4 Syawal 1437H
Selama kita hidup, pasti kita bertemu dengan banyak sahabat sejak dari alam tadika sehinggalah ke alam pekerjaan. Segala memori bersama tetap terpahat dimemori. Kadangkala semakin menginjak usia, kita semakin sibuk dan tidak sempat untuk bertanya khabar pada sahabat-sahabat lama. Namun, andai kita tidak sempat bertanya khabar, jangalah sampai kita lupa untuk mendoakan mereka.
Nilai sebenar sebuah persahabatan itu adalah apabila seseorang itu bersahabat, mereka berdua semakin hampir kepada Allah dan selalunya kasih sayang persahabatan yang terjalin kerana Allah pasti akan bertahan selamanya walaupun lama tidak bersua dan bertanya khabar, namun ikatan hati mereka, Allah pelihara dek saling doa mendoakan antara satu sama lain tanpa diketahui oleh sahabat-sahabatnya.
Ukhuwah itu akan terus mekar dan terasa manis kerana matlamat persahabatan mereka adalah mencari Redha Allah dan moga dapat bertemu disyurga nanti.
Buat sahabatku sekalian, maafkan daku kerana lama tidak bertanya khabar, lama kita tidak bersua dek kesibukan masing-masing namun ku berharap kita saling doa-mendoakan satu sama lain dalam munajat harian kita agar Allah tetap pelihara iman dalam mengharungi onak duri kehidupan. Andai kita tidak sempat untuk bertemu didunia, sama-samalah kita berdoa moga kita dipertemukan didalam syurga Allah nanti..Allahumma Aameen.
"Real friends don't have to speak or see each other daily to remain in each others heart always" - Wan
The Only Lasting Beauty Is The Beauty of the Heart
Pesan Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
Saturday, July 9, 2016
Maafkan Daku Ramadhan
4 Syawal 1437H
Tanpa sedar, sudah 4 hari Ramadhan meninggalkan kita. Tanyalah pada hari, adakah tarbiah sebulan Ramadhan masih berbekas dihati? Masih istiqamahkah kita dengan segala amalan sunat dan masih intimkah hubungan kita dengan Al-Quran?
Ramadhan, Engkau menjengah sekejap cuma dan selama sebulan itu, Engkau menjadi tetamu untuk semua umat Islam. Namun ku bertanya pada diriku, "Apakah Aku telah meraikan Engkau wahai Ramadhan dengan sebaik mungkin dan selayaknya sebagai Tetamu yang sangat Agung atau sebaliknya apakah Aku telah meminggirkanmu dek kelalaian hatiku dan nafsu yang bersarang dihatiku sehingga Engkau tidak temui suatu ruang pun untuk dirimu bertamu didalam hatiku?"
Ya Allah, Engkau telah beriku peluang untuk bertemu Ramadhan dan merasai nikmatnya selama sebulan namun aku telah persiakannya lagi...
Engkau hadirkan Ramadhan agar diriku dapat perbaiki hubunganku dengan Al-Quran, agar dapat aku luangkan sebanyaknya waktu bersama AlQuran...namun aku masih jauh dengan ALQuran..aku masih belum meluangkan waktu sebanyaknya bersama AlQuran..aku masih belum bersahabat baik dengan AlQuran..
Ya Allah aku sedar kelalaian diriku ini, bantulah hambaMu yang lemah ini untuk perbaiki amalanku..bantulah hambaMu ini untuk lebih dekat dengan AlQuran, bantulah hambaMu ini untuk meluangkan waktu sebanyaknya bersama AlQuran..jadikanlah diriku Ahli AlQuran ya Rabb..
