for u without u noticing even a bit..hehe.. :p

I hope it was one of the best ever in your life. Lepas ni tak tahulah wan boleh nak sambut lagi ke tidak birthday yus..tapi wan doa moga tahun depan teman hidupmu pula yang akan menyambut hari ulangtahun kelahiranmu..amin ya Mujib (^_^)

Anyway..once again Happy Birthday my dear..may Allah shower His blessings upon you and your family throughout this new year. Truly I am so proud and honoured to have you as my best friend. Though I may not be the best among all...though I may not be the one who always cheer u up..though I may not be the one who truly understands ur pain..and though I may be the one who always make your tears fall..but I am still someone who shall always become ur friend with no conditions..no matter what happens....for me..you are my true friend and because of that forever you shall be my best friend..

May Allah give you a rainbow for every storm,
A smile for every tear,
A blessing for each trial,
A sweet song for every sigh,
and An answer for every prayer..
SANAH HELWA YA HABIBATI!!