Ya Allah, ku tidak pernah putus harap dengan keampunanMu..maka ampunkanlah segala dosa hambaMu ini..ampunkanlah segala janji-janji padaMu yang sering ku mungkiri saban hari..ampunkanlah kelalaian hati hambaMu ini..pimpinlah hati ini agar dapat perbaiki segala amalanku..pimpinlah hati ini agar dapat ku perbaiki taubatku padaMu ya Rabb..terimalah segala amalanku dan ampunkanlah segala dosa-dosaku
Ya Allah pertemukanlah ku lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun mendatang..ku belum puas menyambutnya sebagai tetamu yang sangat Agung..ku merinduinya..teramat rindu..pertemukanlah kami ya Allah dan pimpinlah hatiku agar dapat ku memberi layanan terbaik buatnya dan moga-moga natijah Taqwa dapat ku miliki..Allahumma Aameen

Saturday, February 21, 2015
Bicara Hati Anak Kecil
"Ummi..Aneesah tak demam. Aneesah sihat. Ummi janganlah bawak Aneesah gi hospital. Aneesah dah sihat..", begitulah keluhan dan rayuan Aneesah sebaik saja Ummi memberitahunya perlu ke hospital kerana suhu badannya mulai tinggi.
Sakeenah pula biasanya akan datang bertanya, "Ummi nak pergi hospital ke? Ummi balik tak nanti? Sakeenah tak nak Ummi dengan Aneesah tinggal kat hospital. Sakeenah sedih.." Hati ibu mana tak sebak andai anaknya meluah sedemikian. Sejak setahun yang lalu, beginilah situasinya setiap kali Aneesah demam dan perlu dibawa ke hospital. "Sakeenah kan kuat. Ummi pergi tak lama inshaAllah. Sakeenah strong girl kan. Sakeenah doakan moga Aneesah cepat sihat dan boleh balik ke rumah cepat ye", itulah pesanan yang sering Ummi berikan pada Sakeenah walaupun usianya hanya menjangkau 6 tahun, namun terpaksa bersikap matang dan beralah dengan situasi dan kondisi adiknya yang memerlukan penjagaan rapi daripada Ummi.
Nasib baik Sumayyah belum mengerti apa-apa seperti kakak-kakaknya. Sumayyah seolah-olah pasrah saja bila Ummi meninggalkannya selama beberapa hari. Namun kali ini, sejak Ummi menemani Aneesah tiga hari lalu, Sumayyah sering memanggil Ummi...Ummi..mencari-cari dimanakah Ummi tempat dia bermanja. Setiap malam, Abi kata Sumayyah akan memanggil-manggil Ummi. Mungkinkah anak kecil ini sudah mulai faham dan perasan ketiadaan Umminya disisi.
Malam tadi, Aneesaah menangis ingin pulang ke rumah. Katanya dia rindu pada Sumayyah, adiknya yang sangat rapat dengannya. Terasa betapa sukarnya untuk memujuk Aneesah agar terus bersabar menahan rindu selama beberapa hari lagi sehingga keadaannya pulih sepenuhnya.

Ya Allah kadangkala Ummi terasa berat menanggung perasaan hiba dan rindu ini. Namun pada-Mu saja ku merintih segala kehibaan hati dan kerinduan yang kadangkala tidak tertanggung. Ya Allah kami redha dengan segala ketentuan-Mu. Kami bersyukur dengan anugerah mehnah ini. Namun kami hamba-Mu yang lemah. Kadangkala kami terasa lemah dan goyah. Kuatkanlah hati kami dan suburkan sabar dalam hati kami agar kami beroleh pahala diatas ujian yang Engkau berikan ini. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami dan pimpinlah hati kami untuk lebih dekat pada-Mu ya Rabb
Friday, February 20, 2015
Sekuat Hatiku Kan Menjagamu
Semasa Aneesah berada di wad, Abi sempat membikin sebuah video untuk tatapan Aneesah khasnya. Tujuannya, Abi mahu mengingatkan semula saat-saat manis kita semua. Apabila ditonton di saat-saat begini, ternyata jauh lebih mendalam kesannya dalam hati hingga mampu mencuit emosi sesiapa pun.
Hidup tidak akan lengang dengan ujian kerana ujian itu adalah peluang yang dikurniakan Allah untuk kita meraih kasih sayang-Nya. Ya Allah, limpahkanlah kasih sayang-Mu kepada kami semua tak kira masa mahupun keadaan.

Thursday, February 19, 2015
Segenggam Tabah
Hidup ini tidak pernah sunyi daripada ujian. Bahkan dunia sememangnya menjadi medan ujian buat orang-orang yang mengaku beriman pada yang maha Esa semata-semata untuk melihat siapakah antara kita yang paling baik amalnya.
Namun yakinlah Allah tidak pernah membebani hambaNya melalui ujian yang diberi. Setiap kesulitan itu pasti beriringan dengannya kesenangan dan bantuan daripadaNya.
Saya juga sedang melalui anugerah ujian daripada Allah. Anak kedua saya, Aneesah telah disahkan leukimia pada awal tahun lepas, 13 Januari 2014. Kisah sepenuhnya telah dicatatkan dalam blog "Itu Papan Tulis" (itupapantulis.blogspot.com)
Alhamdulillah segala pujian bagi Allah, Aneesah telah lalui rawatan kimo yang berat selama setahun dan kini memasuki fasa kimo yang agak ringan sedikit. Hari ini Aneesah dimasukkan ke wad kerana demam panas. Mungkin sesetengah pembaca belum memahami kondisi pesakit leukimia dimana mereka memiliki ketahanan imuniti tubuh yang sangat lemah dan mudah untuk mendapat sebarang jangkitan kuman dan juga mudah untuk demam. Apabila demam saja, pesakit leukimia perlu duduk dalam wad untuk diberi rawatan antibiotik selama 5 hari paling kurang untuk mencegah sebarang jangkitan kuman.
Anak ketiga saya pula, Sumayyah dijangkiti chicken pox. Terpaksa saya dengan hati yang berat meninggalkan Sumayyah dan Sakeenah dengan Abinya sementara saya menjaga Aneesah di hospital. Sudah menjadi rutin sebegini kehidupan kami sekeluarga sejak setahun yang lalu, Aneesah kerap keluar masuk hospital. Alhamdulillah 'ala kulli hal..moga Allah beri kesembuhan buat Aneesah dan Sumayyah..Aameen ya Rabb..

Memiliki Hati Yang Bersih
“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dewasa kini, sering kita didedahkan dengan berita pembunuhan, khianat mengkhianati antara satu sama lain, seolah-olah dunia kini sudah ketandusan kasih sayang sesama manusia. Sedangkan Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa tidak akan sempurna iman kita andai kita tidak mampu mengasihi saudara kita dengan sepenuh hati.
Namun ingatlah, jangan sesekali kita mengharap balasan yang sama terhadap kebaikan dan kasih sayang yang diberi kerana apabila sesuatu pemberian atau kasih sayang yang dicurah diharapkan berbalas, dibimbangi tiada lagi keikhlasan pada hati si pemberi. Namun, berharap hanyalah balasan semata-mata daripada Allah atas segala pemberian dan kasih sayang yang diberi itu.
Marilah kita sama-sama contohi baginda Nabi Muhammad s.a.w, walaupun baginda dicaci, dihina, dan dilukai, namun baginda tetap tampil menyebarkan salam dengan penuh senyuman dan membalas keburukan itu dengan kebaikan. SubhanAllah tidak hairanlah bagaimana baginda Rasulullah s.a.w telah diiktiraf oleh Allah sebagai sebaik-baik insan.
Justeru itu, mari kita sama-sama usahakan, walau kasih tidak dihargai, kita terus memberi dan walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.
Yakinlah bahawa hakikatnya Allah ingin mendidik kita bahawa tiada cinta yang sempurna melainkan Cinta-Nya, yang hanya dapat dirasai oleh pemilik hati-hati yang berusaha mendekatkan diri pada yang Maha Esa.
Hati yang sering dilukai akan sembuh dengan zikir pada Ilahi sehingga menjadi hati yang sangat indah diterangi dengan cahaya dan kasih sayang Ilahi. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, redha dan sedia memaafkan mampu menjadi penawar dan antiseptik yang menahan luka itu daripada dendam yang membawaa derita yang berpanjangan.
Akhir kalam, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami, pemaaf dan pandai menghargai.
Jika Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu bererti Allah mendidik kita untuk SABAR..
Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuatkan kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kita rasa SYUKUR..
Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu Allah mendidik kita untuk REDHA dan memperbaiki diri agar menjadi lebih baik..
Sabar, Redha dan Syukurlah atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun kita tidak sukai. Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia..
Friday, April 6, 2012
Doa yang kita sering perlekehkan
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
SALAM ialah cara Allah mengajar kita menghormati sesama makhluk malah memerintahkan supaya tatacara ini dibudayakan. Justeru "SALAM", walaupun nampak mudah dan ringan, namun ia bersangkutan/ mengcakupi aspek 'aqidah, ibadah dan akhlak. la merangkumi ucap selamat, doa, tawaran persahabatan, pengenalan keagamaan, ikatan keagamaan dan sebagainya.
Jarang sekali kita mendengar ucapan salam keluar dari bibir kita sendiri mahupun orang lain ketika bertemu dijalanan. Perkataan yang kita sering dengari adalah 'Hai' ketika bertemu dan 'Bye' ketika berpisah. Seolah-olah lebih enak dan telah sebati dengan diri kita ucapan itu berbanding dengan ucapan salam yang mulia ini.
Apa yag lebih menyedihkan adalah apabila kita kadang-kala berasa kekok untuk memberi salam pada orang lain di jalanan kerana merasakan ucapan itu seolah-olah 'aneh' dan tak biasa diguna. Inilah tandanya akhir zaman apabila ucapan lain lebih dimuliakan daripada ucapan salam.
Hakikatnya kita lupa bahawa sebenarnya ucapan salam itu adalah doa memohon kesejahteraan dan keselamatan kepada seseorang itu. Ucapan salam itu adalah pengikat kasih hati orang-orang mukmin. Tambah pula dalam ucapan salam itu terkandung nama Allah 'As-Salam' yakni Yang Memberi Kesejahteraan. Bukankah Allah menyuruh kita untuk berdoa menggunakan nama-namaNya?
Kerana itu saya ingin menyeru pada diri sendiri dan para pembaca semua agar hidupkan kembali amalan memberi salam dan ucaplah ia dengan sempurna, penuh penghayatan memohon agar orang yang diberi salam itu benar-benar mendapat kesejahteraan dan rahmat serta keberkatan dalam hidupnya. Marilah kita tanya pada diri kita selama ini setiap ucapan salam yang kita beri adakah kita benar-benar menghayati maksud doa itu atau sekadar ucapan yang terlafaz dibibir dek kebiasaan menyebutnya yang menjadi lebih kepada adat daripada amalan.
Oleh itu, marilah kita perbaiki diri dengan mengamalkan amalan sunnah Rasulullah S.A.W ini iaitu memberi salam dengan sempurna dengan hati yang benar-benar mengharap pada Allah akan maksud doa salam itu. Kelak kita akan lihat sesuatu perubahan dalam diri dan orang sekeliling andai amalan ini dipelihara dengan sebenar-benarnya, kerana apabila setiap daripada kita saling mendoakan orang lain, Allah pasti akan campakkan rasa kasih sayang dan rahmat dalam diri kita dan masyarakat sekeliling.
Dalam sebuah hadis, Baginda Nabi Muhammad diriwayatkan bersabda dengan maksudnya “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta-mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Para sahabat menjawab ya wahai Rasulullah. Nabi pun bersabda “Sebarkanlah salam di kalangan kamu”. (Hadis riwayat Muslim)
Amalan yang amat mudah tapi kita sering perlekehkan..yang sebenarnya memberi impak yang besar dalam hati orang-orang mukmin andai benar-benar dihayatinya..sama-sama kita renungkan dan hidupkan kembali amalan yang merupakan juga sunnah Rasulullah S.A.W. Moga kita semua mendapat manfaatnya insyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)